| **Gol pertama Liverpool menerusi Dirt Kuyt...gambar dari Manutd.com** |
Man.Utd-pendahulu liga kecundang buat kali kedua berturut-turut apabila dimalukan 1-3 oleh musuh ketatnya,Liverpool,semalam...Penyerang Belanda dan Uruguay,Dirt Kuyt dan Luis Suarez pasti menjadi duri dalam daging Man.Utd kerana berjaya mengucar-kacirkan Pertahanan...Kuyt menjaringkan hatrik pada minit ke-34,39 dan 65 sebelum Xavier Hernandez yang mengantikan Nani menjaringkan gol saguhati Man.utd pada masa kecederaan....
| **Penjaring Hatrik,Dirt Kuyt** |
United kini kekal dengan kelebihan tiga mata di persada liga berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal tetapi skuad The Gunners kurang satu perlawanan....Kuyt membuka tirai jaringan pada minit ke-34 setelah mudah menolak masuk bola hasil gerakan solo Luis Suarez yang berjaya memperdayakan beberapa pemain pertahanan United...
Lima minit kemudian, Kuyt sekali lagi mudah menolak masuk gol kedua The Reds berpunca daripada kesilapan Nani....Sejurus kemudian, Nani terpaksa diusung keluar setelah diterjah keras oleh Jamie Carragher....Sisa perjuangan United berakhir selepas Kuyt melengkapkan hatriknya pada minit ke-65 setelah penjaga gol United, Edwin van der Sar gagal menangkap kemas sepakan percuma Suarez....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan