Khamis, 30 Disember 2010

AFF Suzuki Cup::Ferdinand puji Malaysia

**Rio Ferdinand**


        Kehebatan Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 bukan saja mendapat pujian warga Malaysia,malah ia turut mendapat perhatian Bintang Man.Utd,Rio Ferdinand.... Dalam akaun laman Twitter milik pemain pertahanan kelab Red Devils itu, Ferdinand memuji permainan anak buah K. Rajagobal selain turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan mereka bergelar juara Piala Suzuki AFF.
        "Tahniah kepada pasukan Malaysia yang baru sahaja menumpaskan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF."Saya pernah bertemu dengan pasukan bawah 23 tahun Malaysia, 18 bulan lalu dan mereka terbukti merupakan sebuah pasukan yang mempunyai masa depan cerah," katanya dalam Twitter miliknya, semalam.
       Ferdinand merupakan kapten pasukan Manchester United ketika pasukan itu mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad Malaysia, dua tahun lalu yang menyaksikan Man.Utd menang kedua-dua perlawanan dengan 3-2 dan 2-0...


AFF Suzuki Cup:Ego Indonesia terpadam...

    
**Anak-anak buah K.Rajagobal meraikan kemenangan ke atas Indonesia di
Stadium Gelora Bung Karno,semalam...gambar dari utusan malaysia**


        Malaysia menamatkan tahun 2010 dengan cemerlang apabila menjuarai Piala AFF Suzuki apabila menewaskan Indonesia secara agregat 4-2 walaupun perlawanan kedua tewas 2-1,semalam....lebih 90,000 penyokong Indonesia terpaksa menelan kepahitan yang Malaysia berhak menang...Satu gol daripada Safee Sali yang juga penjaring terbanyak kejohanan menewaskan Cristian Gonzales membantu Malaysia walaupun Indonesia bangkit daripada gol Nasuha(m-71) dan jaringan sendiri Muslim Ahmad(m-87)...
       Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini terjadi apabila gerakan pantas Mohd.Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali....Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan....Apapun,pujian harus diberikan penjaga gol negara,Khairul Fahmi Che Mat apabila menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Garuda,Firman Utina pada minit-18.... ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final...

        Pengendali Indonesia,Alfred Rield masih dengan nada bongkak apabila seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan skuadnya....kemenangan Malaysia ini sekaligus menutup kritikan pihak media Indonesia...Pengendali skuad negara, K. Rajagobal mengakui dia sudah terbayang kejuaraan selepas jaringan yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke-53 kerana amat sukar buat Indonesia bangkit mendapatkan lima jaringan dalam tempoh baki perlawanan yang tinggal di separuh masa kedua....kapten Garuda,Firman Utina meminta maaf kepada penyokongnya atas kegagalan menyempurnakan penalti pada minit ke-18...apa yang pasti,kemenangan ini telah menjadikan skuad negara antara yang digeruni di rantau ini...


Rabu, 29 Disember 2010

EPL:Balotelli mahu tinggalkan Man.City....

    

**Mario Balotelli**

        Pemain yang diberi taraf kerakyatan Itali,Mario Balotelli yang baru lima bulan bersama Man.City dilaporkan mahu meninggalkan kelab kaya-raya itu....Penyerang berusia 20 tahun itu dikatakan telah bosan dengan kontroversi yang sering melanda dirinya sejak beraksi bersama City, Ogos lalu....Balotelli mahu pulang ke negara asalnya,Itali...Balotelli tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengurus City, Roberto Mancini yang telah sedaya upaya membantunya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru di Eastland....
        Dia yang sebelum ini bersama Inter Milan banyak memperoleh kejayaan di sana...Sepanjang 10 penampilan bersama City, Balotelli telah merekodkan lima gol...Seandainya Balotelli tidak dapat merealisasikan hasratnya itu pada Januari depan, dia akan berusaha untuk meninggalkan City pada musim panas akan datang....tetapi hatrik yang dilakukan semalam ketika membelasah Aston Villa 4-0 sedikit memberi kesenangan kepada Roberto Mancini....



Selasa, 28 Disember 2010

EPL:Arsenal menang...

      Arsenal kembali bersaing dalam perebutan liga apabila menang 3-1 bertemu pesaing terdekat Chelsea...gol-gol Arsenal dijaringkan oleh Alex Song minit ke-44,Fabregas(m-50) dan Walcott pada minit ke-53...gol saguhati Chelsea disumbangkan Ivanovic minit ke-57...Perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates disaksikan lebih 60,000 penonton....tiga mata itu berjaya memintas Man.City dan naik ditangga kedua di belakang Man.Utd yang kurang satu perlawanan...



       Setelah kalah ditangan  Man.Utd dua minggu lalu,Arsenal bangkit dengan permainan tersusun di depan penyokong sendiri...Arsene Wenger membuat pertukaran mengejut memasukkan Djourou dan Sebastian Squlaicci direhatkan...Chamakh Digantikan oleh Robin Van Persie dalam kesebelasan utama...Samir Nasri hampir membuka tirai jaringan tetapi rembatannya dari luar kotak penalti sedikit melewati palang gol...

  
**Cesc Fabregas meraikan jaringan bersama Theo Walcott..gambar ddari Arsenal.com** 





minit ke-44,Alex Song yang tidak dikawal mengambil kesempatan untuk merembat bola melepasi Petc Cech menggembirakan Arsene Wenger untuk jaringan pertama perlawanan...babak kedua bermula dengan Arsenal menguasai perlawanan....minit ke-50,Fabregas melorongkan bola  kepada Walcott dan penyerang muda itu bijak mengawal bola dan mengembalikan bola kepada Fabregas untuk disudahkannya...
        Kealpaan benteng Chelsea sekali lagi membawa padah tiga minit kemudian apabila Fabregas yang bergandingan baik dengan Walcott merampas bola dengan disudahkan Walcott untuk gol ketiga Gunners....Ivanovic merapatkan defisit gol apabila menanduk masuk sepakan percuma Didier Drogba...minit ke-79,Kalou hampir menambah jaringan untuk Chelsea tetapi golnya dibatalkan kerana offsaid...tamat perlawanan,Arsenal 3-1 Chelsea.........



Jumaat, 17 Disember 2010

Europa:keputusan undian pusingan kalah mati

Liga Europa:




























pusingan 32:

1:Napoli           vs   Villareal
2:Ranjers          vs   Sportin Lisbon
3:Spatak Praha vs  Liverpool
4:Anderlecht     vs  Ajax Amsterdam
5:Lech Poznan  vs  Braga
6:Besiktas         vs  Dynamo Kiev
7:Basel             vs   Spartak Moskow
8:Young Boys   vs  Zenit St Petersburg
9:Aris               vs   Man.City
10:PAOK        vs   CSKA Moskow
11:Sevilla         vs   FC Porto
12:Rubin          vs   FC Twente
13:Lille            vs   PSV Eidhoven
14:Benfica       vs   Stuttgart
15:BATE        vs    PSG
16:Metalist      vs   Bayen Leverkusen

pusingan 16:


pemenang 14  vs  pemenang 15
pemenang 6    vs  pemenang 9
pemenang 12  vs  pemenang 8
pemenang 10  vs  pemenang 11
pemenang 13  vs  pemenang 2
pemenang 16  vs  pemenang 1
pemenang 4    vs  pemenang 7
pemenang 3    vs  pemenang 5




Liga Juara-Juara:




























pusingan 16:


AS Roma   vs   Shakhtar Donestk
AC Milan   vs   Tottenham
Valencia     vs   Schalke 04
Inter Milan  vs  Bayern Munich
Lyon          vs   Real Madrid
Arsenal      vs   FC Barcelona
Marseille    vs  Man.Utd
FC Cophenhagen   vs   Chelsea




Khamis, 16 Disember 2010

Piala Kelab Dunia:TP Mazembe cipta sejarah layak ke Final

Pemain Mazembe meraikan kejayaan menewaskan Internacional...
***gambar dari Kosmo!***

       TP Mazembe mencipta kejutan terbesar dalam sejarah 10 tahun Piala Kelab Dunia apabila tampil gah menewaskan jaguh Brazil, Internacional 2-0 dalam saingan separuh akhir, kelmarin....Kelab dari Republik Congo itu melakar kejayaan tersebut selepas menewaskan juara Copa Libertadores, Internacional dari Brazil 2-0 kelmarin....Pada pertemuan itu, TP Mazembe membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi penyerang, Mulota Kabangu sebelum Dioko Kaluyituka meledakkan gol kedua pada minit ke-85 untuk memberi kemenangan bermakna kepada Mazembe
     Pada Final yang berlangsung Sabtu ini,Mazembe akan menentang juara Eropah,Inter Milan yang menewaskan Seongnam Iihwa 3-0 semalam...Inter mendahului pada minit ke-3 hasil jaringan Dejan Stankovic,Javier Zanetti(m-32) dan Diego Milito(m-73)....tetapi,kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Wesley Sneijder mengalami kecederaan pada awal babak pertama...


FINAL:

Inter Milan     vs      TP Mazembe 



AFF Suzuki Cup:Malaysia menang....

      Bukit Jalil semalam menyaksikan kebangkitan Malaysia apabila membenam Juara Bertahan,Vietnam 2-0 hasil 2 jaringan Safee Sali....ini memberi bekalan selesa sebelum bertandang ke Hanoi Sabtu ini....Bermain di hadapan hampir 50,000 penyokong setia,Malaysia banyak bertahan pada babak pertama dan berjaya mengekang asakan bertali arus Vietnam...Malaysia pula sekali-sekala mengertak lawan dengan cubaan bahaya di depan pintu gol...ketangkasan Khairul Fahmi menjaga gawang sedikit-sebanyak mengecewakan lawan...
Safee Sali menjaringkan 2 gol ketika Malaysia menang 2-0 keatas
Vietnam..**gambar dari Berita Harian**
        Lautan penyokong tempatan yang membanjiri stadium serta kelompok kecil penyokong Vietnam berpakaian serba merah turut mengiringi semangat perjuangan skuad kebangsaan ketika berjaya menyajikan persembahan terpuji penuh dominasi di laman sendiri....anak buah Henrique Calisto hampir didepan apabila sepakan percuma yang diambil kapten pasukan,Nguyen Minh Phuong diselamatkan dengan baik Khairul Fahmi....permainan Skuad kebangsaan berubah pada separuh masa kedua apabila banyak serangan bertali arus ke kubu Vietnam....Malaysia hampir mendahului hasil tandukan Safee Sali tetapi gol tidak dikira kerana offsaid....tinggal 30 minit sebelum tamat perlawanan,Safee Sali menanduk kencang sepakan percuma kapten,Safiq Rahim melepasi penjaga gol Vietnam,Bui Tan Truong....
      Bui Tan Truong sekali lagi tertewas apabila bola muntahnya disambar Safee untuk gol keduanya pada minit ke-81...satu lagi separuh akhir menyaksikan Indonesia menentang Filipina di Gelora Bung Karno malam ini...




Sabtu, 11 Disember 2010

EPL:pertemuan klasik M.u-Arsenal,cabaran getir Alan Padrew....

Dimitar Berbatov menjadi taruhan Alex Ferguson membocori gawang Gunner
    
       Satu pertemuan yang dijangka menarik akan berlaku diantara Man.Utd dan pendahulu liga,Arsenal di Old Trafford awal pagi Selasa ini....Di St.James Park,Alan Padrew yang baru sahaja dilantik sebagai pengurus Newcasle menggantikan Chris Hughton yang dipecat akan berdepan tugas pertamanya apabila dijadualkan berdepan Liverpool....
       Di Old Trafford,anak-anak buah Alex Ferguson berpeluang mendaki puncak liga jika dapat menewaskan Arsenal...dengan bermain di tempat sendiri,itu satu kelebihan buat Man.Utd...The Red Devils juga mempunyai baki satu perlawanan apabila pertemuan dengan Blackpool minggu lepas terpaksa ditunda akibat cuaca buruk...jika menang,ia akan melebarkan rekod tanpa kalah liga dalam 16 perlawanan musim ini...Pada aksi nanti,United dijangka akan mempertaruhkan Dimitar Berbatov manakali Arsene Wenger mungkin mengharapkan sentuhan Samir Nasri membocori gawang lawan...
       Di Newcastle,Alan Padrew disambut dingin oleh peminat Magpies setelah dilantik pengurus baru kelab itu...Selain berdepan ejekan daripada para penyokong Newcastle, tugas getir turut menanti Pardew apabila skuad kendaliannya itu melayan kunjungan Liverpool di St. James Park dalam aksi Liga Perdana England awal pagi esok...Pasukan bimbingan Roy Hodgson-Liverpool sudah menunjukkan peningkatan setakat ini, tetapi masalah mereka adalah untuk mencatatkan kemenangan selesa, seperti menewaskan Aston Villa 3-0 bagi membolehkan mereka kembali memberi saingan untuk kelompok empat pasukan teratas....


Rabu, 8 Disember 2010

AFF Suzuki Cup:Terima kasih Bambang...

    

**Bambang menjadi watak penting pasukan negara apabila
jaringannya membantu Malaysia layak ke separuh akhir**

          Malaysia melayakkan diri ke separuh akhir Piala AFF Suzuki setelah membelasah Laos 5-1 pada perlawanan terakhir semalam....namun,ia dibantu dengan dua gol penalti bekas pemain Selangor,Bambang Pamungkas yang menjadi watak penting membantu Malaysia layak ke separuh akhir untuk kemenangan 2-1 keatas Thailand...Di Palembang,Malaysia mendahului seawal minit ke-4 hasil tandukan cantik Amri Yahya hasil hantaran Norshahrul Idlan Talaha....3 minit kemudian,Malaysia dikejutkan dengan tandukan Lamnao Singto hasil kelalaian pertahanan Malaysia melepasi jangkauan Khairul Fahmi di gawang...
      K.Rajagobal mengeluarkan Kyril Muhymeen dengan digantikan Amirulhadi Zainal....Amri sekali lagi membuatkan Kem Malaysia mendahului apabila menyudahkan hantaran Safiq Rahim untuk gol kedua....kedudukan 2-1 hingga tamat separuh masa...separuh masa kedua menyaksikan anak buah K.Rajagobal terus mengasak ke kubu lawan dengan suasana hujan yang semakin lebat...keadaan ini membuatkan pemain Laos yang dibimbing David Booth mudah melakukan kesilapan apabila menerima bola...
       Laos hampir menyamakan kedudukan apabila hantaran silang pemainnya tidak dapat diselamatkan oleh Khairul Fahmi namun bola berjaya dikeluarkan dalam keadaan kelam-kabut....Rajagobal memasukkan Gurusamy menggantikan Amri Yahya....perjuangan Laos musnah apabila kesilapan pertahanannya merembat bola ke Amirulhadi Zainal  mengundang gol ketiga Malaysia yang merembat leret pada minit ke-73...minit-76,Norshahrul membuktikan dirinya berbisa apabila menjaringkan gol juga hasil kesilapan pemain Laos...
     Gol kelima Malaysia diperolehi pada masa kecederaan apabila Mahali Jasuli merembat bola dan terbias ke pertahanan Laos mengelirukan penjaga gol....
     Di Jakarta,Thailand gigit jari untuk ke separuh akhir apabila tewas kepada tuan rumah,Indonesia 1-2...Suree membuatkan Thailand di depan apabila Voli cantik pada minit ke-68 gagal ditampan Markus....10 minit terakhir,Indonesia dihadiahkan sepakan penalti apabila Cristian Gonzales dijatuhkan...Bambang tiada masalah menjaringkan gol penyamaan Indonesia...sekali lagi,Indonesia mendapat sepakan penalti pada minit 86 apabila rembatan Arif ditampan pertahanan dan dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Jepun....Bambang merembat bola ke sebelah kanan dan agakan penjaga gol tidak tepat...tamat perlawanan, Indonesia 2-1 Thailand...


Isnin, 6 Disember 2010

AFF Suzuki Cup:misi wajib menang....

      Malaysia memerlukan kemenangan keatas Laos esok andai berhajat mara ke separuh akhir Piala AFF Suzuki 2010...atas kertas,peluang ke separuh akhir masih samar-samar buat skuad negara....tetapi yang merisaukan Malaysia ialah mungkin berlaku pakatan antara Thailand dan Indonesia yang juga akan bertemu esok,,,Indonesia yang sudah layak hanya melengkapkan jadual dan mungkin membiarkan Thailand menang percuma kerana penyokong Indonesia seboleh-bolehnya mahu Malaysia tersingkir....
      Laos – yang dibelasah tuan rumah, Indonesia 6-0, kelmarin pasti bangkit memadamkan luka itu dalam saingan terakhir Kumpulan A dan pengendali skuad negara jelas peka dengan situasi tersebut apabila menentang lawan di Stadium Jaka Baring, Palembang esok...keputusan Indonesia dan Thailand mungkin mempengaruhi perlawanan ini jika Thailand menang...Perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Laos esok adalah penentu nasib skuad bimbingan K. Rajagobal dan dalam masa yang sama mereka turut berharap Indonesia menewaskan Thailand pada hari yang sama....


K.Rajagobal
      Indonesia sudah pasti tidak mahu mengulangi peristiwa buruk 1998 di mana mereka menentang Thailand pada perlawanan peringkat kumpulan dan masing-masing tidak mahu menjadi kemenangan bagi mengelak bertemu tuan rumah Vietnam.Keputusan yang seakan berakhir dengan seri 2-2 bertukar menjadi kemenangan berpihak kepada Thailand 3-2 selepas pemain Indonesia, Mursyid Effendi sanggup menjaringkan gol sendiri di masa kecederaan mengakibatkan dia digantung seumur hidup...perlawanan kedua bertemu Thailand kelmarin melegakan sedikit tekanan Rajagobal apabila anak buahnya beraksi dengan baik...jadi,Harimau Malaya perlu menerapkan semangat Sukan SEA yang berpihak Malaysia dengan 3-1 ke atas Laos jika mahu menang...
    perlawanan kumpulan B semalam menyaksikan Vietnam dikejutkan Filipina 0-2 dan Singapura menang keatas Myanmar 2-1...  



Khamis, 2 Disember 2010

AFF Suzuki Cup:kena belasah....

      
Norshahrul Idlan Talaha diraikan setelah menjaringkan gol pertama perlawanan
***gambar dari Berita Harian***
      Malaysia memulakan saingan dengan langkah kiri apabila dibelasah 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno....bermain di hadapan hampir 100,000 penyokong Indonesia,Malaysia bermula baik pada separuh masa pertama dengan jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18 mendiamkan seketika penyokong Indonesia dengan meletakkan Malaysia di depan selepas penyerang Kelantan itu menerima umpanan baik daripada Mohd Safee Sali yang mengawal kemas bola dari tepi padang....
       Namun,beberapa minit kemudian,Kem negara tersentak seketika apabila hantaran lintang pemain tuan rumah  terkena badan pertahanan negara,Asraruddin Putra Omar sekaligus memasuki gawang sendiri yang dikawal Sharbinee Allawi....minit ke-33,penyerang import yang berasal dari Uruguay,Cristian Gonzalez menggelecek pertahanan Malaysia dan melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol negara menjadikan kedudukan 2-1...Anak-anak buah K.Rajagobal terpaksa bertahan hingga tamat babak pertama perlawanan....Sebaik babak kedua bersambung, hasrat pasukan negara untuk mendapatkan gol penyamaan terbantut apabila dikejutkan dengan gol ketiga daripada pasukan tuan rumah menerusi Muhammad Ridwan pada minit ke-52...
         Serangan Malaysia hampir membuahkan hasil tetapi rembatan Norshahrul Idlan Talaha ditempis penjaga gol Indonesia...Belum sempat Malaysia mengemaskan permainan,gol keempat Indonesia hadir menerusi pemain gantian,Arif Suyono pada minit ke-77 ....minit ke-85,Pasukan tuan rumah memasukan bekas penyerang Selangor,Bambang Pamungkas  mengantikan Cristian Gonzales..Indonesia mematikan terus rentak Malaysia dengan gol kelima pada masa kecederaan menerusi Irfan Haarys...keputusan itu kekal ke penamat...seharusnya,K.Rajagobal perlu melakukan perubahan drastik di bahagian pertahanan yang nampak goyang sedikit...
       Perlawanan lain menyaksikan Thailand diikat Laos 2-2....