| **Anak-anak buah K.Rajagobal meraikan kemenangan ke atas Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno,semalam...gambar dari utusan malaysia** |
Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini terjadi apabila gerakan pantas Mohd.Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali....Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan....Apapun,pujian harus diberikan penjaga gol negara,Khairul Fahmi Che Mat apabila menyelamatkan sepakan penalti ketua pasukan Garuda,Firman Utina pada minit-18.... ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final...
Pengendali Indonesia,Alfred Rield masih dengan nada bongkak apabila seolah-olah tidak dapat menerima kekalahan skuadnya....kemenangan Malaysia ini sekaligus menutup kritikan pihak media Indonesia...Pengendali skuad negara, K. Rajagobal mengakui dia sudah terbayang kejuaraan selepas jaringan yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke-53 kerana amat sukar buat Indonesia bangkit mendapatkan lima jaringan dalam tempoh baki perlawanan yang tinggal di separuh masa kedua....kapten Garuda,Firman Utina meminta maaf kepada penyokongnya atas kegagalan menyempurnakan penalti pada minit ke-18...apa yang pasti,kemenangan ini telah menjadikan skuad negara antara yang digeruni di rantau ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan