Selasa, 30 November 2010

La Liga:Real Madrid diratah...

assalamualaikum,
      Hebat!!...Perkataan yang sepatutnya untuk Barcelona semalam...skuad Catalan itu meratah Pasukan Bintang,Real Madrid 5-0 di Nou Camp dalam pertembungan "El Clasico"....kemenangan itu meletakkan Barcelona memintas Real untuk berada di kedudukan teratas liga dengan dipisahkan 2 mata...Jose Mourinho pula mengalami mimpi yang buruk selepas diabkan....perlawanan ini juga menyaksikan pesta kad kuning dan satu kad merah dilayangkan kepada Sergio Ramos setelah membentes kers Lionel Messi...lima gol Barca dijaringkan oleh Xavi dan Pedro masing-masing satu gol,David Villa 2 gol dan pemain gantian,Jeffren Suarez...


Pedro meraikan jaringan bersama David Villa
***gambar dari berita harian***
        Perlawanan ini menyaksikan terlalu banyak drama berlaku...Minit ke-10,Xavi yang tidak dikawal melepasi perangkap offsaid Real dan menerima hantaran dari rakan sepasukan dengan cantik sebelum melepaskan rembatan lemah melepasi Cassilas di gawang gol Real....sekali lagi,minit ke-19,Galaticos ditembusi lagi apabila Hantaran David Villa di sebelah kiri gol diambil kemas Pedro sebelum melaukan tampanan unitk menjadikan 2-0....Minit ke-31,Berlaku sedikit pertengkaran di antara Pemain Barca dan Real di tepi padang setelah Cristiano Ronaldo menolak Pep Guardiola...Minit ke-35,Sepakan percuma yang diambil Cristiano Ronaldo hampir mengenai sasaran....selepas rehat,Barcelona terus melancarkan serangan untuk menambah jaringan....
       akhirnya,minit ke-55,hantaran Lionel Messi kepada David Villa dirembat kemas untuk gol ketiga Barca melepasi jangkauan rakan sepasukannya di Sepanyol,Casillas....selang 2 minit,sekali lagi keajaiban Villa menjelma apabila merembat leret bola ketika Casillas meluru keluar dari gawangnya.... minit ke-90,pemain gantian,Jeffren Suarez mematikan terus perlawanan untuk kemenangan The Catalan dengan merembat bola apabila menerima hantaran lintang....kesimpulannya,benteng pertahanan Real terlalu memberikan ruang sehingga membawa padah...tamat perlawanan,,Barcelona 5-0 Real Madrid....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan