Bukit Jalil semalam menyaksikan kebangkitan Malaysia apabila membenam Juara Bertahan,Vietnam 2-0 hasil 2 jaringan Safee Sali....ini memberi bekalan selesa sebelum bertandang ke Hanoi Sabtu ini....Bermain di hadapan hampir 50,000 penyokong setia,Malaysia banyak bertahan pada babak pertama dan berjaya mengekang asakan bertali arus Vietnam...Malaysia pula sekali-sekala mengertak lawan dengan cubaan bahaya di depan pintu gol...ketangkasan Khairul Fahmi menjaga gawang sedikit-sebanyak mengecewakan lawan...
 |
Safee Sali menjaringkan 2 gol ketika Malaysia menang 2-0 keatas
Vietnam..**gambar dari Berita Harian** |
Lautan penyokong tempatan yang membanjiri stadium serta kelompok kecil penyokong Vietnam berpakaian serba merah turut mengiringi semangat perjuangan skuad kebangsaan ketika berjaya
menyajikan persembahan terpuji penuh dominasi di laman sendiri....anak buah Henrique Calisto hampir didepan apabila sepakan percuma yang diambil kapten pasukan,Nguyen Minh Phuong diselamatkan dengan baik Khairul Fahmi....permainan Skuad kebangsaan berubah pada separuh masa kedua apabila banyak serangan bertali arus ke kubu Vietnam....Malaysia hampir mendahului hasil tandukan Safee Sali tetapi gol tidak dikira kerana offsaid....tinggal 30 minit sebelum tamat perlawanan,Safee Sali menanduk kencang sepakan percuma kapten,Safiq Rahim melepasi penjaga gol Vietnam,Bui Tan Truong....
Bui Tan Truong sekali lagi tertewas apabila bola muntahnya disambar Safee untuk gol keduanya pada minit ke-81...satu lagi separuh akhir menyaksikan Indonesia menentang Filipina di Gelora Bung Karno malam ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan