Ahad, 29 Mei 2011

Liga Juara-Juara:Barca juara..

      Barcelona juara kali keempat selepas membenam ego Man.Utd,3-1 pada final liga juara-juara Eropah awal pagi semalam...Perlawanan yang dilangsungkan di Wembley ini jelas berpihak kepada Barca...

       Gol-gol Catalan dijaringkan Pedro,Messi dan David Villa manakala gol saguhati Red Devils dijaringkan Wayne Rooney pada minit ke-33...Perlawanan itu jelas dikuasai Barcelona apabila banyak percubaan menarik tetapi gagal diterjemah sebagai gol...

       Bagi United,mereka gagal membalas dendam ketika mereka tewas 0-2  kepada lawan yang sama,dua tahun lalu...


Rabu, 25 Mei 2011

Pra-Persahabatan:Arsenal sah ke Malaysia...

    
 
**Malaysia**

      VS

**Chelsea**   
 
**Arsenal** 
 
**Liverpool** 



     Arsenal menjadi pasukan Liga Perdana England kedua sah akan menentang skuad bola sepak kebangsaan pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 13 Julai depan....Terdahulu, naib juara musim ini, Chelsea telah pun mengesahkan akan turun bertemu skuad kebangsaan di gelanggang sama pada 21 Julai...

     Tidak cukup dengan itu, Liverpool juga dikhabarkan akan bertemu skuad kebangsaan pada 16 Julai tetapi sidang media pengesahannya dijangka dibuat awal bulan depan....Ia menjadikan pertengahan Julai depan minggu paling sibuk dan meriah buat pemi-nat bola sepak negara kerana tiga perlawanan itu akan berlangsung dalam tempoh seminggu....

      Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, kehadiran tiga kelab dari England itu merupakan suatu pengiktirafan selepas Malaysia bergelar jagoan Asia Tenggara setelah menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 dan Sukan SEA 2009....

      Tiket berharga RM58, RM68, RM108 dan RM388 akan mula dijual pada Jumaat ini di butik Nike Mid Valley, KLCC, Pavilion, One Utama dan Sunway Pyramid serta rangkaian Ticketpro seluruh negara atau secara online di www.ticketpro.com.my....Pembelian awal akan disertakan pas masuk percuma menyaksikan sesi latihan pasukan Arsenal di Stadium Nasional pada 12 Julai....

    Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Arsenal, Tom Fox yang turut hadir pada sidang media itu menyatakan bahawa China menjadi satu lagi destinasi Jelajah Asia 2011 setelah rancangan ke Jepun dibatalkan kerana tragedi tsunami.....


Sabtu, 21 Mei 2011

EPL:Persaingan pasukan bawahan...

        Lima pasukan akan berjuang menentukan hidup mati mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) esok pada ketika persaingan liga tiba ke perlawanan terakhir, sekali gus menyaksikan saingan menyelamatkan diri daripada tersingkir yang paling sengit dalam EPL sejak beberapa tahun lalu.... Selepas Manchester United mengesahkan keunggulan dengan rekod 19 kejuaraan, hari terakhir musim 2010/2011 kini didominasi saingan di kelompok bawah dengan hanya satu mata membezakan lima pasukan....
       West Ham adalah pasukan pertama tersingkir selepas tewas kepada Wigan Ahad lalu, dan kini Blackburn, Wolves, Birmingham, Blackpool serta Wigan berdepan perlawanan terakhir yang mendebarkan....
Bagi Wolves dan Blackburn, yang bertemu sesama sendiri di Molineux, perkiraannya mudah: kemenangan akan memastikan mereka terus kekal dalam EPL untuk musim depan....

        Kedua-dua pasukan berada di atas zon penyingkiran dengan 40 mata, diikuti Birmingham, Blackpool dan Wigan yang masing-masing mengumpul 39 mata.... Nasib Birmingham, Blackpool dan Wigan pula akan turut bergantung kepada keputusan perlawanan-perlawanan lain....


Selasa, 17 Mei 2011

Piala F.A:Terengganu,Kelantan berentap di Final...

     Dua gergasi Pantai Timur-Kelantan dan Terengganu akan membuat perhitungan pada final Piala FA 11 Jun depan di Stadium Shah Alam,....Kedua-dua pasukan mara selepas mengatasi lawan masing-masing pada aksi separuh akhir yang menyaksikan Terengganu mara dengan agregat 5-2 sementara Kelantan melangkah bergaya dengan agregat 6-2....


      Semalam, Terengganu menewaskan Pahang 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas mencatat kemenangan 3-2 pada separuh akhir pertama di Kuantan minggu lepas....
       Kelantan pula sekadar seri 1-1 dengan Selangor pada aksi kedua di Kota Bharu selepas menang bergaya 5-1 pada aksi pertama di Shah Alam minggu lepas....
        Bagi Terengganu, mereka menamatkan penantian beraksi di final sejak 2004 selepas mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir piala berprestij itu....Pada aksi separuh akhir kedua itu, skuad Penyu jelas berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pasukan jiran, Pahang 2-0 untuk layak dengan agregat 5-2....Lebih manis lagi, kemenangan yang dilakar di itu turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan hampir 25,000 penyokong setia mereka....
         Pada perlawanan semalam, bintang baru Terengganu, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol pembukaan pasukan tuan rumah pada minit ke-35....Gol itu hadir menerusi sepakan penalti selepas Hadi dikasari penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali dalam kotak penalti....
        Bersambung babak kedua, Pahang cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun beberapa asakan berbahaya ke pintu gol lawan gagal menemui sasaran....Sebaliknya, Terengganu berjaya mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-85, kali ini menerusi Mohd. Ailimi Fahmi yang baru seminit dimasukkan menggantikan Joseph Kalang Tie....
     Untuk rekod, kali terakhir Terengganu layak ke final saingan Liga Malaysia ialah pada perlawanan akhir Piala FA tahun 2004 yang menyaksikan pasukan dari Pantai Timur itu tewas 0-3 kepada Perak....
Sebelum itu, Terengganu telah dua kali melangkah ke pentas sama iaitu pada tahun 2000 yang menyaksikan mereka muncul juara selain pada tahun 1999 ketika tewas kepada Kuala Lumpur.



Ahad, 15 Mei 2011

Piala F.A Inggeris:Man.City juara....

        Man.City mengakhiri kemarau 35 tahun dengan merangkul Piala FA, United pula muncul juara Liga Perdana England buat kali ke-19....City yang dibimbing Roberto Mancini merealisasikan impian besar itu selepas menewaskan Stoke City 1-0 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Wembley....


      Gol tunggal dan kemenangan City dijaringkan Yaya Toure pada minit ke-74 selepas gagal menembusi kubu Stoke di babak pertama....Gol berpunca daripada gerakan yang dimulakan Mario Balotelli itu sebelum menjelmakan laluan buat Yaya melakukan sepakan kencang kaki kiri menewaskan penjaga gol lawan, Thomas Sorensen....
       Terdahulu Sorensen menjadi duri dalam daging buat jentera serangan City apabila kerap menyelamatkan percubaan bahaya menerusi aksi cemerlangnya...Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan...





EPL:Man.Utd juara liga....

       
**Pemain United meraikan gol penyamaan hasil jaringan Wayne Rooney..
gambar dari manutd.com**



          United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-19 lebih awal selepas berjaya mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park semalam....United hanya memerlukan satu mata sahaja daripada perlawanan itu untuk merampas semula gelaran tersebut daripada juara musim lepas, Chelsea....


      Ternyata The Red Devils berjaya merealisasikannya apabila Wayne Rooney menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti 17 minit sebelum per mainan tamat selepas penjaga gol Blackburn, Paul Robinson menjatuhkan Javier Hernandez dalam kotak penalti....
         Sebelum itu, pemain Australia, Brett Emerton meletakkan Blackburn lebih dulu di depan pada minit ke-20 sebelum jaringan penalti Rooney akhirnya berjaya menghilangkan resah The Red Devils pada babak kedua.....
       Kejayaan ini menyaksikan United berjaya mengatasi rekod kejuaraan terbanyak yang sebelum ini dipegang bersama dengan musuh ketat, Liverpool yang menjulang 18 kali gelaran setakat ini....


Sabtu, 14 Mei 2011

Piala F.A:Selangor dimalukan Kelantan....

       


**Amirulhadi Zainal berjaya melepasi pertahanan Kelantan..** 


        Kelantan boleh dikatakan sudah hampir pasti layak ke final Piala FA setelah membelasah teruk Selangor 5-1 pada separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam malam tadi....Dua jaringan Ramzul Zahini Adenan serta satu gol menerusi kapten, Badhri Radzi, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha memastikan bekalan selesa Kelantan untuk separuh akhir kedua di Kota Bharu, Isnin ini....

         Di hadapan 10,000 penyokong Selangor dan 20,000 penyokong Kelantan, pasukan pelawat tidak perlu menunggu lama untuk gol pertama pada minit ke-10 apabila Ramzul menolak masuk bola muntah selepas dua percubaan awal Nurul Azwan dan Norshahrul gagal ditangkap kemas penjaga gol Selangor, Saiful Amar Sudar....

       Kelantan terus garang apabila berjaya menambah gol kedua juga menerusi Ramzul yang pantas menyambut hantaran Norshahrul hasil sepakan percuma Badhri pada minit ke-40....Tiga minit kemudian, Kelantan mendapat gol ketiga menerusi Badhri yang mudah menolak masuk bola hantaran Nurul Azwan dari sebelah kiri....

        Pada babak kedua, Kelantan memasukkan Khalid Jamlus bagi menggantikan Ramzul yang cedera pada minit ke-54 dan seminit kemudian, Selangor melakukan dua pertukaran serentak memasukkan Rudie Ramli dan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Fadzli Saari dan Hardi Jaafar....

        Namun kegarangan Kelantan sukar dibendung apabila mereka berjaya menambah gol keempat menerusi penyudah Nurul Azwan hasil serangan balas pada minit ke-67....Gol kelima pula menyusul pada minit ke-71 selepas Norshahrul tenang menyudahkan lorongan Khalid....

      Jurulatih Selangor, K. Devan akhirnya mengeluarkan Saiful Amar dan memasukkan penjaga gol simpanan, Iqbal Suhaimi pada minit ke-74 bagi mengelakkan gawang mereka terus dibolosi....Rekod cemerlang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang gawangnya tidak dibolosi sepanjang lima perlawanan berturut-turut musnah apabila Amri Yahyah meledak gol tunggal Selangor pada minit ke-90.....

        Dalam satu lagi aksi separuh akhir pertama, Terengganu menewaskan Pahang 3-2 di Kuantan...


Khamis, 12 Mei 2011

La Liga:Barcelona Juara....

     


**Pemain Barcelona meraikan kejayaan muncul juara liga..gambar dari
FCBarcelona.com...**



         Barcelona menjuarai liga Sepanyol untuk tiga musim berturut-turut selepas seri 1-1 dengan Levante, sekali gus meraih kejuaraan domestik ke-21 dengan baki dua perlawanan.... 

         Barcelona hanya memerlukan satu mata untuk mengekalkan kejuaraan itu dan menjadi pasukan pertama memenanginya tiga musim berturut-turut sejak 1993 apabila "Pasukan Impian" Johan Cruyff mereka memenangi kejuaraan untuk empat musim berturut-turut....



      Pemain tengah, Seydo Keita menanduk masuk pada minit ke-27 Felipe Caicedo untuk Barcelona mendahului tetapi Felipe Caicedo menyamakan kedudukan pada minit ke-40....







Selasa, 10 Mei 2011

Liga Super:Penyu tewas di Johor...

         Johor FC menyekat impian besar Terengganu mendahului carta apabila menang 2-1 di Stadium JCORP.... Gol pasukan tuan rumah adalah sumbangan Mohd Khairul Ismail pada minit ke-14 dan Mohd Izuan Jarudin (minit ke-17) manakala gol sagu hati pelawat menerusi Ismail Faruqi Asha’ri (minit ke-53)....Dengan ini,Terengganu kekal di tnagga ketiga liga...

      Perak terus gagal mencatat kemena- ngan untuk perlawanan keempat berturut-turut apabila sekadar seri 1-1 dengan Harimau Muda A pada aksi Liga Super di Stadium Shah Alam ....Turun tanpa dua penggempur berbisa, Akmal Rizal Rakhli dan Razali Umar Kandasamy, jentera serangan Perak yang diterajui Shafiq Jamal dan Shazuan Ashraf Mathews tampak tumpul sepanjang separuh masa pertama....

       Gol pertama Harimau Muda A hadir pada masa kecederaan babak pertama menerusi rembatan cantik Gary Steven Robbat yang gagal diselamatkan penjaga gol Perak, Nasril Nourdin....Namun Perak berjaya menyamakan kedudukan hanya seminit selepas babak kedua bersambung hasil sepakan kencang Wan Hossen Wan Ghani dari luar kotak penalti menewaskan Zamir Selamat....

          Permainan seimbang kedua-dua pasukan selepas itu bagaimanapun direncatkan dengan mutu pengadilan buruk oleh Anuar Che Husin serta dua pembantunya, Busrah Eri dan Jais Bujang.....

      Pada perlawanan lain, Selangor menewaskan Kedah 2-0 di Alor Setar bagi membolehkan mereka menduduki tangga teratas liga buat seketika, kerana pendahulu, Kelantan tidak beraksi malam tadi....

      Kuala Lumpur garang membelasah Perlis 3-0...T-Team yang mendapat semula khidmat jurulatih, Yunus Alif tampil garang untuk menewaskan Felda United 2-0, manakala Sabah menghampakan Pahang 2-0....


Video:Liverpool vs Fulham 2011...



Isnin, 9 Mei 2011

EPL:Man.Utd hampiri kejuaraan liga...




      Manchester United kini semakin hampir untuk merangkul trofi Liga Perdana England buat kali ke-19 selepas menewaskan pencabar terdekat, Chelsea 2-1 di Old Trafford awal pagi tadi....Dengan saingan hanya berbaki dua perlawanan, United hanya perlu mengutip satu mata daripada dua perlawanan menentang Blackburn Rovers di gelanggang lawan atau Blackpool di tempat sendiri nanti....


          Jika segalanya berjalan lancar, United bakal menjadi pasukan paling banyak memenangi kejuaraan liga domestik, sekali gus mengatasi rekod Liverpool sebelum ini iaitu 18 kali sejak 21 tahun lalu....Manakala bagi Alex Ferguson yang sudah 25 tahun bersama United, jika ia menjadi kenyataan, ini adalah kali ke-12 dia mengecapi kejuaraan itu selaku pengurus pasukan...
        Perlawanan awal pagi tadi bagaimanapun tidak seperti yang dijangka apabila United hanya memerlukan masa 30 saat untuk membolosi kubu Chelsea hasil jaringan Javier Hernandez selepas diumpan Park Ji Sung....Nemanja Vidic menambah derita Chelsea dengan menanduk masuk gol kedua pada minit ke-23 hasil hantaran Ryan Giggs....
        Hanya di babak kedua, Chelsea mula menggandakan asakan dan memperoleh gol saguhati menerusi Frank Lampard pada minit ke-69.....Kejayaan menewaskan Chelsea itu membolehkan United terus mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri musim ini dengan 17 kemenangan dan satu seri....
          Kemenangan tersebut meletakkan United enam mata di depan dengan mengumpul 76 mata manakala Chelsea kekal di tangga kedua liga selepas Arsenal tewas mengejut 1-3 kepada Stoke City di tempat lawan pada perlawanan terdahulu.....

    




Jumaat, 6 Mei 2011

Liga Europa:Braga,Porto bertemu di Final...

       Porto dan Braga melepasi saingan separuh akhir untuk mengatur pertemuan kelab Portugal pada final Liga Europa di Dublin pada 18 Mei ini.....


**Tandukan Custodio memisahkan Braga dan Benfica...Gambar dari Uefa.com..**

         Braga mengatasi defisit 2-1 pada perlawanan pertama dengan kemenangan tipis 1-0 pada perlawanan kedua di tempat sendiri untuk mengatasi Benfica dengan kelebihan jaringan di tempat lawan....Gol tunggal perlawanan dijaringkan Custodio menerusi tandukan pada minit ke-19....Kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol pada babak kedua...


**Pemain Villareal tunduk kecewa selepas tersingkir dari saingan....**


         Sementara itu,Porto yang menjadi pasukan pilihan ke final selepas menang 5-1 pada perlawanan pertama di tempat sendiri, mengesahkannya walaupun tewas 3-2 kepada Villarreal...Gol Porto dijaringkan oleh Hulk dan Falcao pada setiap babak dan Cani,Capdevilla dan Rossi menjaringkan gol untuk Villareal...Villareal tewas 4-7 secara Agregat kepada Porto...


FINAl:

FC Porto(Por)   vs    SC Braga(Por)


Rabu, 4 Mei 2011

Liga Juara-Juara:Catalan ke Final....

         Hajat Real Madrid untuk bangkit di Nou Camp tidak kesampaian apabila Barcelona menepati ramalan  layak ke final Liga Juara-Juara Eropah menyingkirkan Real Madrid dengan kemenangan agregat 3-1 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada saingan kedua separuh akhir di Stadium Camp Nou, awal pagi tadi...

**Masherano mengasak Cristiano Ronaldo..Gambar dari Realmadrid.com**

        Pada pertemuan kedua itu, Barca yang mempunyai kelebihan dua gol di tempat lawan minggu lalu mendahului menerusi jaringan Pedro Rodriguez pada minit ke-54... Real bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Marcelo 10 minit kemudian....

       Ini bermakna Barcelona akan bertandang ke final di Stadium Wembley, England, 28 Mei ini bagi bertemu sama ada Manchester United atau Schalke 04' yang ditentukan esok.....

Minggu lalu, United menang ke atas Schalke 2-0...


Liga Super:Perak dirundum malang...

   

        Ketua pasukan, Badri Radzi memastikan Kelantan kekal sebagai peneraju carta bola sepak Liga Super 2011 dengan gol tunggalnya pada minit ke-45 yang menewaskan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang, semalam....

       Tandukan tepatnya daripada sepakan sudut terus membawa Red Warriors mengatasi pencabar di tempat kedua, Selangor dengan kelebihan perbezaan gol, 37 berbanding 23 walaupun masing-masing terikat 36 mata.....

        Selangor pula menewaskan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hasil jaringan Rudie Ramli pada minit ke-11 dan 90 dan sepakan bebas ketua pasukan negara, Safiq Rahim, dua minit selepas rehat....

        Di tempat ketiga, Terengganu terus mengejar rapat Red Giants walaupun cuma dipisahkan satu mata dalam carta liga selepas mencipta kemenangan 3-1 ke atas Perlis di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu....

       Biarpun ketinggalan dengan gol pemain pelawat, Nik Shahrul Anizam Mohamad pada minit ke-17, tuan rumah bangkit tetap menggenggam tiga mata menerusi dua gol Abdul Manaf Mamat (54 dan 76) serta Ashari Samsudin (67).......
.
        Dua gol Hairuddin Omar selain satu daripada Khairul Ridzwan pula menyerlahkan kebangkitan Negeri Sembilan dengan menewaskan Perak 3-1 sekali gus menunda hajat pelawat untuk melonjak ke tangga keempat....

        Kemenangan anak buah baru Azraai Khor Abdullah dengan gol minit ke-33, 55 dan 72 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban ini turut membolehkan Si Rusa memperbaiki tiga kedudukan dari tangga ke-11.....

        Perak cuma beroleh gol tunggal sagu hatinya hasil jaringan penyerang kontroversi tetapi masih berbisa, Razali Umar Kandasamy pada masa kecederaan babak kedua hasil hantaran lintang dari sebelah kanan.....

       Kedah pula sekadar seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Darul Aman...