Skuad Olimpik negara tampak sudah bersedia berdepan 'gelora' Jepun pada aksi sulung Kumpulan C, pusingan akhir kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Tosu, Rabu ini, walaupun tewas kepada Oman 1-0 pada aksi persahabatan terakhir di Stadium UiTM, Shah Alam, petang semalam....
.
Oman yang singgah sebelum bertemu Korea Selatan pada aksi sulung Kumpulan A di Changwon, juga Rabu ini memiliki reputasi hebat selepas menyingkirkan Tajikistan pada pusingan pertama dan China pusingan kedua serta menjuarai Piala Teluk B-23, bulan lalu...Namun, skuad Olimpik negara jelas lebih banyak menguasai permainan dengan beberapa percubaan berbahaya A Thamil Arasu, Wan Zack Haikal, Izzaq Faris Ramlan dan Nazmi Faiz Mansor tetapi dihukum rembatan kencang Hussain Ali Al Hadhri yang menghasilkan gol kemenangan Oman pada minit ke-41...Di bawah ini video gol:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan