| **Pemain United meraikan gol penyamaan hasil jaringan Wayne Rooney.. gambar dari manutd.com** |
United mengesahkan kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-19 lebih awal selepas berjaya mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park semalam....United hanya memerlukan satu mata sahaja daripada perlawanan itu untuk merampas semula gelaran tersebut daripada juara musim lepas, Chelsea....
Ternyata The Red Devils berjaya merealisasikannya apabila Wayne Rooney menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti 17 minit sebelum per mainan tamat selepas penjaga gol Blackburn, Paul Robinson menjatuhkan Javier Hernandez dalam kotak penalti....
Sebelum itu, pemain Australia, Brett Emerton meletakkan Blackburn lebih dulu di depan pada minit ke-20 sebelum jaringan penalti Rooney akhirnya berjaya menghilangkan resah The Red Devils pada babak kedua.....
Kejayaan ini menyaksikan United berjaya mengatasi rekod kejuaraan terbanyak yang sebelum ini dipegang bersama dengan musuh ketat, Liverpool yang menjulang 18 kali gelaran setakat ini....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan