Ahad, 27 Mac 2011

Persahabatan Antarabangsa:Malaysia diikat Etoile FC....

          Pertukaran besar dilakukan K Rajagobal pada babak kedua menyaksikan skuad kebangsaan sekadar seri 1-1 bertemu Etoile FC, selepas mendahului babak pertama hasil jaringan minit ketujuh Ahmad Fakri Saarani dalam perlawanan persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, malam tadi....

      Selepas menang ke atas Hong Kong 2-0 di Stadium Shah Alam, Februari lalu, barisan anak didik Rajagobal masih mampu menarik nafas lega dengan keputusan seri dengan kelab dari Perancis itu tatkala membuat persiapan bagi kempen kelayakan Piala Dunia 2014, Jun ini.... Seawal minit keenam, skuad Rajagobal selesa berada di depan menerusi tandukan kemas Fakri yang menerima hantaran cantik Asraruddin Putra Omar untuk menewaskan penjaga gol Etoile FC, Antonin Trilles.....

      Ternyata beraksi di padang rumput tiruan tidak menimbulkan masalah buat Malaysia mendominasi perlawanan di awal 15 minit pertama menyebabkan penyandang juara Liga Singapura (Liga-S) 2010 itu bekerja keras mencari gol penyamaan....Kesilapan Ahmad Muslim pada minit ke-33 yang menanduk bola ke belakang hampir mencemaskan gawang apabila Kevin Lefranc yang tidak dikawal, hanya berdepan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat tetapi sempat dihadang Asraruddin.... Corak permainan Malaysia seolah-olah tenggelam di penghujung babak pertama, malah hampir memberi peluang buat Etoile FC menyamakan jaringan pada minit ke-39 tetapi tandukan Jonathan Toto dihampakan palang gol...

        Bersambung babak kedua, penguasaan jelas milik Etoile FC yang rakus menggempur kubu terakhir negara, dan hampir menyamakan jaringan pada minit ke-49, namun penjaga gol gantian, Mohd Sharbinee Allawee sempat melayangkan badan untuk menafikan rembatan Selim Kaabi......Namun kelekaan pertahanan pada minit ke-62 yang membiarkan Hicham Bouchemlal mengawal bola di luar kotak penalti, membuka ruang buat pemain itu merembat kencang untuk gol penyamaan.....

      Barisan Rajagobal seharusnya mencipta gol kedua pada minit ke-72 tetapi Ashaari Samsudin gagal menewaskan Trilles manakala lawan juga terlepas peluang gol kemenangan apabila Toto yang berdepan Sharbinee pada minit ke-73, gagal melakukan penyudah berkesan....

Keputusan 1-1 itu kekal hingga tamat perlawanan...


Selasa, 22 Mac 2011

Liga Malaysia:Azraai ke Negeri Sembilan....

 
**Azraai Khor Abdullah**

       Teka-teki berhubung pasukan mana yang bakal dipilih oleh bekas skuad jurulatih Harimau Muda A, Azraai Khor Abdullah akhirnya terjawab apabila beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih baru Negeri Sembilan....Pengumuman itu dibuat oleh pengurus pasukan Negeri Sembilan, Datuk Abd. Halim Abd. Latif dalam satu majlis di Wisma Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Seremban semalam....
Azraai dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Hoben Jang Hoben bagi menggantikan Wan Jamak Wan Hassan yang mengundurkan diri minggu lalu.....
        Pelantikan Azraai itu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pasukan mana yang bakal menjadi destinasi terbaru Azraai selepas kontraknya bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tamat pada 9 Mac lalu....Abd. Halim berkata, Azraai dipilih kerana mempunyai pengala- man yang luas sebagai jurulatih di samping rekod cemerlang ketika mengendalikan skuad Kedah......
       Sementara itu, Azraai memberitahu, beliau memilih Negeri Sembilan kerana tertarik dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan terutama sekali Presiden PBNS, Datuk Seri Moha- mad Hasan......Mengulas mengenai tugas baru- nya itu, Azraai berkata, atas kertas Negeri Sembilan mempunyai pasukan yang mantap dan berpengalaman.....
      Antara kejayaan terbesar Azraai sebelum ini adalah membawa gelaran treble (juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia) kepada Kedah pada 2007 dan 2008....




Isnin, 21 Mac 2011

EPL:Chelsea terus dekati Man.Utd....

      
**Branislav Ivanovic berebut bola dengan Edin Dzeko...gambar dari Baclays...**

       Penyandang juara, Chelsea menghidupkan peluang merebut tahta kejuaraan apabila menumpaskan Manchester City 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris, di Stamford Bridge, awal pagi tadi.... 
Gol Chelsea diperoleh menerusi tandukan David Luiz sebelum separuh masa pertama tamat dan Ramirez menambah gol kedua pada minit ke-92....

       Kemenangan itu bermakna Chelsea merampas tempat City di kedudukan ketiga liga dan hanya sembilan mata memisahkannya dengan pendahulu, Manchester United....Man.City pula seperti tidak menjadi permainannya apabila kurang mendapat peluang....Fernando Torres pula masih belum menjaringkan gol pertamanya sejak menyertai The Blues...
   
        Pada pertemuan sebelum itu,Liverpool mencerahkan peluang untuk ke saingan Eropah apabila menang 2-0 ke atas Sunderland...Gol pertama dijaringkan oleh Dirt Kuyt melalui penalti...Bagaimanapun,penalti yang diberikan pengadil itu dianggap kontroversi kerana John Mensah dilihat menerjah Jay Spearing luar kotak penalti...Luiz Suarez menambah gol kedua Reds pada minit ke-76 melalui gerakan solonya dan terus merembat ke penjuru gol....5 minit selepas itu,Pengadil melayangkan kad merah kepada Mensah akibat mengasari Suarez...Keputusan di Stadium Of Light itu kekal hingga tamat perlawanan...



Ahad, 20 Mac 2011

Piala F.A:Perak terkandas,Terengganu bangkit...

       Terengganu mencipta kejutan apabila bangkit dalam perlawanan kedua apabila menundukkan Perak 3-1 dalam saingan suku akhir kedua Piala F.A di Kuala Terengganu...Terengganu layak dengan agregat 5-4 selepas tewas dalam perlawanan pertama dengan jaringan 3-2...Perlawanan terpaksa dihentikan seketika apabila lampu limpah di stadium tidak berfungsi... Gol pertama perlawanan dijaringkan Reeshafiq Alwi minit ke-29,sebelum Manaf Mamat menambah derita pelawat minit ke-51...Perak tidak mudah mengalah apabila tendangan bebas Akmal Rizal menerjah jaring pada minit ke-74...

       Abdul Hadi Yahya menghancurkan sisa-sisa perjuangan Perak dengan gol pada minit ke 79...Dengan ini,Terengganu akan berdepan satu lagi pasukan pantai timur,Pahang pada peringkat separuh akhir nanti...

       Kelantan,pasukan yang dilabel sebagai pilihan juara tidak mempunyai masalah menyingkirkan Felda United 3-0 di Kota Bharu...Felda yang menjadi "tuan rumah" diasak oleh Red Warrior sejak awal permainan...20 ribu penyokong bersorak gembira apabila S.Chanturu merembat deras untuk gol pertama perlawanan...Nurul Azwan Roya menambah tekanan Felda apabila voli cantiknya melepasi jangkauan Hamsani di pintu gol...Nizar Ayub menambah gol ketiga Kelantan pada minit terakhir perlawanan dengan melambungkan bola mengatasi Hamsani...Kelantan layak dengan agregat 5-2...

       Selangor pula menang tipis 2-1 ke atas Johor pada perlawanan di Larkin itu...Kapten Red Giants,Amri Yahya menjaringkan kedua-dua gol untuk menang secara agregat 5-2...perlawanan di Stadium Shah Alam sebelum itu menyaksikan Selangor menang 3-1...Gol saguhati Johor dijaringkan oleh Norizam Salaman....Peringkat separuh akhir nanti akan menyaksikan Red Giants akan bertemu Kelantan....


SEPARUH AKHIR:


**Selangor      vs  Kelantan**

**Terengganu  vs  Pahang**


***3 wakil pantai timur,1 wakil barat...
***perlawanan akan dilangsungkan pada 13 dan 16 Mei...


Sabtu, 19 Mac 2011

Eropah:Jadual suku akhir Liga Juara-Juara dan Liga Eropah....

    Keputusan undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2010-11:

SUKU AKHIR:

**Man.Utd vs Chelsea**

**Inter Milan vs Schalke 04**

**Real Madrid vs Tottenham**

**Barcelona vs Shakhtar Donestk**


****suku akhir pertama:5,6 april
****suku akhir kedua:12,13 april

SEPARUH AKHIR:


**Man.Utd/Chelsea   vs   Inter/Schalke 04**

**Real/Tottenham    vs   Barcelona/Shakhtar**


****separuh akhir pertama:26,27 april
****separuh akhir kedua:3,4 Mei


****Akhir:28 Mei(Stadium Wembley)




     






     Keputusan suku akhir Liga Eropah 2010-11:

SUKU AKHIR:

**Fc Porto vs Spartak Moskow**

**Benfica vs Psv Eindhoven**

**Villareal vs Fc Twente**

**SC Braga vs Dynamo Kiev**



****suku akhir pertama:7 april
****suku akhir kedua:14 april

SEPARUH AKHIR:


**Porto/Spartak Moskow   vs   Villareal/Twente**

**Benfica/Psv    vs   Braga/Dynamo**


****separuh akhir pertama:28 april
****separuh akhir kedua:5 mei

****Akhir:18 mei(Stadium Dublin)


Jumaat, 18 Mac 2011

Liga Malaysia:Jasamu Dikenang...

      

**Wan Jamak ketika melatih pasukan N.Sembilan...**
      Selepas menerima pelbagai tekanan, akhirnya Wan Jamak Wan Hassan mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai juru- latih Negeri Sembilan....Wan Jamak mengakui, beliau bertanggung- jawab di atas kemerosotan skuad Hoben Jang Hoben yang mengalami empat kekalahan daripada lapan perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini....
      PBNS turut mengesahkan menerima keputusan Wan Jamak untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih Negeri Sembilan yang disandangnya sejak 2008....Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat tergempar persatuan itu semalam selepas menerima surat daripada Wan Jamak....Katanya, ahli mesyuarat dengan berat hati membuat keputusan berkenaan tanpa menafikan jasa yang telah dicurahkan oleh Wan Jamak sehingga Negeri Sembilan berjaya merangkul Piala FA dan Piala Malaysia...
      Berikutan keputusan itu, Mohamad berkata, Negeri Sembilan kini sedang menimbangkan beberapa calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Jamak...Tambahnya, beberapa orang jurulatih juga telah menawarkan diri bagi memikul tugas tersebut termasuk jurulatih dari luar negara....
       Di bawah kendalian jurulatih dari Johor itu, Negeri Sembilan berjaya mengakhiri kemarau menjuarai Piala Malaysia selama 61 tahun apabila menjulang piala paling berprestij ter- sebut pada 2009....
      Skuad Hoben Jang Hoben juga berjaya merangkul Piala FA pada 2009, sekali gus meletakkan Negeri Sembilan antara skuad elit serta digeruni sejak dua tahun lalu.....Namun, kemerosotan mendadak pada saingan Liga Super musim ini termasuk tersing- kir daripada saingan Piala FA menyebabkan penyokong dan juga pihak pengurusan PBNS hilang sabar dengan anak-anak buah Wan Jamak....


Rabu, 16 Mac 2011

Liga Juara-Juara:Man.Utd,Inter layak ke peringkat seterusnya....

       Man.Utd mengecewakan kelab Perancis,Marselle 2-1 dalam aksi pusingan 16 awal pagi tadi...Inter Milan pula bangkit untuk layak mengatas Finalis musim lalu,Bayern Munich menerusi peraturan jaringan di tempat lawan selepas terikat 3-3 secara agregat...Inter menang 3-2 bertemu Bayern,semalam....


**Rafael dikeluarkan dalam separuh masa kedua akibat kejang otot...gambar dari Manutd.com**



       Ferguson sebelum itu mengejutkan semua pihak apabila menyenaraikan Nani dalam kesebelasan utama...Dua gol Javier Hernandez memberi kemenangan selesa Manchester United ke atas Marseille pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford. ...Dengan kemenangan itu, United layak ke suku akhir dengan agregat 2-1 selepas kedua-dua pasukan seri 0-0 pada perlawanan pertama....Hernandez memperoleh gol pada minit ke-5 dan minit ke-75 manakala gol sendiri oleh West Brown pada minit ke-82...




**Gol pertama Inter menerusi Samuel Eto'o...gambar dari fcbayern.com**




       Juara bertahan, Inter Milan bangkit daripada ketinggalan untuk menyingkirkan Bayern Munich dengan agregat 3-3 menerusi kelebihan gol di tempat lawan pada perlawanan kedua Liga Juara-Juara Eropah di Arena Munchen, Munich,...Inter yang tewas 0-1 kepada Bayern pada pertemuan pertama di Milan, ketinggalan 1-2 pada separuh masa pertama namun bangkit untuk mencatat kemenangan 3-2 untuk mengikat agregat 3-3...


       Namun kelebihan gol di tempat lawan menyaksikan Inter meloloskan diri untuk layak ke suku akhir....Bayern memperoleh jaringan menerusi Mario Gomez dan Thomas Mueller, manakala Samuel Eto'o menyumbang gol untuk Inter menjadikan kedudukan 2-1 pada separuh masa pertama....Wesley Sneijder menyamakan kedudukan 2-2 sebelum Goran Pandev menjadi hero Inter bagi menyumbat gol kemenangan pada minit ke-88....


Ahad, 13 Mac 2011

Liga Super:Selangor Bangkit,Rekod Kelantan Lebur....

      


      **Khairul Fahmi tidak berjaya mengeluarkan bola tandukan Faizol..
Kelantan tewas 0-2 kepada Pahang...**



       Selangor bangkit sebelum menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.....Selangor ketinggalan 0-1 apabila kesilapan Iqbal Suhaimi membentes S.Kunanlan memberikan penalti kepada Negeri Sembilan pada minit ke-11...Shahrurain Abu Samah tidak mempersiakan peluang untuk gol pertama Skuad Rusa....minit ke-61,Selangor menyamakan kedudukan hasil jaringan Amri Yahya...11 minit sebelum tamat perlawanan,tandukan kencang Safiq Rahim memberikan gol kemenangan kepada Red Giants....

       Di Stadium Darul Makmur,Rekod tanpa kalah pendahulu liga,Kelantan lebur apabila tewas mengejut kepada Pahang,0-2...Pahang yang mengasak membuatkan pertahanan Kelantan sedikit tertekan dan membuka jaringan menerusi bekas pemain Selangor,R.Surendren minit ke-42...Separuh masa Kedua,Kelantan mengeluarkan kapten pasukan,Badri Radzi dan memasukkan Nizar Ayub....Namun,Segala Asakan Red Warrior bijak dihalang penjaga gol,Suffian Abdul Rahman...ketika memasuki masa kecederaan,Pahang menambah jaringan menerusi Faizol...Red Warrior masih kekal sebagai pendahulu liga dengan perbezaan jaringan...

       Kedah pula mencatat kemenangan di bawah pimpinan Radhi Mat Din apabila menang bergaya ke atas Terengganu,2-1 di  Kedah...Reeshafiq Alwi mengejutkan tuan rumah apabila menjaringkan gol pada minit ke-30...Kyril Muhymeen dan Firdaus Faudzi memastikan Sang Penyu berputih mata apabila menjaringkan gol pada pertengahan babak kedua...

       T-Team pula seri 0-0 dengan Perak di Terengganu....Perak yang menguasai permainan hampir di depan menerusi Akmal Rizal tetapi berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol,Syamsuri Mustafa....Felda pula memastikan Perlis merana lagi apabila menang 2-0 di Kangar...

     Perlawanan Sabah dan Harimau Muda pula ditangguhkan akibat hujan lebat...


Rabu, 9 Mac 2011

Liga Juara-Juara:Barca,Donestk layak ke suku akhir...

      

**Gol sendiri Busquets menerusi tandukan...Gambar dari Arsenal.com**


      Barcelona mengatas defisit satu gol apabila menang 3-1 ke atas Arsenal pada pertemuan di Nou Camp...Pada pertemuan pertama,Arsenal telah pun mengejutkan Barca di Emirates dengan kemenangan 2-1...Gol -gol Catalan disumbangkan oleh dua jaringan Mesii pada masa kecederaan babak pertama dan minit ke-71 menerusi penalti...Satu lagi gol disumbangkan Xavi Hernandez pada minit ke-69...Gol saguhati Arsenal disumbangkan oleh jaringan sendiri Sergio Busquets yang tertanduk masuk sepakan penjuru...Dengan ini Barcaelona layak dengan agregat 4-3...

      Pertemuan ini juga menyaksikan pesta kad kuning dan satu kad merah kepada Robin Van Persie apabila menerima kad kuning kedua....Bagi Arsenal ini tahun kedua berturut-turut mereka tewas kepada Barcelona...

       Satu lagi pertemuan,Shakhtar Donestk menewaskan gergasi Itali,AS Roma 3-0...Donestk layak menerusi agregat 6-2...Dua gol Shaktar Donestk dijaringkan oleh Willian pada minit ke-18 dan 58...Satu lagi gol dijaringkan Eduardo tiga minit sebelum tamat perlawanan....Pelawanan ini juga menyaksikan 8 kad kuning dan satu kad merah dilayangkan pengadil...


Isnin, 7 Mac 2011

EPL:Man.Utd tersungkur lagi...

**Gol pertama Liverpool menerusi Dirt Kuyt...gambar dari Manutd.com**


      Man.Utd-pendahulu liga kecundang buat kali kedua berturut-turut apabila dimalukan 1-3 oleh musuh ketatnya,Liverpool,semalam...Penyerang Belanda dan Uruguay,Dirt Kuyt dan Luis Suarez pasti menjadi duri dalam daging  Man.Utd kerana berjaya mengucar-kacirkan Pertahanan...Kuyt menjaringkan hatrik pada minit ke-34,39 dan 65 sebelum Xavier Hernandez yang mengantikan Nani menjaringkan gol saguhati Man.utd pada masa kecederaan....


**Penjaring Hatrik,Dirt Kuyt**

      United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan....Kuyt membuka tirai jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasil gerakan solo Luis Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United...


      Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua The Reds berpunca daripada kesilapan Nani....Sejurus kemudian, Nani terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher....Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas sepakan percuma Suarez....
       


Ahad, 6 Mac 2011

ISL:Safee ledak gol pertama dalam perlawanan pertama...

 


**Safee Sali meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan...**

      Safee Sali,pemain yang dibeli Kelab Pelita Jaya,menjaringkan gol sulung pada perlawanan rasmi pertamanya yang menyaksikan Pelita Jaya mengaibkan Sriwijaya FC 1-0......Safee yang memakai jersi no.55 atas sedikit masalah tenang menyudahkan bola yang gagal dikeluarkan pertahanan Sriwijaya sebelum menyepak rendah melepasi penjaga gol....

        Jurulatihnya nampak gembira apabila pembeliannya ke atas penjaring terbanya Piala AFF Suzuki 2010 dari Selangor berbaloi....Di bawah ini video golnya ketika menentang Sriwijaya...





Sabtu, 5 Mac 2011

Piala F.A:Juara,naib juara musim lalu terkandas....

       






      Dua finalis Piala FA, Negeri Sembilan dan Kedah dipalit duka tersingkir daripada saingan kejuaraan berprestij itu apabila diaibkan di halaman sendiri selepas tunduk mengejut kepada lawan masing-masing, malam tadi..... Negeri Sembilan yang turun selaku juara bertahan ditunjuk jalan keluar apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti 2-4 kepada Kuala Lumpur selepas kedudukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.....
       Jaringan tunggal Hasmarul Fadzil pada minit ke-81 di Stadium Darulaman sudah memadai membawa Felda ke suku akhir - sekali gus mengecewakan naib juara, Kedah 1-0 yang masih tercari-cari sentuhan selepas turut beraksi hambar dalam saingan Liga Super...Seminit sebelum jaringan kemenangan itu, gawang Kedah hampir dibocori oleh Liew Kit Kong tetapi tandukannya mengenai palang..... 
      Di Stadium Shah Alam, strategi jurulatih Selangor, K Devan yang merehatkan beberapa tonggak hampir memakan diri apabila sekadar menang tipis 2-1 ke atas Harimau Muda B.... Walaupun mendahului selesa 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Razman Roslan yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-34 dan Mohd Amirul Hadi Zainal (m-37), tetapi aksi kendur pada babak kedua hampir mengundang padah.... 
Namun, pasukan Merah Kuning itu terselamat apabila lawan yang bangkit dengan aksi lebih bertenaga berjaya merapatkan jurang menerusi rembatan kapten, D Saarvindran pada minit ke-66 dan hampir mengikat kedudukan menerusi rembatan Muhammad Farizzuan Azhar (m-72) tetapi terkena tiang gol Selangor.....
  
      Di Stadium JCORP Pasir Gudang, Mohd Badrie Mohd Radzie muncul wira Kelantan apabila jaringannya pada minit ke-10 membantu pasukannya menewaskan Johor FC 1-0 sekali gus mara ke kelompok lapan terakhir. ..Perlawanan ini dicemari oleh satu layangan kad merah kepada pemain Johor FC...

      Di Stadium MBPJ, tindakan bijak Dollah Salleh mengubah strategi pada babak kedua selepas ketinggalan 1-0 membuahkan hasil apabila anak didiknya bangkit menumpaskan PKNS 3-1.... Ahmad Shahril Zakaria membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-29 tetapi Pahang bangkit meledakkan tiga gol menerusi Fadzli Baharuddin pada minit ke-48, Famirul Ashraf Sayuti (m-54 dan 86)....

      Di Stadium Perak, tuan rumah terpaksa menunggu 10 minit terakhir sebelum meledak dengan tiga gol menerusi Mohd Nor Hasrul (m-81), Razali Umar Kandasamy (m-83) dan Akhmal Rizal Rakhli (m-89) untuk menyingkirkan Sime Darby  yang bermain sepuluh orang akibat kad merah,3-0.... 


JADUAL SUKU AKHIR:

Kelantan  vs  Felda United
K.Lumpur vs Pahang
Selangor  vs  Johor
Perak  vs  Terengganu

**perlawanan secara timbal balik(15&19 Mac)



Rabu, 2 Mac 2011

EPL:Chelsea kejutkan Man.Utd....

  


**gol pertama Man.Utd menerusi Rooney ketika bertemu Chelsea...
Man. Utd tewas 1-2 kepada Chelsea...gambar dari MANUTD.com**





        Sepakan penalti yang disempurnakan Frank Lampard pada babak kedua perlawanan membolehkan Chelsea mencatat kemenangan 2-1 ketika bangkit menentang Manchester United sekali gus menjadikan saingan merebut trofi Liga Perdana Inggeris semakin sengit..... Lampard menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-80 selepas Yuri Zhirkov dikasari pemain United, Chris Smalling.....
       Hasil kemenangan itu membolehkan Chelsea mendaki ke tangga keempat dalam saingan ketika ini, 12 mata mengekori pendahulu liga, United tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan.....Sasaran untuk meraih satu daripada empat tempat untuk beraksi dalam Liga Juara-juara kini menjadi sasaran utama Chelsea memandangkan hasrat merangkul gelaran tersasar kerana United baru kalah dua kali musim ini. ....


        United tampak tidak akan kalah pada babak pertama, ketika pelawat menguasai permainan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan..... David Luiz mencetuskan kebangkitan juara bertahan itu pada minit ke-54 apabila sepakannya menggegarkan gawang United untuk gol pertama Chelsea bagi merapatkan kedudukan selepas Wayne Rooney meletakkan pelawat di depan.....

       Kapten United, Nemanja Vidic pula dibuang padang pada saat akhir perlawanan selepas dilayangkan kad kuning kedua akibat mengasari Ramires, sekali gus menyebabkan pemain itu direhatkan apabila menentang Liverpool Ahad ini.... 

Kemenangan kali ketiga di tangan Chelsea itu menyebabkan United kekal dengan kelebihan empat mata di depan kelab di tangga kedua, Arsenal tetapi bermain lebih satu perlawanan