| **Evra diasak dari belakang oleh pemain Benfica..gambar dari Manutd.com** |
Manchester United memulakan kempen Liga Juara-Juara Eropah dalam Kumpulan C dengan mengutip satu mata apabila seri 1-1 dengan juara Liga Portugal, Benfica di Stadium Estadio do Sport Lisboa, awal pagi tadi....
Sebagai naib juara musim lalu, United bagaimanapun dikejutkan dengan gol awal pasukan tuan rumah menerusi jaringan Oscar Cardozo pada minit ke-24...United menbalas jaringan menerusi Ryan Giggs pada minit ke-42 untuk menjadikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama...
Masuk separuh kedua, United lebih banyak mendominasi permainan tetapi gagal membawa tiga mata penuh....keputusan satu sama kekal hingga tamat perlawanan...Bagi kumpulan B,satu kejutan dilakarkan apabila Inter Milan tewas 0-1 kepada Trabzonspor...Antara perlawanan menarik yang lain termasuklah Man.City seri 1-1 dengan Napoli,Bayern Munich menang bergaya 2-0 ke atas Villareal jaringan Toni Kroos dan Rafinha...
Real Madrid pula menang tipis 1-0 ke atas Dinamo Zagreb...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan