Jumaat, 18 Mac 2011

Liga Malaysia:Jasamu Dikenang...

      

**Wan Jamak ketika melatih pasukan N.Sembilan...**
      Selepas menerima pelbagai tekanan, akhirnya Wan Jamak Wan Hassan mengambil keputusan melepaskan jawatan sebagai juru- latih Negeri Sembilan....Wan Jamak mengakui, beliau bertanggung- jawab di atas kemerosotan skuad Hoben Jang Hoben yang mengalami empat kekalahan daripada lapan perlawanan dalam saingan Liga Super musim ini....
      PBNS turut mengesahkan menerima keputusan Wan Jamak untuk melepaskan jawatannya sebagai jurulatih Negeri Sembilan yang disandangnya sejak 2008....Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat tergempar persatuan itu semalam selepas menerima surat daripada Wan Jamak....Katanya, ahli mesyuarat dengan berat hati membuat keputusan berkenaan tanpa menafikan jasa yang telah dicurahkan oleh Wan Jamak sehingga Negeri Sembilan berjaya merangkul Piala FA dan Piala Malaysia...
      Berikutan keputusan itu, Mohamad berkata, Negeri Sembilan kini sedang menimbangkan beberapa calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Wan Jamak...Tambahnya, beberapa orang jurulatih juga telah menawarkan diri bagi memikul tugas tersebut termasuk jurulatih dari luar negara....
       Di bawah kendalian jurulatih dari Johor itu, Negeri Sembilan berjaya mengakhiri kemarau menjuarai Piala Malaysia selama 61 tahun apabila menjulang piala paling berprestij ter- sebut pada 2009....
      Skuad Hoben Jang Hoben juga berjaya merangkul Piala FA pada 2009, sekali gus meletakkan Negeri Sembilan antara skuad elit serta digeruni sejak dua tahun lalu.....Namun, kemerosotan mendadak pada saingan Liga Super musim ini termasuk tersing- kir daripada saingan Piala FA menyebabkan penyokong dan juga pihak pengurusan PBNS hilang sabar dengan anak-anak buah Wan Jamak....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan