Skuad dikendalikan sementara Radhi Mat Din bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga minit ke-80 atas kesilapan pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidin..... Pada babak pertama, hanya beberapa percubaan tepat dilakukan barisan serangan kedua-dua pasukan yang menyaksikan skuad pelapis negara hampir membuka jaringan pada minit ke-36 menerusi rembatan jarak dekat Syahrul Azwari Ibrahim, namun diselamatkan penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias.....
Kedah pantas membuat serangan balas dan umpanan kepada Ahmad Shakir Ali hampir menjelmakan gol buat pelawat tetapi penyerang itu terlebih dulu dikesan berkedudukan ofsaid.... Pada babak kedua, skuad kendalian Ong Kim Swee menggandakan asakan tetapi bekas penjaga gol kebangsaan, Helmi Eliza beraksi cemerlang memastikan gawang pasukannya kebal untuk menafikan usaha Harimau Muda mencari ketiga berturut-turut....
Kedah beberapa kali melepasi benteng Harimau Muda diterajui pemain kebangsaan, Mohd Fadhli Shas, tetapi tiada tindakan penyudah berkesan.... Kemasukan Mohd Firdaus Mohd Fauzi pada babak kedua melihat Kedah semakin bertenaga dan serangan bertali arus pada 10 minit terakhir membuahkan gol apabila sepakan sudut Mohd Fauzi Shaari terkena pertahanan Harimau Muda, Mohd Amer untuk menewaskan penjaga gol, Mohd Izham Tarmizi Roslan....--Bharian
Di Bawah ini gol Kedah vs HMA...Credit to Sokernet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan