Rabu, 28 September 2011

Piala Malaysia:Misi 33 diteruskan...



      Selangor dan Kedah berundur daripada peringkat kumpulan kancah Piala Malaysia, musim ini dengan meniti suasana berbeza, malam tadi....Sambil juara 32 kali itu berhempas pulas mengatasi Kuala Lumpur 2-1 di gelanggang sendiri untuk layak ke suku akhir, Kedah yang harus menang hanya bergelut untuk seri 1-1 menentang Perak di Alor Setar.....

      Keputusan di Stadium Darulaman sekadar menceriakan Sabah yang membelasah Johor 4-1 di gelanggang lawan...Keputusan itu juga bererti Perak selaku juara Kumpulan A akan menentang Selangor naib juara Kumpulan D manakala T-Team yang muncul naib juara Kumpulan D menentang Sabah (naib juara Kumpulan (A) pada 10 dan 14 Oktober ini.

       Biarpun memilih jalan sukar, Selangor akhirnya berjaya juga layak ke suku akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi-sekali gus menghidupkan semula Misi 33....Bagi skuad Warga Kota, ia pasti satu kekecewaan terbesar selepas mereka menduduki tangga teratas Kumpulan D sehingga perlawanan keempat sebelum akhirnya dipintas T-Team dan Selangor....

Suku akhir:

Perak lwn Selangor
Kelantan lwn Terengganu
N.Sembilan lwn Felda United
T-Team lwn Sabah

 


Ahad, 25 September 2011

Piala Malaysia:Perak, Kelantan ke suku akhir...

   



       Enam pasukan,Kelantan, Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, FELDA United dan T-Team mengesahkan tempat ke suku akhir Piala Malaysia tatkala dua lagi slot masih menjadi rebutan empat pasukan - Kedah, Sabah, Kuala Lumpur dan Selangor selepas berakhirnya perlawanan kelima, malam tadi....

      Di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Perak muncul juara Kumpulan A dengan 13 mata selepas menewaskan Johor 2-1 hasil jaringan Isma Aliff minit ke-38 dan Failee Ghazali (90) manakala gol tunggal Johor dijaringkan Ashadi Yusof pada masa kecederaan.....

      Kedah pula menghidupkan peluang ke suku akhir apabila berjaya menewaskan Sabah 1-0 menerusi jaringan Khyril Muhymeen Zambri minit ke-44 di Stadium Darulaman, Alor Setar untuk kedua-dua pasukan kini berkongsi tujuh mata....
 
     Kumpulan B menyaksikan Negeri Sembilan dan Terengganu mara ke suku akhir selepas masing-masing menundukkan Sime Darby 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dan PKNS 1-0 di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya....

       Saingan Kumpulan C juga mengesahkan dua pasukan ke suku akhir apabila Johor FC sekadar mengikat Kelantan 1-1 di Stadium Pasir Gudang apabila gol pendahuluan tuan rumah menerusi Mohd Akmal Mohd Noor pada minit kedua disamakan Azammuddin Akil enam minit kemudian....

     Di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching, Sarawak mencatatkan kemenangan pertama dengan menewaskan FELDA United 1-0 hasil jaringan Bobby Gonzalez pada minit ke-17 tetapi pasukan pelawat tetap dapat mengesahkan tempat ke suku akhir. ...

        Bagi saingan Kumpulan D, Selangor kembali menghidupkan Misi 33 apabila mudah menewaskan Polis 4-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Amri Yahyah (31), Safiq Rahim (44), Amirulhadi Zainal (71) dan Rudie Ramli (89) manakala Polis membalas menerusi Fauzi Abd Majid (62)....

      T-Team biarpun belum sah sebagai juara kumpulan, sudah pun layak ke suku akhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu apabila jaringan Indra Putra Mahayuddin (28) disamakan penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri (46)....

       Selangor kini dengan tujuh mata wajib menewaskan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam, Selasa ini jika berhajat mengiringi T-Team ke suku akhir....





Khamis, 22 September 2011

La Liga:Barca,Real sekadar seri...

**Fabregas diasak Kapten Valencia..gambar dari Barcelona.cat...

        Barcelona bangkit daripada ketinggalan apabila seri 2-2 dengan Valencia di Stadium Mestalla,awal pagi tadi...Bintang baru Barca,Cesc Fabregas menjadi penyelamat apabila meledak gol pada minit-76 perlawanan...Sebelum itu,Valencia mendahului menerusi jaringan sendiri Eric Abidal pada minit ke-11...

        Pedro menyamakan kedudukan minit ke-13 apabila menerima hantaran Leonel Messi sebelum merembat leret melepasi penjaga gol Valencia,Guiatta...Pablo meletakkan tuan rumah dihadapan kembali pada minit ke-23...Keputusan itu kekal hingga tamat separuh masa..

       Kembali separuh masa kedua,Barelona terus mengasak dan akhirnya mendapat gol penyama apabila Messi sekali lagi menjadi watak penting apabila melorongkan bola kepada Fabregas sebelum disudahkan beliau....

Real Madrid dan Racing sekadar seri 0-0...Atletico Madrid membelasah Sporting Gijon 4-0..


     


Kelayakan Olimpik:Malaysia berjaya elak dibelasah...

  
**Mahali Jasuli(kiri)diasak pemain Jepun...gambar dari bharian**

       Skuad bola sepak negara berjaya mengelak daripada kekalahan besar apabila hanya tewas 0-2 kepada Jepun pada aksi pembukaan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Fukuoka, semalam....

     Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang berjaya menyelamatkan sekurang-kurangnya sembilan percubaan bahaya pasukan tuan rumah di babak pertama dan empat di babak kedua....Jika tidak kerana kecemerlangan Fahmi, Malaysia hampir pasti menjadi ‘lauk’ kepada pasukan Samurai Biru yang seperti dijangka menguasai sebahagian besar permainan.....

       Hanya dua gol gagal dihalang Fahmi iaitu menerusi Keigo Higashi pada minit ke-9 dan Ryohei Yamazaki pada minit ke-77. Itu pun selepas Jepun mengasak bertali arus....Ternyata skuad negara bukan lawan setanding untuk Jepun yang jelas memiliki kelebihan dalam segala segi baik kawalan bola, kawalan dan gaya permainan, ketenangan, skil, teknik serta taktik...

        Seawal minit kedua lagi Fahmi sudah diuji apabila berjaya menghalang bola satu-dua pemain Jepun di depan gawang sebagai tanda amaran betapa deretan percubaan bahaya bakal terus menyusul selepas itu.
Ia ternyata benar apabila satu demi satu penyerang Jepun membolosi kubu negara menerusi gerakan-gerakan kemas dan menarik dari setiap penjuru.....Kegagalan pemain negara mengawal permainan dengan kemas dan memegang bola dengan yakin menjadi faktor kenapa tiada langsung percubaan bahaya berjaya diilhamkan anak-anak buah Ong Kim Swee sepanjang permainan....

        Hanya di babak kedua, satu-satunya percubaan yang berjaya dicipta menerusi Thamil Arasu pada minit ke-63 tetapi belum sempat dapat meledakkan sepakan dari dalam kotak penalti, ia mudah dipatahkan pertahanan Jepun....

       Dalam pada itu pujian juga perlu diberikan kepada benteng pertahanan skuad negara kerana ampuh bertahan ketika berkampung di kubu sendiri....


Rabu, 21 September 2011

Piala Malaysia:K.Devan letak jawatan...

   
**K.Devan kini mengucapkan selamat 
                                                                                       tinggal kepada Selangor**


        Jodoh pengendali Selangor, K. Devan bersama Gergasi Merah Kuning akhirnya terlerai sudah....
Kelmarin, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada pihak Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)....Ia disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Amin dalam satu sidang akhbar tergempar di Shah Alam petang semalam....

        Dengan pengunduran Devan, 'kerusi panas' Selangor itu kini digalas penolong jurulatih, P. Maniam yang pastinya mempunyai tanggungjawab yang cukup besar meneruskan sisa-sisa perjuangan Gergasi Merah dalam kancah saingan Piala Malaysia selepas ini....

       Difahamkan, keputusan Devan mengundur diri kerana 'tekanan' daripada penyokong fanatik Selangor yang mula resah dengan prestasi merudum Gergasi Merah pada kempen Piala Malaysia musim ini....
Bagi Hamidin, 'jodoh' Devan bersama Selangor sejak mengambil alih tugas daripada Dollah Salleh pada 2008, kini sudah ternoktah dan pihaknya terpaksa menghormati keputusan bekas jurulatih Negeri Sembilan itu...

       Menurutnya, tiada sebarang masalah atau perseli- sihan wujud di antara FAS dan Devan dalam tempoh perkhidmatannya sejak tiga tahun lalu....


Isnin, 19 September 2011

EPL:Red Devils ungguli liga....

    

**Gol pembukaan dijaringkan Chris Smalling..gambar dari Manutd.com..**

        Manchester United mempamerkan kelas tersendiri apabila menumpaskan pesaing terdekatnya, Chelsea 3-1 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, di Old Trafford, awal pagi tadi.....

       Gol pembukaan United diperoleh seawal minit ke-7 menerusi Chris Smalling diikuti Nani pada minit ke-37.....Penyerang England, Wyane Rooney menambah koleksi jaringan pada minit ke-40 untuk memastikan United mendahului 3-0 selepas tamat separuh masa pertama.....

       Satu kejutan berlaku apabila Liverpool dibelasah Tottenham 0-4 di Arena lawan...Gol-gol  Tottenham diaringkan Adebayor(2),Luka Modric dan Jermain Defoe...
 
       Chelsea memperoleh gol tunggal menerusi penyerang termahal liga, Fernando Torres pada minit ke-46....Dengan kemenangan itu, Manchester United kekal di tangga teratas liga dengan 13 mata, dua mata di depan Manchester City manakala Chelsea di tempat ketiga dengan 12 mata....


Piala Malaysia:Kelantan mengamuk di Kota Bharu..

      


         Pasukan pilihan,Kelantan seakan melepaskan geram apabila membelasah Sarawak 4-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-4,Kota Bharu dalam saingan kumpulan C,Piala Malaysia....Satu lagi perlawanan menyaksikan Pendahulu kumpulan,Felda United sekadar seri 1-1 dengan Johor FC,di tempat sendiri...Gol-gol Kelantan dijaringkan Badhri Razi(2),Norshahrul Idlan Talaha dan pemain gantian,Daniel Fadly...

         Menariknya,gol-gol Kelantan dijaringkan pada 10 minit terakhir perlawanan apabila setiap percubaan gagal membuahkan hasil serta dinafikan kecemerlangan Penjaga gol Sarawak...Namun, tiga peluang terbaik pada minit ke-17, 19 dan 21 menerusi Daudsu Jamaluddin, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha sepatutnya sudah menggamatkan stadium, tetapi rembatan lemah serta tersasar menyaksikan gawang pelawat selamat....

        Kegagalan barisan depan Kelantan menyudahkan beberapa peluang terhidang bagaimanapun ditebus pada 10 minit terakhir apabila mereka meledak dengan empat gol menewaskan penjaga gol pelawat, Aidil Mohamad...

     


       


Ahad, 18 September 2011

EPL:Blackburn kejutkan Gunners...

     
**Maroune Chamakh diasak pertahanan Blackburn..gambar dari Arsenal.com**

        Arsenal sekali lagi ditimpa malang musim ini apabila teas mengejut 3-4 kepada Blackburn di Ewood Park...Walaupun mendahului 2-1 menerusi jaringan Gervinho dan M.Arteta,Arsenal melakukan kesilapan apabila "bermurah hati" memberi 2 gol sendiri kepada Blackburn...

      Maroune Chamakh merapatkan kedudukan 4-3 pada minit ke-85 namun tidak dapat menbantu daripada tewas kali ketiga...Untuk rekod,Arsenal memulakan musim dengan seri 0-0 dengan Newcastle,tewas kepada Liverpool 0-2,menang 1-0 ke atas Swansea ,dibelasah Man.Utd 2-8,dan terbaru,tewas kepada Blackburn 3-4...


Jumaat, 16 September 2011

Persahabatan antarabangsa:Olimpik Malaysia semakit hebat....







       Skuad Olimpik negara tampak sudah bersedia berdepan 'gelora' Jepun pada aksi sulung Kumpulan C, pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Rabu ini, walaupun tewas kepada Oman 1-0 pada aksi persahabatan terakhir di Stadium UiTM, Shah Alam, petang semalam....
.
      Oman yang singgah sebelum bertemu Korea Selatan pada aksi sulung Kumpulan A di Changwon, juga Rabu ini memiliki reputasi hebat selepas menyingkirkan Tajikistan pada pusingan pertama dan China pusingan kedua serta menjuarai Piala Teluk B-23, bulan lalu...


        Namun, skuad Olimpik nega­ra jelas lebih ba­nyak menguasai permainan de­­ngan bebe­rapa percubaan berbahaya A Thamil Arasu, Wan Zack Haikal, Izzaq Faris Ramlan dan Nazmi Faiz Mansor tetapi dihukum rembatan kencang Hussain Ali Al Hadhri yang menghasilkan gol kemenangan Oman pada minit ke-41...Di bawah ini video gol:




Khamis, 15 September 2011

Liga Juara-Juara:Red Devils diikat Benfica...

**Evra diasak dari belakang oleh pemain Benfica..gambar dari Manutd.com**
     

      Manchester United memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dalam Kumpulan C dengan mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan juara Liga Portugal, Benfica di Stadium Estadio do Sport Lisboa, awal pagi tadi....

     Sebagai naib juara musim lalu, United bagaimanapun dikejutkan dengan gol awal pasukan tuan rumah menerusi jaringan Oscar Cardozo pada minit ke-24...
United menbalas jaringan menerusi Ryan Giggs pada minit ke-42 untuk menjadikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama...


     Masuk separuh kedua, United lebih banyak mendominasi permainan tetapi gagal membawa tiga mata penuh....keputusan satu sama kekal hingga tamat perlawanan...Bagi kumpulan B,satu kejutan dilakarkan apabila Inter Milan tewas 0-1 kepada Trabzonspor...Antara perlawanan menarik yang lain termasuklah Man.City seri 1-1 dengan Napoli,Bayern Munich menang bergaya 2-0 ke atas Villareal jaringan Toni Kroos dan Rafinha...

Real Madrid pula menang tipis 1-0 ke atas Dinamo Zagreb...


Rabu, 14 September 2011

Piala Malaysia:N.Sembilan semakin mengganas...

    
**Hairudin Omar diasak pemain Terengganu..gambar dari Bharian**   


      Negeri Sembilan sudah mula memberi isyarat betapa mereka kini muncul selaku ancaman terbaru memburu mahkota kejuaraan Piala Malaysia, musim ini....

      Malam tadi, anak didik Azraai Khor Abdullah merakamkan kemenangan penting menewaskan juara baru Piala FA, Terengganu 1-0 dalam saingan Kumpulan C di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi hasil jaringan tunggal Shahurain Abu Samah yang menolak masuk pada minit ke 64.....

       Pada awal minit perlawanan, Negeri Sembilan lebih me­­nguasai perlawanan apabila hampir mendahului seawal minit ke-11, namun tendangan Hairuddin Omar tepat ke dakapan, Mohd Sharbinee Allawe... Pada minit ke 28, penyerang berpengalaman itu sekali lagi terlepas peluang menjaringkan gol apabila gagal menolak masuk bola ke gawang selepas cemerlang memperdayakan pertahanan Terengganu diketuai Marzuki Yusoff. ...
 
      Sementara itu, satu lagi perlawanan Kumpulan B menyaksikan PKNS berjaya mengutip mata penuh mengetepikan sai­ngan Sime Darby 1-0 menerusi jaringan P Rajesh pada minit kesembilan....Perak pula cemerlang menewaskan Kedah 2-1 di laman sendiri,manakala Sabah mendahului kumpulan A selepas membenam Johor,3-1...

      Selangor dikecewakan K.Lumpur apabilla seri 0-0,manakala T-Team membelasah PDRM,4-0 di K.Terengganu...Kump C menyaksikan Johor FC mencerahkan peluang apabila mencatatkan kemenangan tipis,1-0 ke atas Sarawak...Satu lagi pertembungan akan menyaksikan Kelantan bertemu Felda United,hari ini...








Selasa, 13 September 2011

Liga Juara-Juara:Pertarungan bermula...

 



      Liga Juara-Juara Eropah 2011-12 bakal bermula awal pagi ini...32 pasukan merebut untuk menenpatkan diri ke final yang dijangka berlangsung 19 Mei 2012 di Stadium Futball Arena,Munchen,Jerman...Jadual untuk perlawanan awal pagi nanti:



Kump E:

Chelsea vs Bayern Leverkusen...Klik untuk live streaming
Genk     vs Valencia                 ...Klik untuk live streaming

Kump F:

Borussia Dortmund vs Arsenal...Klik untuk live streaming
Olympiacos  vs  Marseille       ...Klik untuk live streaming

Kump G:

APOEL FC vs Zenit St.Petesburg...Klik untuk live streaming
FC Porto     vs Shakhtar Donestk...Klik untuk live streaming

Kump H:

Barcelona vs AC Milan               ...Klik untuk Live Streaming
Viktoria Plazen vs BATE Borisov ...Klik untuk live streaming


**semua perlawanan dijangka berlangsung 2:45 pagi waktu Malaysia(GMT+8)...
**siaran live streaming akan muncul 30 minit sebelum perlawanan...


Isnin, 12 September 2011

Ralat...

Maaf atas kesulitan selama 2 bulan...Blog Bola akan kembali seperti biasa pada 12/9/2011...