Fandi Othman mengejutkan Selangor menerusi jaringannya seawal minit ketujuh namun Asraruddin Putra Omar menyamakan kedudukan untuk pelawat pada minit ke-81 sebelum Amirul muncul wira tiga minit kemudian.
Di Stadium Sultan Ismail, Zairo Anuar Zailani melencongkan sepakan percuma cantik melepasi penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-29 dengan Norfarhan Muhammad menambah gol kedua apabila menggelecek lima pertahanan sebelum meledakkan rembatan kaki kanan seminit sebelum rehat....
Indra Putra Mahayuddin melebarkan jurang pada minit ke-39 dan Haris Safwan memuktamadkan keputusan pada minit ke-79 manakala Kelantan menyalakan api kebangkitan seketika menerusi Danial Fazly Abdullah (m-62 dan 85) dan S Chanturu pada minit ke-64.
Di Stadium Paroi, Mohd Azraai Khor Abdullah masih tercari-cari kemenangan pertamanya selepas mengambil alih sebagai pengendali Negeri Sembilan apabila barisan bimbingannya kecundang 0-1 kepada Kuala Lumpur dengan menerusi jaringan Badrul Hisyam Azmi seawal minit kelima....
Di Stadium Darulaman, dua gol dalam tempoh dua minit menghukum Kedah yang gagal bangkit meskipun Khyrill Muhymeen Zambri meloloskan diri untuk menjaringkan gol pada babak kedua apabila tewas 1-2 kepada Johor FC.... Mohd Rashid Mohd Aya melencongkan bola dalam kawasan bahaya pada minit ke-38 disusuli rembatan cantik Rezal Zambery Yahya dengan jaringan Khyrill pada minit ke-52 gagal mengubah keputusan....

Felda seri 1-1 dengan Sabah dan Perak bangkit sebelum menang ke atas Perlis,2-1 di Ipoh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan