Khamis, 23 Jun 2011

Kelayakan Olimpik:Malaysia hilang Mahali Jasuli...

        
**Mahali Jasuli(jersi no.18)...**
       Malaysia turun tanpa tonggak pertahanan, Mahali Jasuli pada aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini....Justeru, sesuatu perlu direncanakan oleh jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selepas kehilangan khidmat ‘kereta kebal’ itu yang sebelum ini memperlihatkan ketahanan menyekat asakan lawan....
       Mahali tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini selepas menerima dua kad kuning....Kad kuning pertama tonggak pertahanan kanan berusia 22 tahun itu dikutip ketika aksi menentang Pakistan pada pusingan pertama 9 Mac lalu manakala kad kuning kedua diterimanya pada aksi pertama menentang Lebanon Ahad lalu....
         Yang pasti, kehilangan Mahali itu sememangnya dirasai oleh Kim Swee memandangkan dia kini semakin terdesak dalam usaha menurunkan barisan terkuatnya terutama di bahagian pertahanan bagi mengelakkan kubu skuad negara dibolosi lawan.....
       Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu terlalu cepat mengalah melihat situasi terkini yang melanda skuad Olimpik negara itu apabila menjelaskan bahawa dia mempunyai beberapa pilihan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahali itu.....Jika dibuat penilaian, Kim Swee dijangka memilih Hafizi bagi beraksi di bahagian pertahanan kanan memandangkan Fandi tampil dengan aksi konsisten beraksi di bahagian sayap kanan pada aksi pertama sebelum ini....
          Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui bahawa anak-anak buahnya perlu memburu gol awal bagi memastikan keadaan lebih selesa memandangkan format perlawanan menyaksikan kelebihan gol di tempat lawan akan diambil kira jika perlawanan berakhir dengan seri...Pada aksi pertama di Beirut Ahad lalu, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan dengan Lebanon....
       Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac lalu.....-Kosmo!
Perlawan kedua:
MALAYSIA (0) VS  LUBNAN(0)
Std Bukit Jalil,8.45 mlm..Siaran langsung Astro Arena 801
untuk live streaming,klik sini


1 ulasan:

  1. minta pertimbangan untuk mahali supaya dia menjadi penyerang bagi Harimau Malaya nanti kerana buat masa ini ejat masih lagi dalam kecerderaan...minta forword kepada ketua jurulatih...

    BalasPadam