Rabu, 2 Mac 2011

EPL:Chelsea kejutkan Man.Utd....

  


**gol pertama Man.Utd menerusi Rooney ketika bertemu Chelsea...
Man. Utd tewas 1-2 kepada Chelsea...gambar dari MANUTD.com**





        Sepakan penalti yang disempurnakan Frank Lampard pada babak kedua perlawanan membolehkan Chelsea mencatat kemenangan 2-1 ketika bangkit menentang Manchester United sekali gus menjadikan saingan merebut trofi Liga Perdana Inggeris semakin sengit..... Lampard menyempurnakan sepakan penalti itu pada minit ke-80 selepas Yuri Zhirkov dikasari pemain United, Chris Smalling.....
       Hasil kemenangan itu membolehkan Chelsea mendaki ke tangga keempat dalam saingan ketika ini, 12 mata mengekori pendahulu liga, United tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan.....Sasaran untuk meraih satu daripada empat tempat untuk beraksi dalam Liga Juara-juara kini menjadi sasaran utama Chelsea memandangkan hasrat merangkul gelaran tersasar kerana United baru kalah dua kali musim ini. ....


        United tampak tidak akan kalah pada babak pertama, ketika pelawat menguasai permainan dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan..... David Luiz mencetuskan kebangkitan juara bertahan itu pada minit ke-54 apabila sepakannya menggegarkan gawang United untuk gol pertama Chelsea bagi merapatkan kedudukan selepas Wayne Rooney meletakkan pelawat di depan.....

       Kapten United, Nemanja Vidic pula dibuang padang pada saat akhir perlawanan selepas dilayangkan kad kuning kedua akibat mengasari Ramires, sekali gus menyebabkan pemain itu direhatkan apabila menentang Liverpool Ahad ini.... 

Kemenangan kali ketiga di tangan Chelsea itu menyebabkan United kekal dengan kelebihan empat mata di depan kelab di tangga kedua, Arsenal tetapi bermain lebih satu perlawanan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan