Sabtu, 30 April 2011

Liga Super:Kenari gah di Ipoh...

       Kedah di bawah bimbingan Wan Jamak gah menumbangkan Perak,3-1 di Stadium Ipoh,semalam...Perak yang dibimbing Norizan Bakar cemerlang di gelanggang sendiri sebelum perlawanan itu...

       Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan Kedah membuka tirai jaringan menerusi Kyril Muhymeen pada minit ke-30....Firdaus Fauzi menambah derita tuan rumah dengan gol kedua pada minit ke-75....Pertahanan Seladang,Mohd Syazwan Roslan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-82 untuk mengecewakan 15 ribu penyokong setia Kejor Yob Kejor....

       Hazrul Mustafa menjaringkan gol saguhati Perak pada masa kecederaan...Kemenangan ini membolehkan Kedah memintas Perak untuk berada di tangga keempat...

      Dalam satu lagi perlawanan,Selangor sekadar seri 1-1 dengan Terengganu.... Gol Selangor dijaringkan oleh Safiq Rahim dan Ismail Faruqi menanduk masuk gol penyamaan untuk Penyu....


Khamis, 28 April 2011

Liga Juara-Juara:Gol Messi Aibkan Real...

     
**Detik Pepe dilayangkan kad merah..gmbar dari Realmadrid.com**



     Dua jaringan Lionel Messi menjulang Barcelona bagi menghampiri aksi final apabila mengaibkan musuh terdekatnya Real Madrid 2-0 dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Stadium Estadio Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.....

        Penyerang antarabangsa Argentina itu meledak pada minit ke-76 dan melakukan larian solo menewaskan tiga pertahanan Real sebelum menguis masuk ke gawang pada minit ke-87.... Barcelona yang mendominasi perlawanan mencuri kelebihan apabila pemain tengah Real, Pepe dilayangkan kad merah pada minit ke-63....

     Jurulatih Real, Jose Mourinho yang berang dengan tindakan pengadil, Wolfgang Stark dari Jerman juga dilayangkan kad merah dan diperintah duduk di bangku penonton dengan kawalan pegawai keselamatan....

        Dengan keputusan itu, Barca hampir pasti ke final di Stadium Wembley, London sama ada menentang Manchester United atau Schalke 04.... Semalam United juga menang 2-0 ke atas Schalke di gelanggang lawan....

        Barca akan bertemu semula Real di Nou Camp Selasa depan untuk perlawanan separuh akhir kedua dengan  kelebihan dua gol di tempat lawan..... -Bharian
.
 


Rabu, 27 April 2011

Liga Super:Kelantan hampakan Selangor....

     
**Norshahrul diasak pertahanan Selangor pada aksi Liga Super semalam...**


       Penggempur berbisa, Norshahrul Idlan Talaha dijulang sebagai wira apabila meledak gol ketika membantu Kelantan membenam pendahulu Liga Super, Selangor 1-0 malam tadi.....Gol menerusi tandukannya seawal minit keempat pada aksi di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu itu sudah cukup untuk Kelantan kembali bangkit menyaingi takhta liga....

        Sebaik wisel permulaan dibunyikan, Kelantan terus melakukan asakan untuk mendapatkan gol awal dan Norshahrul yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bola menewaskan Saiful Amar Sudar di gawang Selangor...Segala-galanya berpunca daripada lontaran ke dalam oleh pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang ditanduk ke belakang oleh ketua pasukan, Badri Radzi sebelum Norshahrul mudah merobek gawang Selangor untuk gol tunggal perlawanan....

      Peluang Selangor hadir pada minit ke-23 menerusi pemain pertahanan, Nasriq Baharom yang menanduk bola hasil sepakan percuma Amri Yahyah, namun sedikit melepasi palang gol....Selang enam minit kemudian, Norshahrul sekali lagi mencemaskan benteng Selangor apabila rembatannya gagal ditangkap kemas oleh Saiful Amar tetapi bola tersebut bergolek keluar...

    Babak kedua perlawanan menyaksikan Selangor bermula garang menerusi rembatan Amri dari penjuru kanan gawang Kelantan yang mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat, namun ia sekadar singgah di tiang gol....

      Pemain sayap lincah Kelantan, Nurul Azwan Roya turut berpeluang mencatat nama sebagai penjaring, namun rembatannya selepas menerima umpanan Norshahrul dihalang pertahanan Selangor....Penghujung babak perlawanan, penyerang Selangor, Fadzli Saari mampu mengubah keputusan perlawanan, namun rembatan kencangnya sedikit tersasar....

Kelantan yang 'dibantu' hampir 25,000 penyokong mendapat suntikan semangat dengan kehadiran Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli menyaksikan perlawanan tersebut....-Kosmo!


Liga Juara-Juara:Man.Utd hampiri Final....

   
**gol pertama menerusi Ryan Giggs...gmbar dari manutd.com..**



       Manchester United hampir melayakkan diri ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas menang selesa ke atas kelab Jerman, Schalke 04 pada pertemuan separuh akhir pertama di Stadium Arena AufSchalke, awal pagi tadi....

        Kemenangan di tempat lawan itu amat berharga sebelum United melayan Schalke di Stadium Old Trafford, mingggu depan dengan kelebihan dua gol di tempat lawan..... United membuka jaringan menerusi Ryan Giggs pada minit ke-67 manakala Wayne Rooney dua minit kemudian....

      Kelab Inggeris itu mendominasi hampir keseluruhan permainan terutmama pada separuh masa pertama tetapi gagal memperoleh jaringan.....Kedua-dua pasukan juga saling berbalas serangan tetapi tiada jaringan gol dapat disaksikan....

      Separuh akhir kedua membabitkan dua gergasi Sepanyol pula akan diadakan pagi Khamis antara Real Madrid....


Isnin, 25 April 2011

Epl:Harapan Arsenal berakhir....

      Impian Arsenal untuk merangkul gela- ran Liga Perdana England musim ini berakhir selepas tewas 1-2 kepada Bolton Wanderers semalam ....Skuad bimbingan Arsene Wenger itu perlu menang di Stadium Reebok bagi membolehkan mereka mengekori rapat pendahulu liga, Manchester United.....

        Begitupun, Daniel Sturridge meletakkan Bolton di depan pada minit ke-38 sebelum pemain tengah Israel, Tamir Cohen menanduk masuk gol kemenangan tuan rumah pada minit-minit akhir permainan......Gol sagu hati skuad The Gunners diperoleh menerusi penyerang Belanda, Robin van Persie pada minit ke-47.....

       Kekalahan pertama Arsenal daripada 17 perlawanan liga itu telah meletakkan mereka kekal di tangga ketiga, sembilan mata di belakang United dengan baki empat perlawanan.....Keputusan itu sekali gus memusnahkan impian Arsenal untuk merangkul gelaran liga buat kali pertama sejak 2005.....

        Pada aksi semalam, kecuaian benteng pertahanan Arsenal sekali lagi dihukum apabila Sturridge menanduk gol pembukaan hasil sepakan penjuru.....Gol itu adalah yang ketujuh buat Sturridge bersama Bolton sejak dipinjamkan dari Chelsea.....

       Bolton hampir menambah gol kedua pada awal babak kedua selepas Sturridge dikasari Johan Djourou tetapi sepakan penalti Kevin Davies berjaya ditampan penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.....Bagaimanapun, van Persie berjaya melakar rekod baru dalam Liga Perdana England sebagai pemain Belanda yang berjaya menjaringkan tujuh gol berturut-turut di gelanggang lawan......


      Dalam perkembangan lain,Penyerang baru Chelsea,Fernando Torres menemui sentuhan pertamanya apabila menjaringkan satu gol membolehkan Chelsea menang 3-0 ke atas West Ham.....


 


Ahad, 24 April 2011

Liga Super:Azraai kecapi kemenangan pertama...

**Pemain Negeri Sembilan,Firdaus Azizul berebut bola dengan pemain Pahang ..**. 


       Selepas enam perlawanan, Mohd. Azraai Khor Abdullah akhirnya mengecap kemenangan pertama bersama Negeri Sembilan dengan kemenangan 3-1 ke atas Pahang di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam....  .

        Kejayaan itu hadir selepas keputusan berani bekas pengendali Harimau Muda itu menggunakan tiga pemain Piala Presiden di dalam kesebelasan utama selain memilih menggunakan khidmat Mohd. Farizal Harun selaku penjaga gol utama menggantikan Farizal Marlias....Negeri Sembilan sudah berada di hadapan semenjak minit ke-13 apabila Shahurain Abu Samah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada ke-13....  .

       Semangat Pahang untuk melawan semakin longlai pada minit ke-28 selepas pemain tinggi lampai, G. Mahathevan menanduk masuk hasil bola yang berpunca daripada sepakan sudut daripada sebelah kiri.....
Kedudukan skuad Hoben Jang Hoben bertambah kukuh apabila penyerang muda, Mohd. Firdaus Azizul merembat deras dari penjuru kiri gol Pahang pada minit ke-58....

        Pahang mendapat gol saguhati pada minit ke-77 menerusi percubaan jarak jauh menarik daripada R. Kartigesu...

      Di Stadium Likas, pendahulu liga, Selangor bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Sabah 2-1. Rosdin Wasli terlebih dahulu meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-11...Namun, Selangor berjaya mendapat kemenangan bagi mengekalkan kelebihan empat mata di atas pencabar terdekat Terengganu menerusi jaringan daripada Bunyamin Umar pada minit ke-35 dan Amri Yahyah pada minit ke-65....

        Harimau Muda A pula menebus kekalahan 1-0 ke atas Kedah pada Rabu lalu apabila menang 2-1 di Stadium Darul Aman....Penyerang kebangsaan, Izzaq Faris Ramlan membuka tirai jaringan pada minit ke-29 sebelum Mohd. Fandi Othman menambah jaringan Harimau Muda A pada minit ke-55 hasil daripada sepakan percuma. Kedah mendapat gol tunggal melalui sepakan penalti yang diambil Baddrol Bakhtiar pada minit ke-63.....

       Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu menewaskan Perak 3-0 bagi mengekori rapat kedudukan Selangor manakala Johor FC juga mencipta kemenangan penting 2-1 ke atas T-Team di Stadium JCorp, Pasir Gudang.....


Sabtu, 23 April 2011

Liga Super:Red Warrior belasah Singa utara....

        Kelantan memulakan aksi pusingan kedua, Liga Super dengan nota bergaya apabila gah membelasah Perlis 4-0 dalam saingan di Stadium Sultan Mohamad IV di Kota Bharu, malam tadi....
Kemenangan itu membolehkan anak didik Datuk M Karathu melonjak ke tangga kedua liga dengan mengumpul 27 mata daripada jumlah 14 perlawanan mengatasi Terengganu yang hanya akan memulakan saingan pusingan kedua bertemu Perak, malam ini.....

      The Red Warriors yang menewaskan skuad Singa Utara itu 5-1 dalam perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super di Kangar Selasa lalu, menguasai saingan dari awal dan mendahului dengan satu gol pada babak pertama menerusi jaringan Mohd Azuan Solahudin pada minit ke-40 hasil sepakan melencong dari luar kotak penalti....

     Enam minit bersambung babak kedua, penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha menggandakan kelebihan tuan rumah menerusi satu rembatan kencang selepas menerima hantaran Daudsu Jamaluddin, sebelum Mohd Nizad Ayub dan ketua pasukan Mohd Badri Radzi menambah derita pelawat apabila masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-69 dan 73 melengkapkan kemenangan selesa.....

     Sementara itu, di Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur yang melayan kunjungan FELDA United terus buntu mencipta kemenangan yang amat diharapkan bagi membalas dendam kekalahan 2-1, Selasa lalu untuk berpuas hati sekadar seri tanpa jaringan......

      Terdesak bagi mencari pengubat duka, skuad Kuala Lumpur bimbingan Razip Ismail tampak garang pada babak pertama perlawanan dengan beberapa cubaan berbahaya namun ketumpulan jentera serangan menyaksikan sebarang jaringan gagal dicipta.....

        Malah FELDA yang dijana Azrul Ahmad - penyerang yang meledak dua gol ketika pertembungan lalu tampak garang dengan beberapa cubaan berbahaya yang memaksa penjaga gol KL, Norazlan Razali bekerja keras....


Jumaat, 22 April 2011

Copa Del Rey:Piala Raja Sepanyol rosak akibat terjatuh.....

        Piala berpestij yang diidam setiap kelab Sepanyol,Piala Raja Sepanyol yang baru dimenangi Real Madrid rosak akibat terjatuh dari genggaman pemain Pertahanan,Sergio Ramos ketika meraikan kemenangan tersebut di atas bas tidak berbumbung...

      Sergio Ramos ketika itu mengangkat piala seberat 15 Kg itu di atas bumbung bas,piala itu terjatuh dan tidak sempat diselamatkan akibat dilanggar oleh bas berkenaan...Petugas kecemasan di situ dilaporkan memungut 10 bahagian piala yang sudah pecah...

        Real Madrid menang 1-0 ke atas Barcelona dalam final Piala Raja Sepanyol hasil jaringan Cristiano Ronaldo pada minit ke-102 masa tambahan....

Video Sergio Ramos terlepas piala berkenaan:





Khamis, 21 April 2011

Liga Super:Kedah tewaskan Harimau Muda "A"....

        Kedah merakam kemenangan keempat berturut-turut untuk melonjak ke tangga keempat Liga Super - dipisahkan atas perbezaan jaringan oleh pasukan tempat ketiga, Kelantan selepas berhempas pulas menewaskan Harimau Muda A 1-0 di Stadium Shah Alam, malam tadi....

        Skuad dikendalikan sementara Radhi Mat Din bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-80 atas kesilapan pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidin..... Pada babak pertama, hanya beberapa percubaan tepat dilakukan barisan serangan kedua-dua pasukan yang menyaksikan skuad pelapis negara hampir membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi rembatan jarak dekat Syahrul Azwari Ibrahim, namun diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.....

       Kedah pantas membuat serangan balas dan umpanan kepada Ahmad Shakir Ali hampir menjelmakan gol buat pelawat tetapi penyerang itu terlebih dulu dikesan berkedudukan ofsaid.... Pada babak kedua, skuad kendalian Ong Kim Swee menggandakan asakan tetapi bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza beraksi cemerlang memastikan gawang pasukannya kebal untuk menafikan usaha Harimau Muda mencari ketiga berturut-turut....

       Kedah beberapa kali melepasi benteng Harimau Muda diterajui pemain kebangsaan, Mohd Fadhli Shas, tetapi tiada tindakan penyudah berkesan.... Kemasukan Mohd Firdaus Mohd Fauzi pada babak kedua melihat Kedah semakin bertenaga dan serangan bertali arus pada 10 minit terakhir membuahkan gol apabila sepakan sudut Mohd Fauzi Shaari terkena pertahanan Harimau Muda, Mohd Amer untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan....--Bharian





Di Bawah ini gol Kedah vs HMA...Credit to Sokernet






Selasa, 19 April 2011

Liga Malaysia:PBNS Buat "Post-Mortem"....

     



      Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti masalah yang melanda skuad Hoben Jang Hoben yang kini menghuni kelompok bawahan Liga Super....
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan(gambar) berkata, beliau akan mencari masalah yang melanda pasukan itu yang mencatatkan tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan sebelum ini....

     Katanya, prestasi buruk itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan Negeri Sembilan dibarisi beberapa pemain kebangsaan dan berpengalaman....

      "Saya pun tidak tahu apa sebabnya, kita telah melakukan beberapa perubahan termasuk menukar jurulatih, namun masalah ini belum dapat diselesaikan..."Walaupun bermula dengan cemerlang ketika awal musim tetapi prestasi pasukan terus menjunam dan mencatatkan kekalahan demi kekalahan," kata Mohamad dalam satu sidang media di Seremban semalam....

      Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua pemain dan pihak pengurusan bagi mengenal pasti masalah yang melanda skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu.....

     "Saya akan berjumpa dengan beberapa pemain senior termasuk pemain junior dan saya hendak tahu apa sebe- narnya yang berlaku....."Prestasi buruk sebegini tidak sepatutnya berterusan kerana di atas kertas kita mempunyai pemain berkaliber dan rekod yang cemerlang," ujarnya....

        Tambahnya, beliau tidak mahu lagi menuding jari kepada sesiapa dan akan mencari formula terbaik selepas bertemu dengan barisan pemain dan pihak pengurusan pasukan....

      "Saya yakin kita mampu membaiki prestasi pasukan sekiranya masalah ini dapat diatasi kerana kita mempu- nyai barisan pemain yang baik....."Jadi, mesti ada sesuatu yang tidak kena....Saya akan cuba untuk berjumpa dengan pemain dan kalau didapati ada masalah dalam pasukan, kita akan cuba selesaikan masalah dalaman ini," tegasnya.....-Kosmo!



 


Isnin, 18 April 2011

Epl:Penalti Kuyt hampakan Gunner....

     
**Van Persie mudah menolak masuk Penalti untuk gol pertama Arsenal...**



      Dirk Kuyt menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-12 masa kecederaan dalam aksi penuh dramatik untuk Liverpool mengikat Arsenal 1-1 dan menipiskan peluang the Gunners untuk meraih gelaran Liga Perdana Inggeris...

       Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan tiada jaringan dilakukan walaupun Arsenal lebih banyak menyerang....

      Masa permainan ditambah berikutan kecederaan serius yang dialami Jamie Carragher... Robin van Persie mudah meletakkan pasukan tuan rumah di depan menerusi satu sepakan penalti dan ketika perlawanan semakin ke penghujungnya,Emmanuel Eboue menolak Lucas Leiva dalam kotak penalti selepas sepakan percuma Luis Suarez....

       Kuyt dengan tenang merembat masuk sepakan terakhir permainan dan meletakkan Arsenal enam mata di belakang pendahulu liga, Manchester United, dengan musim hanya berbaki enam perlawanan....Liverpool kekal di tangga keenam dibelakang Tottenham....


Ahad, 17 April 2011

La Liga:Barca Hampiri Kejuaraan Liga...

     
**Ronaldo meraikan jaringannya bersama Pepe...Gambar dari Real Madrid**




      Barcelona seri 1-1 dengan Real Madrid dalam perlawanan El-Clasico,awal pagi tadi di Stadium Santiago Bernabeu....Dua pemain terhebat Dunia,Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masing-masing menjaringkan gol untuk pasukan mereka...Perlawanan ini juga diselangi dengan layangan Kad Merah kepada Raul Albiol dan Dani Alves.....

      Kedua-dua pasukan buntu untuk menambah jaringan pada babak pertama...Memasuki Babak Kedua,Barca dihadiahkan sepakan penalti selepas Albiol mengasari David Villa...Kad Merah terus dilayangkan oleh pengadil kepada Albiol...Messi mudah menyempurnakan jaringan pertama perlawanan dengan rembatan ke tengah gawang.....

      Ketika Barca hampir menang,Dani Alves menerjah Marcelo pada minit ke-83 seterusnya Kad merah kedua perlawanan....Victor Valdes juga menerima kad kuning akibat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil...Ronaldo menyepak ke penjuru kanan gol untuk jaringan penyamaan Galaticos...

       Keputusan 1-1 itu kekal hingga tamat perlawanan,Menariknya,mereka akan bertemu lagi Khamis ini untuk menetukan Kejuaraan Piala Raja Sepanyol dan Separuh Akhir Liga Juara-Juara minggu hadapan...


       


Khamis, 14 April 2011

FIFA:Ranking Malaysia merosot...

       Malaysia mengalami sedikit penurunan dalam ranking Bola Sepak Dunia yang dikeluarkan Persatuan Bola Sepak Dunia(FIFA),semalam,,,Malaysia yang sebelum ini menduduki tangga ke-138 jatuh enam anak tangga ke tangga ke-144,emapat mata di depan negara jiran,Singapura.... Kegagalan Malaysia mencari perlawanan kelas 'A' antara penyebab ranking Malaysia merosot...

       Kali terakhir Malaysia mendapat perlawanan Kelas 'A' ialah ketika menang bertemu Hong Kong,Februari lalu...Jadi,Skuad Harimau Malaya mungikn akan memperbaiki kedudukan ketika Kelayakan Piala Dunia nanti...Ranking Asia pula kekal di tangga ke-24...Berikut adalah Ranking Malaysia...


142Equatorial Guinea Equatorial Guinea1486Up35
143Maldives Maldives14618Up65
144Malaysia Malaysia144-6Down-1
145Singapore Singapore140-6Down-2
146India India139-1Down13
147Hong Kong Hong Kong138-6Down0
                                              **Ranking Dunia**




13922Turkmenistan Turkmenistan15315Up59
14323Maldives Maldives14618Up65
14424Malaysia Malaysia144-6Down-1
14525Singapore Singapore140-6Down-2
14626India India139-1Down13
                                              **Ranking Asia**



    Bagi Ranking Dunia,Sepanyol masih lagi mendahului diikuti Belanda dan Brazil..Itali pula kembali dalam sepuluh terbaik apabila mendudki tangga ke-9..Untuk kedudukan ranking selanjutnya,klik di sini




Selasa, 12 April 2011

EPL:Liverpool 3-0 Man.City...

      Liverpool terus memberi tekanan kepada Tottenham untuk slot Liga Juara-Juara apabila menang 3-0 ke atas Man.City di Anfield awal pagi tadi....Kesemua tiga gol Liverpool dijaringkan pada separuh masa pertama....Penyerang baru Liverpool,Andy Carroll seolah-olah telah mendapat sentuhan sebenarnya apabila menjaringkan dua gol sambil Dirt Kuyt menambah gol ketiga....

gambar dari baclays premier league..

     Liverpool yang berdepan krisis kecederaan apabila Steven Gerrard dilaporkan berehat hingga akhir musim ni...Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan...minit ke-13,Andy Carroll melakukan rembatan susulan selepas sepakan Raul Meireles terkena kaki pertahanan city untuk gol pertama The Reds...Carlos Tevez pula terpaksa dikeluarkan akibat hamstring dan terpaksa digantikan dengan Ballotelli....

     Minit ke-34,Dirt Kuyt menambah gol kedua apabila ketika satu serangan cantik yang mematikan rentak Man.City...belum sempat memperbetulkan taktik serangan,Man.City dikejutkan gol ketiga Liverpool oleh Carroll seminit kemudian..Babak kedua,Anak buah Roberto Mancini terus mengasak tetapi benteng Liverpool sukan ditewaskan...Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan...


Khamis, 7 April 2011

Liga Juara-Juara:Barcelona,Man.Utd hampiri slot separuh akhir....

    




**Evra berjaya menyelamatkan bola sepakan Lampard ketika Van Der Sar
sudah tertewas...Gambar dari Bharian...**



        Kelab Gergasi England,Man.Utd membuktikan mereka mampu ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menang tipis 1-0 ke atas Chelsea,awal pagi tadi....Kemenangan ini juga adalah yang pertama buat Man.Utd di Stamford Bridge sejak 2002....Gol kemenangan United dijaringkan oleh ayam tambatannya,Wayne Rooney pada minit ke-24...

         Rooney yang tidak dikawal menerima hantaran Ryan Giggs mudah menyepak leret ke bucu gol melepasi Petr Cech...Chelsea hampir menyamakan kedudukan tetapi berjaya diselamatkan di atas garisan gol oleh Patrick Evra....Pujian harus diberikan kepada Van Der Sar yang berjaya menepis segala asakan The Blues terutama darpada Drogba...Keputusan itu kekal hingga tamat perlawanan...Red Devil akan bertemu Inter Milan atau Shalke 04 jika layak ke separuh akhir...

**Pemain terbaik Dunia,Lionel Messi(kanan)diasak oleh Ishchenko...**


       Barcelona yang memburu tiga piala musim ini menang bergaya ke atas wakil Ukraine,Shakhtar Donestk 5-1 di Nou Camp...Gol Barca dijaringkan oleh Iniesta seawal minit ke-2 disusuli jaringan kedua menerusi Daniel Alves yang bijak melepasi perangkap offsaid sebelum menyambut hantaran Iniesta dan mengawal sebelum merembat melepasi Pyatov...Gerard Pique,Keita dan Xavi Hernandez menambah derita Donestk di babak kedua dan Shakhtar memperoleh gol di tempat lawan menerusi Rakitsky....

        Andai layak,Barcelona berkemungkinan akan bertemu Real Madrid yang membelasah Tottenham 4-0 untuk mengulangi perlawanan El Clasico....


Rabu, 6 April 2011

Liga Juara-Juara:Shalke 04 belasah juara musim lepas..

  

**Pemain Shalke,Edu diasak pertahanan Inter..Shalke menang 5-2..**


       Shalke 04 membelasah bekas Juara,Inter Milan,5-2 di Milan awal pagi tadi untuk sebelah kaki ke separuh akhir buat kali pertama dalam sejarah.....Real pula berpesta gol apabila membenam Tottenham,4-0 di Santiago Bernabeu....

       Shalke yang tidak diletakkan harapan tinggi dikejutkan oleh jaringan jarak jauh hampir setengah padang Dejan Stankovic seawal minit pertama permainan...Joel Matip menyamakan kedudukan pada minit-17 apabila bola muntah Julio Cesar...Inter kembali di depan hasil jaringan Milito sebelum Edu menjarakkan kedudukan hasil dua jaringannya...Raul Gonzales menambah derita tuan rumah hasil jaringan minit ke-53 sebelum Andrea Ranoccia menjaringkan gol sendiri untuk Shalke menag besar di San Siro...

        Perlawanan ini juga menyaksikan pesta kad kuning dan satu kad merah dilayangkan kepada Christian Chivu semasa perlawanan berbaki 30 minit....


**Gareth Bale dan Cristiano Ronaldo berebut bola pada perlawanan
semalam....Gambar dari Bharian...**

       Di Madrid,Galaticos yang tewas mengejut kepada Sporting Gijon Ahad lalu,Bangkit dengan menewaskan Tottenham,4-0...Adebayor menjaringkan dua gol sebelum Angel Di Maria Dan Cristiano Ronaldo menambah derita Spurs pada minit-minit akhir perlawanan....Peter Crouch pula tidak dapt beraksi pada perlwanan kedua di White Hart Lane akibat kad merah minit ke-15....






      


Liga Super:Selangor pintas Kelantan....

    Jaringan Amirul Hadi Zainal Noordin enam minit sebelum tamat permainan membolehkan Selangor melonjak merampas status pendahulu Liga Super daripada Kelantan yang menggigit jari, malam tadi.Selangor bangkit menewaskan skuad Harimau Muda A 2-1 di Stadium Shah Alam untuk menghimpun 20 mata manakala Kelantan tercicir ke tangga ketiga di belakang Perak selepas kecundang kepada T-Team 4-3 di gelanggang lawan menyebabkan kekalahan kedua buat Red Warrior musim ini.......
     
         Fandi Othman mengejutkan Selangor menerusi jaringannya seawal minit ketujuh namun Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan untuk pelawat pada minit ke-81 sebelum Amirul muncul wira tiga minit kemudian. 
      Di Stadium Sultan Ismail, Zairo Anuar Zailani melencongkan sepakan percuma cantik melepasi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-29 dengan Norfarhan Muhammad menambah gol kedua apabila menggelecek lima pertahanan sebelum meledakkan rembatan kaki kanan seminit sebelum rehat.... 

       Indra Putra Mahayuddin melebarkan jurang pada minit ke-39 dan Haris Safwan memuktamadkan keputusan pada minit ke-79 manakala Kelantan menyalakan api kebangkitan seketika menerusi Danial Fazly Abdullah (m-62 dan 85) dan S Chanturu pada minit ke-64. 

      Di Stadium Paroi, Mohd Azraai Khor Abdullah masih tercari-cari kemenangan pertamanya selepas mengambil alih sebagai pengendali Negeri Sembilan apabila barisan bimbingannya kecundang 0-1 kepada Kuala Lumpur dengan menerusi jaringan Badrul Hisyam Azmi seawal minit kelima.... 

      Di Stadium Darulaman, dua gol dalam tempoh dua minit menghukum Kedah yang gagal bangkit meskipun Khyrill Muhymeen Zambri meloloskan diri untuk menjaringkan gol pada babak kedua apabila tewas 1-2 kepada Johor FC.... Mohd Rashid Mohd Aya melencongkan bola dalam kawasan bahaya pada minit ke-38 disusuli rembatan cantik Rezal Zambery Yahya dengan jaringan Khyrill pada minit ke-52 gagal mengubah keputusan.... 

       Felda seri 1-1 dengan Sabah dan Perak bangkit sebelum menang ke atas Perlis,2-1 di Ipoh...


Isnin, 4 April 2011

Kelayakan Olimpik 2012:Kelantan tawar diri jadi tuan rumah....

       

**inilah pandangan dari atas Stadium Sultan Muhammed ke-IV yang akan dicadang  Menjadi Tuan Rumah kelayakan Olimpik 2012...**

        Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan....Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, hasrat tersebut telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permohonan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan......
       Annuar melahirkan keyakinan sekiranya perlawanan tersebut diadakan di Kota Bharu, penyokong Kelantan sendiri akan memakai baju kuning dan biru untuk memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee....
        Annuar memberitahu, selain daripada sokongan dan kemeriahan semata-mata, semua pihak perlu memandang positif perkara itu sebagai salah satu cara menggalakkan semua pihak menjaga kualiti stadium dan padang masing-masing.....
       Perlawanan antarabangsa memerlukan kemudahan fasiliti yang terbaik terutama dua perkara itu justeru ia mampu menggalakkan perbadanan-perbadanan stadium untuk memastikan padang mereka sentiasa dalam keadaan terbaik.....
     Skuad Olimpik negara akan beraksi menentang Lebanon dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.....Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lebanon dan kemudiannya di Malaysia....






Ahad, 3 April 2011

La Liga:Rekod 9 Tahun Mourinho Lebur....

  
**Adebayor mengejar bola dalam perlawanan semalam...
gambar dari Real Madrid.com**


     Rekod 9 tahun tanpa kalah di gelanggang sendiri yang dipegang Juralatih Real Madrid,Jose Mourinho lebur apabila dijinakkan Sportin Gijon 0-1 di Santiago Bernabeu,Awal pagi tadi...Mourinho yang sebelum ini membimbing Chelsea,Porto dan Inter Milan gah tidak tewas di gelanggang sendiri ketika mengendali ketiga-tiga kelab tersebut....Ini sekali gus memberi tamparan kepada The Galaticos apabila musuh tradisi,Barcelona menang 1-0 ketika bertemu Villareal untuk menjarakkan kedudukan dalam carta liga dengan 8 mata...

     Gol kemenangan Gijon dijaringkan De Las Cuevas minit ke-80....perlawanan ini juga yang pertama untuk Gonzalo Higuan selepas berehat panjang akibat kecederaan...Pada satu lagi perlawanan,Barcelona menang ke atas Villareal hasil jaringan Pique....Real akan bertemu Tottenham dalam saingan suku akhir Liga Juara-Juara Rabu ini....


Liga Super:T-Team catat kemenangan kedua...

       Selangor  terus menghambat pendahulu Liga Super, Kelantan apabila mengutip mata penuh di Stadium Shah Alam malam tadi selepas menewaskan Pahang 2-1 manakala Perak mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menundukkan FELDA United 1-0 di Ipoh.... Pasukan kendalian K Devan kini melonjak ke tangga kedua liga selepas dua gol pantas dalam tempoh dua minit yang bermula seawal minit kelima menerusi Mohd Hardi Jaafar dan disusuli jaringan Mohd Amri Yahyah sebelum anak buah Dollah Salleh memperoleh gol tunggal menerusi R Karthigesu pada minit ke-87.....

         Di Stadium Perak, tuan rumah mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini apabila berjaya mengatasi asakan FELDA yang turun tanpa kelibat penjaga gol utama, Mohd Hamsani Ahmad untuk kemenangan 1-0 yang melonjakkan mereka ke tangga ketiga liga dengan 16 mata....Akmal Rizal Rakhli muncul wira tuan rumah apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-37 selepas menerima hantaran cantik Syafiq Jamal sebelum dirembat melepasi penjaga gol FELDA United, Mohd Faizal Rashid.... 

        Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, T-Team memperoleh kemenangan kedua musim ini selepas menundukkan Sabah 3-0. Mohd Haris Safwan membuka jaringan tuan rumah seawal minit kedua diikuti tendangan percuma Zairo Anuar Zailani yang terus menerjah gawang enam minit kemudian.....Tiga minit sebelum tamat babak pertama, Norfarhan Mohamad menambah derita Sabah apabila menyempurnakan hantaran sepakan sudut Zairo yang tiba tepat kepadanya sebelum dirembat melepasi penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussain. Pada babak kedua, kedua-dua pasukan gagal menghasilkan jaringan dan kedudukan kekal 3-0..... 

      Di Stadium Utama Negeri, Perlis menafikan Johor FC mata penuh apabila tampil menyamakan kedudukan pada minit terakhir menerusi Phul Sakh Lom untuk seri 2-2.... Shahrizal Saad membuka tirai jaringan pelawat minit kelapan disusuli Mohd Rashid Aya pada minit ke-20, sementara gol pertama Perlis menerusi Azmizi Azmi (m-34).... 

       Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan yang pertama kali turun di bawah kendalian jurulatih baru, Mohd Azraai Khor Abdullah sekadar seri 1-1 menentang Terengganu. Penyerang kebangsaan, Ahmad Fakri Saarani membuka jaringan seawal minit kedua tetapi pelawat menyamakan kedudukan menerusi Abdul Manaf Mamat minit ke-57.... Di Stadium KLFA Cheras, Kedah menundukkan Kuala Lumpur 1-0 hasil jaringan Mohd Azmi Muslim pada masa kecederaan...--Bharian






EPL:Kebangkitan Luar Biasa Man.Utd....

       
**Rooney mencetuskan kebangkitan
Man.Utd dengan meledak hatrik...**

         Wayne Rooney melakukan jaringan hatrik untuk membantu pasukannya, Manchester United mencatat kemenangan 4-2 ke atas West Ham dalam saingan Liga Perdana England semalam....Kemenangan tersebut terus mengukuhkan kedudukan United untuk sekali lagi menjulang gelaran juara liga musim ini....
          Pada aksi semalam, West Ham hampir meraih tiga mata penuh selepas mendahului 2-0 menerusi dua sepakn penalti oleh Mark Noble, tetapi kelebihan itu gagal dipertahankan.....Hasrat West Ham dimusnahkan oleh kebangkitan Rooney yang dilihat terlalu garang untuk merobek gawang lawan pada separuh masa kedua....Gol pertama United terhasil pada minit ke-65 menerusi sepakan percuma Rooney, dan lapan minit kemudian, dia berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret yang cukup kencang.....Kebangkitan United bermula pada minit ke-78 apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Lee Mason selepas Fabio Da Silva dikasari oleh pertahanan lawan, Matthew Upson dalam kotak penalti....
        Rooney yang mengambil sepakan tersebut mudah menyempurnakannya untuk menjadikan kedudukan 3-2.Kedudukan United terus kukuh pada minit ke-84 apabila pemain gantian, Javier Hernandez menghasilkan gol keempat bagi mengesahkan tiga mata penuh menjadi milik pasukan dari Old Trafford itu....Kemenangan itu membolehkan United mengumpul 66 mata dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk diharungi....
      Liverpool pula tewas mengejut kepada West Brom 1-2....West Brom yang dibimbing bekas pengurus Liverpool,Roy Hogson terpaksa bangkit dengan 2 gol menerusi penalti untuk memadamkan kelebihan gol Martin Skrtel pada minit ke-50....Chris Brunt menjaringkan kedua-dua penalti selepas Odemwingie dikasari...
      Arsenal pula seri 0-0 ketika bertemu Blackburn yang terpaksa bermain dengan sepuluh orang akibat kad merah...Tottenham juga seri 0-0 dengan Wigan...
      Newcastle pula membelasah Wolverhampton 4-1....Chelsea pula berhempas-pulas sebelum seri 1-1 dengan Stoke...