Isnin, 27 Jun 2011

Piala Emas CONCACAF:Mexico bangkit....

 
**Barisan pemain dan pegawai Mexico meraikan kejayaan
menewaskan A.Syarikat,4-2..gambar dari Bharian...**


         Mexico menjuarai Piala Emas CONCACAF buat kali keenam apabila meledak empat gol berturut-turut selepas ketinggalan dua gol ketika menewaskan Amerika Syarikat (AS) 4-2 di Stadium Rose Bowl kelmarin....
       Pablo Barrera meledak gol keduanya dalam permainan itu pada minit ke-50 untuk mendahului tuan rumah selepas terikat 2-2 dan Giovani Dos Santos melebarkan jurang kemenangan pada minit ke-76 buat Mexico yang ketinggalan dua gol selepas 23 minit....Penyerang Mexico, Javier Hernandez yang bermain untuk kelab Inggeris Manchester United, dinobatkan sebagai Pemain Paling Berharga Piala Emas selepas mendahului senarai penjaring tahun ini dengan tujuh gol..... Mexico dan AS memenangi 10 daripada 11 kejuaraan Piala Emas yang dipertandingkan sejak 1991.... 

        Dos Santos menjaringkan gol paling cantik dalam kejohanan apabila menggelecek penjaga gol AS, Tim Howard yang keluar dari kawasannya, kemudian menewaskan dua pertahanan sebelum melambung bola melepasi Eric Lichaj.... 

       AS sepanjang kejohanan menampilkan permainan bertahan yang kental sehingga berdepan jentera serangan licik Mexico..... Kapten AS, Carlos Bocanegra berkata, berlaku kekeliruan dalam barisan pertahanan pasukannya kelmarin....  Tuan rumah mendahului seawal minit kelapan menerusi Michael Bradley dan Landon Donovan menambah jaringan pada minit ke-23..... 

           Barrera membuka jaringan untuk Mexico pada minit ke-29, dan Andres Guardado yang bermain dengan kecederaan di buku lali kiri, menyamakan kedudukan sembilan minit sebelum rehat yang mencetus semangat berbeza buat pasukannya sebaik masuk pada babak kedua perlawanan....



Jumaat, 24 Jun 2011

Pra-Olimpik:Harimau Malaya mengaum....





       Malaysia melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lebanon 2-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi meskipun terpaksa beraksi 10 pemain pada 40 minit terakhir....
Jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal Wan Nor pada separuh masa pertama sudah cukup untuk mengesahkan laluan Malaysia ke pusingan seterusnya meskipun Chadi Atie berjaya mengubah kedudukan kepada 2-1 pada separuh masa kedua.....Aksi skuad bimbingan Ong Kim Swee itu mendapat sokongan padu daripada 10,000 peminat tempatan....
          Malaysia mara dengan agregat 2-1 setelah mencatat keputusan seri 0-0 pada aksi pertama di Beirut pada Ahad lalu....Dengan kejayaan itu, Malaysia kini berada dalam kelompok 12 pasukan terbaik Asia yang akan dipecahkan kepada tiga kumpulan bagi merebut tiga slot automatik dan satu slot playoff ke Sukan Olimpik 2012 di London....
        Malaysia tidak menunggu lama apabila memperoleh gol pertama seawal minit kelapan menerusi rembatan Irfan dari dalam kotak penalti selepas berlaku keadaan kelam-kabut berpunca daripada sepakan sudut Wan Zack Haikal.....
         Di sebalik penguasaan penuh Malaysia, Lebanon hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36 tetapi rembatan kaki kiri pemain sayap, Mohamad Haidar sekadar menggegar palang gol....Malaysia terus selesa apabila berjaya menambah gol kedua pada minit ke-40 hasil penyudah kemas Wan Zack selepas menerima lorongan baik Gary Steven Robbat dari bahagian tengah....
      Namun malang menimpa Gary Steven apabila dia dibuang padang pada minit ke-50 selepas menerima kad kuning kedua akibat mengasari pemain Lebanon.....Akibatnya, Lebanon berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-63 menerusi Chadi untuk menjadikan kedudukan 2-1 tetapi Malaysia kental bertahan sehingga wisel penamat.....
Di bawah ini video golnya:




Khamis, 23 Jun 2011

Kelayakan Olimpik:Malaysia hilang Mahali Jasuli...

        
**Mahali Jasuli(jersi no.18)...**
       Malaysia turun tanpa tonggak pertahanan, Mahali Jasuli pada aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini....Justeru, sesuatu perlu direncanakan oleh jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selepas kehilangan khidmat ‘kereta kebal’ itu yang sebelum ini memperlihatkan ketahanan menyekat asakan lawan....
       Mahali tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini selepas menerima dua kad kuning....Kad kuning pertama tonggak pertahanan kanan berusia 22 tahun itu dikutip ketika aksi menentang Pakistan pada pusingan pertama 9 Mac lalu manakala kad kuning kedua diterimanya pada aksi pertama menentang Lebanon Ahad lalu....
         Yang pasti, kehilangan Mahali itu sememangnya dirasai oleh Kim Swee memandangkan dia kini semakin terdesak dalam usaha menurunkan barisan terkuatnya terutama di bahagian pertahanan bagi mengelakkan kubu skuad negara dibolosi lawan.....
       Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu terlalu cepat mengalah melihat situasi terkini yang melanda skuad Olimpik negara itu apabila menjelaskan bahawa dia mempunyai beberapa pilihan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahali itu.....Jika dibuat penilaian, Kim Swee dijangka memilih Hafizi bagi beraksi di bahagian pertahanan kanan memandangkan Fandi tampil dengan aksi konsisten beraksi di bahagian sayap kanan pada aksi pertama sebelum ini....
          Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui bahawa anak-anak buahnya perlu memburu gol awal bagi memastikan keadaan lebih selesa memandangkan format perlawanan menyaksikan kelebihan gol di tempat lawan akan diambil kira jika perlawanan berakhir dengan seri...Pada aksi pertama di Beirut Ahad lalu, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan dengan Lebanon....
       Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac lalu.....-Kosmo!
Perlawan kedua:
MALAYSIA (0) VS  LUBNAN(0)
Std Bukit Jalil,8.45 mlm..Siaran langsung Astro Arena 801
untuk live streaming,klik sini


Selasa, 14 Jun 2011

EPL:Alex McLeish letak jawatan....

           
***Alex McLeish**

        Alex McLeish meletak jawatan sebagai pengurus Birmingham City kelmarin selepas me­­namatkan satu musim yang sentiasa di­ingati kelab itu selepas memenangi trofi pertama dalam tempoh 48 tahun tetapi kemudian tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).....


         Pelantikannya sebagai pe­ngu­rus Scotland itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila dia berpindah ke selatan untuk menggantikan Steve Bruce di Birmingham pada November tahun sama.... Birmingham tersingkir daripada EPL pada penamat musim pertamanya selaku pengurus, tetapi dia membawa mereka kembali ke EPL pada kempen 2009/10 dengan menamatkan saingan di tangga kesembilan - kedudukan tertinggi sejak hampir setengah abad....

        Tahun ini, mereka mengejutkan Arsenal dalam final Piala Liga tetapi kejayaan itu diikuti dengan kemerosotan prestasi secara dramatik dalam sai­ngan liga yang berakhir dengan penyingkiran selepas tewas kepada Tottenham Hotspur pada hari terakhir liga.... 

        Media Britain sebelum ini mengaitkan McLeish dengan kemungkinan perpindahan kontroversi ke bandaraya bersebelahan untuk mengambil alih kekosongan berikutan peletakan jawatan Gerard Houllier dan pemerhati serta merta melihat McLeish kini calon paling sesuai...





Ahad, 12 Jun 2011

Final Piala F.A:Daudsu oh Daudsu...

     

**Pemain terengganu meraikan kejayaan membenam Kelantan 2-1 dalam
aksi Final Piala F.A semalam..gambar dari Utusan.**

         Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi....Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu....


       Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108....Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.
        Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor....
           Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil....Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat....
         Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli....
        Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit....
          Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari....Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan....
     Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua....
          Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.....Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.....
       Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir....




Sabtu, 11 Jun 2011

Reviu Final Piala F.A:Kelantan atau Terengganu?

        
**Marzuki Yusof dan Badri Radzi bersama Piala F.A yang
bakal menjadi rebutan...**

       Final Piala FA 2011 antara Kelantan dengan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini bakal mencatat sejarah tersendiri.....
Mana-mana pasukan yang muncul juara bakal dikenang sebagai pasukan terakhir menjulang trofi yang mula diperkenal pada final edisi 2005 itu....Ini kerana, satu trofi baharu akan diperkenalkan bermula pada Piala FA musim depan menggantikan trofi sedia ada itu yang hanya sempat digunakan untuk tujuh edisi final.....
      Sebelum itu, trofi pertama Piala FA digunakan pada 15 edisi terdahulu iaitu dari 1990 hingga 2004 dan pasukan Perak selaku juara pada final pertama dan terakhir diberi penghormatan menyimpan terus trofi tersebut.....Namun tidak semudah itu buat Kelantan bergelar juara Piala FA buat pertama kali dalam sejarah kerana Terengganu berhasrat menjulang Piala FA buat kali kedua selepas muncul juara pada tahun 2000.....
       Pengurus pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh berkata, kekalahan 0-3 kepada Kelantan pada aksi Liga Super pada Isnin lalu telah dilupakan bagi memastikan mereka tampil lebih mantap pada aksi final malam ini....
Dalam pada itu, pihak polis akan menempatkan seramai 2,600 anggota keselamatan di dalam dan luar stadium bagi mengawal kehadiran kira-kira 85,000 penonton kedua-dua pasukan malam ini....
Siaran Langsung:

                 -8.30 mlm
                                            Klik disini untuk live streaming Final Piala F.A...
  
-8.00 mlm




Khamis, 9 Jun 2011

EPL:Chicharito tolak tawaran Real...

     





      Javier Hernandez(gambar) akan menolak tawaran Real Madrid dan puncanya, penyerang lincah itu terhutang budi kepada pengurus pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson...Pemain itu sendiri tampil menyuarakan, semalam betapa dia tidak terpikat dengan tawaran daripada kelab gergasi Sepanyol itu yang ghairah mahu mencari penyerang berkualiti untuk memburu gelaran Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-10....


       Sebelum ini Real meminta United meletakkan harga mereka ke atas pemain bergelar Chicharito itu tetapi bimbang dengan perkembangan itu, The Red Devils sanggup meningkatkan tiga kali ganda gaji mingguan kepada £75,000 (RM367,500).....

        Penyerang lincah itu yang dibeli dengan nilai £6 juta (RM30 juta) dari Chivas sudah menyumbat 20 gol musim ini....








Rabu, 8 Jun 2011

Perlawanan Persahabatan:Malaysia Tewas....

       Skuad Olimpik negara kecundang 0-1 kepada Kemboja dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Olimpik Phnom Penh,semalam kira-kira 10 hari lagi menjelang perlawanan pra-Olimpik menentang Lubnan.... Jelas sekali kelebihan fizikal, stamina dan pengalaman milik skuad negara bimbingan Ong Kim Swee itu gagal dimanfaatkan sebaliknya tunduk kepada aksi lincah pemain tuan rumah....
    Walaupun mengawal hampir keseluruhan permainan yang diiringi hujan lebat pada 20 minit terakhir, kepantasan barisan depan Kemboja melakukan serangan balas menjadi racun buat pelawat....Skuad negara ketinggalan 0-1 pada minit ke-10 hasil permainan pantas tuan rumah yang berpunca daripada gerakan solo Kouch Sokumpheak sebelum dia merembat deras melepasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.....

     Selepas rehat, Malaysia memulakan permainan dengan lebih terkawal tetapi beberapa hantaran kurang tepat menyaksikan lawan mudah memintas bola dan melakukan serangan balas..... Namun ketenangan Fadhli Shas dan Muslim Ahmad mempertahankan kubu negara berjaya menafikan beberapa percubaan Kemboja.... 

     Pujian bagaimanapun harus diberikan kepada anak buah Kim Swee yang berjuang hingga ke minit-minit terakhir walaupun terpaksa bermain dengan keadaan padang yang becak dan bertakung...-Bharian



Video gol Olimpik Malaysia vs Olimpik Kemboja:




Selasa, 7 Jun 2011

Liga Super:Kelantan hampiri kejuaraan liga....

        

**Shakir Shaari diasak Ismail Fa'ruqi pada perlawanan semalam..
Kelantan menang 3-0 lawan Terengganu...**



       Kelantan menghampiri kejuaraan Liga Super 2011 apabila membenam Terengganu 3-0 di Stadium Nasaruddin Idris Shah,Kuala Terengganu,Semalam....Gol-gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Izuan Salahudin pada minit ke-8,dan dua gol sumbangan Norshahrul Idlan Talaha....Tuan rumah mempamerkan aksi lebih kemas pada Babak kedua namun tiada jaringan terhasil...Ini memberi sedikit kelebihan psikologi buat The Red Warriors menjelang Final Piala F.A,Sabtu ini...

      Kedudukan Kelantan itu masih dikejar Selangor apabila Red Giants membelasah pasukan tercorot,Perlis 7-1 di Stadium Shah Alam...Asraruddin Putra menjadi duri dalam daging Perlis apabila mencatat hatrik apabila menyumbat empat gol pada separuh masa pertama...Rudie Ramli,Amirulhadi,dan Fitri Shazwan 
masing-masing meledak satu gol manakala gol saguhati Perlis diaringkan Azmizi Azmi pada minit ke-75...

        Negeri Sembilan turut mengamuk di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi apabila membelasah T-Team 4-0, bagaimanapun perlawanan semalam dicemari dengan dua layangan kad merah, yang menyaksikan kedua-dua pasukan menamatkan saingan dengan 10 pemain....S. Kunalan meletakkan tuan rumah di depan seawal minit pertama permainan, sebelum Firdaus Azizul menambah dua gol pada minit ke-22 dan 42, manakala Hairuddin Omar melengkapkan gol keempat pada minit ke-46....

       Dalam satu lagi saingan, Kedah memintas Perak untuk menghuni tangga keempat liga dengan 41 mata selepas menundukkan Felda United 2-1 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, pada ketika Perak hanya mampu seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang untuk meletakkan pasukan itu di tangga kelima....     



      


Jumaat, 3 Jun 2011

EPL:Tony Fernandes mahu beli West Ham....

       





       Usahawan penerbangan Malaysia, Datuk Seri Tony Fernandes(gambar) mengesahkan dia mengemukakan bidaan untuk membeli kelab bola sepak yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) West Ham....

“Untuk semua peminat West Ham, satu tawaran dikemukakan kepada pemilik kelab. Kita tunggu dan lihat sama ada mereka menerimanya,” kata pemilik syarikat penerbangan AirAsia dan pemilik pasukan Formula Satu (F1) Team Lotus itu dalam laman Twitternya....
       Fernandes membuat pengumumannya pada hari sama pemilik kelab itu, David Sullivan dan David Gold, memperkenalkan Sam Allardyce sebagai pengurus baru Hammers selepas Avram Grant dipecat tidak sampai sejam selepas kelab itu terhumban ke Liga Kejuaraan musim depan....Sebagai seorang yang sudah lama meminati kelab timur London itu, Fernandes pernah menyuarakan minat untuk membeli pegangan saham dalam West Ham November lalu tetapi gagal mencapai persetujuan dengan pengerusi kelab, Andrew Bernhardt di Kuala Lumpur.....

         Nanun rundingan terus berjalan hingga Januari apabila bekas pemilik Birmingham City, Sullivan dan Gold melengkapkan pembelian mereka dan mengambil alih kelab Upton Park itu....Ketika itu, Fernandes lega kerana usahanya membeli kelab itu gagal tetapi dia tetap memberi isyarat berminat untuk membeli buat kali kedua.....

      “Ya, (ketika itu) kerana saya sibuk sepenuhnya dengan hal Lotus. Itu sudah stabil sekarang.” 
Dengan West Ham terkeluar daripada EPL yang mewah, Fernandes mungkin merasakan dia boleh membeli kelab itu pada harga jauh lebih murah.....Tetapi dia berkata: “Tiada lagi kenyataan mengenai West Ham... kalau sesuatu berlaku, ia berlaku. Kalau senyap, senyaplah....-Bharian