Isnin, 4 April 2011

Kelayakan Olimpik 2012:Kelantan tawar diri jadi tuan rumah....

       

**inilah pandangan dari atas Stadium Sultan Muhammed ke-IV yang akan dicadang  Menjadi Tuan Rumah kelayakan Olimpik 2012...**

        Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhasrat mengemukakan permohonan kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadikan Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu sebagai gelanggang perlawanan antara skuad Olimpik negara dengan Lebanon pada 23 Jun depan....Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, hasrat tersebut telah mendapat persetujuan Ahli Majlis KAFA agar permohonan tersebut disampaikan kepada AFC melalui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk dipertimbangkan......
       Annuar melahirkan keyakinan sekiranya perlawanan tersebut diadakan di Kota Bharu, penyokong Kelantan sendiri akan memakai baju kuning dan biru untuk memberi sokongan padu kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee....
        Annuar memberitahu, selain daripada sokongan dan kemeriahan semata-mata, semua pihak perlu memandang positif perkara itu sebagai salah satu cara menggalakkan semua pihak menjaga kualiti stadium dan padang masing-masing.....
       Perlawanan antarabangsa memerlukan kemudahan fasiliti yang terbaik terutama dua perkara itu justeru ia mampu menggalakkan perbadanan-perbadanan stadium untuk memastikan padang mereka sentiasa dalam keadaan terbaik.....
     Skuad Olimpik negara akan beraksi menentang Lebanon dalam pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 pada 19 dan 23 Jun depan.....Perlawanan yang akan dilangsungkan secara timbal balik itu bakal diadakan terlebih dahulu di Lebanon dan kemudiannya di Malaysia....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan