Selasa, 18 Oktober 2011

Piala Malaysia:Karathu letak jawatan...

     

        Ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu mengesahkan tidak akan membimbing skuad The Red Warriors (TRW) pada Liga Malaysia musim depan kerana ingin memberi tumpuan kepada keluarga....

        Pengendali berasal dari Perak itu yang berjaya membantu Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih dan Liga Super selain naib juara Piala FA musim ini, mengakui tempoh sembilan bulan bersama TRW begitu menggembirakannya.....Kelantan terkandas pada peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini apabila tewas kepada Terengganu dengan keputusan agregat 3-5.....Karathu mengakui Kelantan adalah pasukan yang amat dekat dihatinya kerana sebelum ini pernah bersama serta membimbing pasukan Cik Siti Wan Kembang itu pada 1993.....

        Mengenai kekuatan empat pasukan yang mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim ini, Karathu melihat Terengganu, Selangor, T-Team dan Negeri Sembilan mempunyai kelebihan masing-masing dan sukar diramalkan pasukan mampu mara ke peringkat akhir....--Bharian.   


Sabtu, 15 Oktober 2011

EPL:The Reds Vs The Red Devils....

       Manchester United dijangka berdepan tugas getir dalam misi mengekal- kan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Liga Perdana England musim ini....Apa tidaknya, skuad kendalian Alex Ferguson itu bakal berkunjung ke Anfield malam ini untuk berdepan musuh tradisi mereka, Liverpool...

     Meskipun masih belum tewas dalam saingan musim ini, namun skuad The Red Devils kini dilihat bergelut dengan prestasi tidak menentu dalam tiga perlawanan terakhir mereka....Anak-anak buah Ferguson sekadar menca- tatkan dua keputusan seri iaitu ketika menentang Stoke City dan FC Basel dalam saingan Liga Juara-Juara dan hanya mampu menang 2-0 ke atas Norwich City....

      Berbeza dengan United, Liverpool pula dilihat lebih konsisten apabila berjaya mencatatkan tiga kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir mereka....Malah, kemenangan 3-1 yang dicatatkan ke atas United pada Mac lalu masih segar di- ingatan barisan pemain The Reds yang pasti- nya akan dijadikan sebagai tonik terbaik untuk mereka melakar kejayaan yang sama malam ini....

        Perlawanan malam ini pasti menjadi tumpuan selepas United berjaya memadam rekod Liverpool dengan merangkul kejuaraan liga buat kali ke-19 musim lalu....Bagi pengurus Liverpool, Kenny Dalglish, dia seakan-akan menganggap pertemuan menentang United adalah sama seperti aksi menentang kelab lain...

      Pada aksi malam ini, Dalglish dijangka menurunkan kembali kapten, Steven Gerrard buat pertama kali dalam kesebelasan utama skuad The Reds....

      Sementara itu, tekanan pastinya dirasai United ekoran situasi yang dialami 'ayam tambatan' mereka, Wayne Rooney yang digantung tiga perlawanan pada pusingan akhir Euro 2012 di Poland dan Ukraine....
Rooney digantung selepas dilayangkan kad merah ketika beraksi bersama skuad England menentang Montenegro pada aksi kelayakan Euro 2012 minggu lalu....

         Disebabkan itu, United jelas sekali bimbang situasi tersebut mampu menjejaskan rentak permainan Rooney dalam saingan liga domestik....Namun, bagi Ferguson, dia langsung tidak bimbang dengan perkara itu kerana tahu Rooney merupakan seorang pemain yang matang...


Jumaat, 14 Oktober 2011

Euro 2012:Rooney digantung tiga perlawanan...



       Penyerang England, Wayne Rooney digantung tiga perlawanan UEFA selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan menentang Montenegro sekali gus menyebabkannya tidak dapat beraksi pada perlawanan peringkat kumpulan Euro 2012. ...

     Rooney, bintang Manchester United diperintah keluar padang pada minit ke-74 ketika seri 2-2 di Podgorica Jumaat lalu pada perlawanan kelayakan terakhir England yang menyaksikan dia mengasari Miodrag Dzudovic....

      "Badan Kawalan dan Disiplin UEFA mengenakan penggantungan tiga perlawanan ke atas penyerang England, Wayne Rooney selepas dibuang padang ketika perlawanan kelayakan Euro 2012 UEFA di Montenegro Jumaat lalu," kata UEFA dalam kenyataan....


Rabu, 12 Oktober 2011

Kelayakan Euro 2012:Portugal,Belanda tewas mengejut...

**Pasukan Denmark meraikan kejayaan layak ke Euro 2012 menewaskan Portugal 2-1**
   
       Portugal dan pasukan yang sudah layak,Belanda diaibkan lawan masing-masing pada kelayakan Euro 2012,awal pagi tadi...Portugal tewas 1-2 kepada Denmark di tempat lawan menyaksikan pasukan kendalian Paulo Bento itu jatuh ke tangga kedua kumpulan H...Gol tunggal Portugal menerusi Cristiano Ronaldo pada lewat permainan...Denmark layak ke kejohanan itu secara automatik manakala Portugal terpaksa menempuh laluan play-off...

        Belanda pula gagal mengekalkan rekod bersih tanpa kalah apabila tewas 3-2 kepada Sweden...Gol Sweden dijaringkan oleh Kallstrom pada minit ke-14 sebelum Belanda mendahului menerusi jaringan Klass-Ian Hunterlaar dan Dirt Kuyt pada babak pertama...Sebastian Larrson menyamakan kedudukan buat Sweden menerusi penalti sebelum Toivonen menjadi wira pasukan Sweden apabila menjaringkan gol kemenangan,2 minit kemudian....

       Sepanyol menang 3-1 ke atas Scotland manakala Bosnia mengikat Perancis 1-1...Russia membelasah Adorra 6-0 manakala Jerman 3-1 menentan Belgium...Kazahstan pula seri 0-0 dengan Austria...

Pasukan yang layak:

Jerman
Rusia
Itali
Perancis
Belanda
England
Denmark
Sepanyol
Greece
Sweden(naib juara terbaik)

Play-off:

Portugal
Rep Czech
Montenegro
Croatia
Bosnia
Estonia
Ireland
Turki
       



       


Selasa, 11 Oktober 2011

Piala Malaysia:Pesta kad di K.Terengganu...

 

**Subra mengasa Hadi Yahya(Kiri)pada perlawanan semalam**

     Terengganu mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan tegang dengan lima kad merah dilayangkan oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah....

      Ismail Faruqi meletakkan skuad Penyu mendahului pada minit ke-43 ketika Kelantan bermain dengan sembilan pemain, selepas Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin menerima kad merah pada minit ke-31 dan 34....Kegembiraan Ismail tidak bertahan lama apabila Nafeez menghadiahkan kad merah kepada penjaring gol pertama Terengganu itu pada penghujung separuh masa pertama akibat menerima dua kad kuning....

       Ketua pasukan Kelantan, Mohd. Badri Radzi kembali memastikan Kelantan berada pada landasan apabila menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-78....Namun, Terengganu memastikan Kelantan pulang hampa apabila Abdul Manaf Mamat memanfaatkan sepakan penalti pada minit ke-88, sebelum tonggak pertahanan Peteh, Marzuki Yusof menambah derita Red Warriors pada masa kecederaan separuh masa kedua....

      Dua lagi kad merah dilayangkan oleh pengadil sebelum perlawanan berakhir apabila pertahanan Terengganu, Zubir Azmi dan pertahanan Kelantan, Aziz Ismail bergaduh sebelum perlawanan berakhir...

      Di Stadium Shah Alam, Selangor meleburkan rekod tanpa kalah Perak dalam kempen Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-1....Safiq Rahim membuktikan dia masih mempunyai bisa untuk bermain dengan skuad kebangsaan apabila meledak dua jaringan awal melalui sepakan percuma pada minit ke-12 dan ke-57...Mohd. Amirulhadi Zainal memberikan keselesaan dengan gol ketiga pada minit ke-62 selepas berjaya mengelak diri daripada berada pada kedudukan ofsaid....Perak berjaya mencuri satu gol melalui Mohd. Failee Mohd. Ghazli pada minit ke-76....

      Di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang bermain di tempat sendiri apabila tewas 1-2 kepada T-Team....Bekas pemain kebangsaan, Indra Putra Mahayudin menjaringkan 2 gol meletakkan T-Team di hadapan ,sebelum Alto Linus kembali menghidupkan harapan Sabah dengan gol penyamaan pada minit ke-46...

     Felda United mengejutkan naib juara Piala Malaysia edisi lalu, Negeri Sembilan menerusi jaringan tunggal Mohd Badrul Azam Mohd Zamri pada minit ke-58 di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya, Kelana Jaya...--utusan


Isnin, 10 Oktober 2011

Piala Malaysia:Suku akhir bermula...

   


       Kempen Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini....Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini...

       Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan....

       Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu...

      Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman....Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas...


Suku Akhir Pertama:

Hari ini:(8:45mlm)

Terengganu  vs  Kelantan
Selangor      vs  Perak(live Astro Arena)
Sabah          vs  T-Team
Felda United  vs  N.Sembilan(live tv1)


Jumaat, 7 Oktober 2011

Persahabatan Antarabangsa:Kejutkan Socceroos!!




        Pertembungan ‘klasik’ skuad Harimau Malaya dan Socceroos di Stadium Canberra, petang ini pasti dianggap umpama langit dan bumi memandangkan Malaysia kini hanya menghuni ranking ke-147 dunia berbanding Australia, nombor 19....
       Datuk  K Rajagobal mahu mengaut peluang pertemuan menentang Australia, hari ini dengan menguji pemain tanpa mengira apa keputusan bakal dicatat dalam siri persahabatan antarabangsa ini...


       Malaysia dan Australia pernah bertemu enam kali dengan skuad Socceroos itu menang lima dan tewas sekali.... Rajagobal yang menyenaraikan 22 pemain dengan gabungan pemain berpengalaman seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dengan pemain muda dari skuad Olimpik, bakal berdepan skuad Holger Osieck yang kehilangan khidmat empat tonggak utama - Harry Kewell, Brett Emerton, Tim Cahill dan Mark Schwarzer....

       Namun, kekosongan itu bakal diisi penjaga gol Reading, Adam Federici (menggantikan Schwarzer), manakala Brett Holman dijangka menerajui jentera serangan bergandingan dengan Joshua Kennedy....
siaran langsung:


Australia vs Malaysia-5pm

---Live Astro Arena---







Ahad, 2 Oktober 2011

EPL:Liverpool raja Merseyside....

  


**Gol kedua Liverpool dijaringkan oleh Suarez...gambar dari liverpoolfc.tv**


        Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas jiran terdekat,Everton di Goodison Park,semalam...dua gol The Reds dijaringkan oleh Andy Caroll pada minit ke-71 dan ayam tambatannya,Luis Suarez 10 minit kemudian...Perlawanan Derby ini juga dicemari dengan layangan kad merah kepada pemain Everton,Jack
Rodwell...

        Liverpool jelas sekali menguasai perlawanan apabila banyak mengasak kubu pertahanan Everton...Liverpool membuka jaringan  oleh Andy Caroll yang menyudahkan dengan cantik hantaran Jose Enrique....Everton sekali sekala mengasak namun tidak dapat menjaringkan gol...

       Luis Suarez akhirnya menoktahkan kemenangan The Reds apabila rembatannya gagal dibaca oleh Tim Howard...Keputusan itu menyaksikan Liverpool naik ke tangga keempat memintas Newcastle yang akan beraksi hari ini...