![]() |
| **Khairul Fahmi tidak berjaya mengeluarkan bola tandukan Faizol.. Kelantan tewas 0-2 kepada Pahang...** |
Selangor bangkit sebelum menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.....Selangor ketinggalan 0-1 apabila kesilapan Iqbal Suhaimi membentes S.Kunanlan memberikan penalti kepada Negeri Sembilan pada minit ke-11...Shahrurain Abu Samah tidak mempersiakan peluang untuk gol pertama Skuad Rusa....minit ke-61,Selangor menyamakan kedudukan hasil jaringan Amri Yahya...11 minit sebelum tamat perlawanan,tandukan kencang Safiq Rahim memberikan gol kemenangan kepada Red Giants....
Di Stadium Darul Makmur,Rekod tanpa kalah pendahulu liga,Kelantan lebur apabila tewas mengejut kepada Pahang,0-2...Pahang yang mengasak membuatkan pertahanan Kelantan sedikit tertekan dan membuka jaringan menerusi bekas pemain Selangor,R.Surendren minit ke-42...Separuh masa Kedua,Kelantan mengeluarkan kapten pasukan,Badri Radzi dan memasukkan Nizar Ayub....Namun,Segala Asakan Red Warrior bijak dihalang penjaga gol,Suffian Abdul Rahman...ketika memasuki masa kecederaan,Pahang menambah jaringan menerusi Faizol...Red Warrior masih kekal sebagai pendahulu liga dengan perbezaan jaringan...
Kedah pula mencatat kemenangan di bawah pimpinan Radhi Mat Din apabila menang bergaya ke atas Terengganu,2-1 di Kedah...Reeshafiq Alwi mengejutkan tuan rumah apabila menjaringkan gol pada minit ke-30...Kyril Muhymeen dan Firdaus Faudzi memastikan Sang Penyu berputih mata apabila menjaringkan gol pada pertengahan babak kedua...
T-Team pula seri 0-0 dengan Perak di Terengganu....Perak yang menguasai permainan hampir di depan menerusi Akmal Rizal tetapi berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol,Syamsuri Mustafa....Felda pula memastikan Perlis merana lagi apabila menang 2-0 di Kangar...
Perlawanan Sabah dan Harimau Muda pula ditangguhkan akibat hujan lebat...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan