Khamis, 2 Disember 2010

AFF Suzuki Cup:kena belasah....

      
Norshahrul Idlan Talaha diraikan setelah menjaringkan gol pertama perlawanan
***gambar dari Berita Harian***
      Malaysia memulakan saingan dengan langkah kiri apabila dibelasah 1-5 kepada Indonesia pada perlawanan pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Gelora Bung Karno....bermain di hadapan hampir 100,000 penyokong Indonesia,Malaysia bermula baik pada separuh masa pertama dengan jaringan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18 mendiamkan seketika penyokong Indonesia dengan meletakkan Malaysia di depan selepas penyerang Kelantan itu menerima umpanan baik daripada Mohd Safee Sali yang mengawal kemas bola dari tepi padang....
       Namun,beberapa minit kemudian,Kem negara tersentak seketika apabila hantaran lintang pemain tuan rumah  terkena badan pertahanan negara,Asraruddin Putra Omar sekaligus memasuki gawang sendiri yang dikawal Sharbinee Allawi....minit ke-33,penyerang import yang berasal dari Uruguay,Cristian Gonzalez menggelecek pertahanan Malaysia dan melepaskan rembatan leret melepasi jangkauan penjaga gol negara menjadikan kedudukan 2-1...Anak-anak buah K.Rajagobal terpaksa bertahan hingga tamat babak pertama perlawanan....Sebaik babak kedua bersambung, hasrat pasukan negara untuk mendapatkan gol penyamaan terbantut apabila dikejutkan dengan gol ketiga daripada pasukan tuan rumah menerusi Muhammad Ridwan pada minit ke-52...
         Serangan Malaysia hampir membuahkan hasil tetapi rembatan Norshahrul Idlan Talaha ditempis penjaga gol Indonesia...Belum sempat Malaysia mengemaskan permainan,gol keempat Indonesia hadir menerusi pemain gantian,Arif Suyono pada minit ke-77 ....minit ke-85,Pasukan tuan rumah memasukan bekas penyerang Selangor,Bambang Pamungkas  mengantikan Cristian Gonzales..Indonesia mematikan terus rentak Malaysia dengan gol kelima pada masa kecederaan menerusi Irfan Haarys...keputusan itu kekal ke penamat...seharusnya,K.Rajagobal perlu melakukan perubahan drastik di bahagian pertahanan yang nampak goyang sedikit...
       Perlawanan lain menyaksikan Thailand diikat Laos 2-2....
         


Tiada ulasan:

Catat Ulasan