Semalam, Terengganu menewaskan Pahang 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu selepas mencatat kemenangan 3-2 pada separuh akhir pertama di Kuantan minggu lepas....
Kelantan pula sekadar seri 1-1 dengan Selangor pada aksi kedua di Kota Bharu selepas menang bergaya 5-1 pada aksi pertama di Shah Alam minggu lepas....
Bagi Terengganu, mereka menamatkan penantian beraksi di final sejak 2004 selepas mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir piala berprestij itu....Pada aksi separuh akhir kedua itu, skuad Penyu jelas berada dalam kelas tersendiri selepas menewaskan pasukan jiran, Pahang 2-0 untuk layak dengan agregat 5-2....Lebih manis lagi, kemenangan yang dilakar di itu turut disaksikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan hampir 25,000 penyokong setia mereka....
Pada perlawanan semalam, bintang baru Terengganu, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol pembukaan pasukan tuan rumah pada minit ke-35....Gol itu hadir menerusi sepakan penalti selepas Hadi dikasari penjaga gol Pahang, Mohd. Rosfaizul Azuar Ali dalam kotak penalti....
Bersambung babak kedua, Pahang cuba bangkit mencari gol penyamaan, namun beberapa asakan berbahaya ke pintu gol lawan gagal menemui sasaran....Sebaliknya, Terengganu berjaya mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-85, kali ini menerusi Mohd. Ailimi Fahmi yang baru seminit dimasukkan menggantikan Joseph Kalang Tie....
Untuk rekod, kali terakhir Terengganu layak ke final saingan Liga Malaysia ialah pada perlawanan akhir Piala FA tahun 2004 yang menyaksikan pasukan dari Pantai Timur itu tewas 0-3 kepada Perak....
Sebelum itu, Terengganu telah dua kali melangkah ke pentas sama iaitu pada tahun 2000 yang menyaksikan mereka muncul juara selain pada tahun 1999 ketika tewas kepada Kuala Lumpur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan