| ***Alex McLeish** |
Alex McLeish meletak jawatan sebagai pengurus Birmingham City kelmarin selepas menamatkan satu musim yang sentiasa diingati kelab itu selepas memenangi trofi pertama dalam tempoh 48 tahun tetapi kemudian tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL).....
Pelantikannya sebagai pengurus Scotland itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila dia berpindah ke selatan untuk menggantikan Steve Bruce di Birmingham pada November tahun sama.... Birmingham tersingkir daripada EPL pada penamat musim pertamanya selaku pengurus, tetapi dia membawa mereka kembali ke EPL pada kempen 2009/10 dengan menamatkan saingan di tangga kesembilan - kedudukan tertinggi sejak hampir setengah abad....
Tahun ini, mereka mengejutkan Arsenal dalam final Piala Liga tetapi kejayaan itu diikuti dengan kemerosotan prestasi secara dramatik dalam saingan liga yang berakhir dengan penyingkiran selepas tewas kepada Tottenham Hotspur pada hari terakhir liga....
Media Britain sebelum ini mengaitkan McLeish dengan kemungkinan perpindahan kontroversi ke bandaraya bersebelahan untuk mengambil alih kekosongan berikutan peletakan jawatan Gerard Houllier dan pemerhati serta merta melihat McLeish kini calon paling sesuai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan