| **Rooney mencetuskan kebangkitan Man.Utd dengan meledak hatrik...** |
Wayne Rooney melakukan jaringan hatrik untuk membantu pasukannya, Manchester United mencatat kemenangan 4-2 ke atas West Ham dalam saingan Liga Perdana England semalam....Kemenangan tersebut terus mengukuhkan kedudukan United untuk sekali lagi menjulang gelaran juara liga musim ini....
Pada aksi semalam, West Ham hampir meraih tiga mata penuh selepas mendahului 2-0 menerusi dua sepakn penalti oleh Mark Noble, tetapi kelebihan itu gagal dipertahankan.....Hasrat West Ham dimusnahkan oleh kebangkitan Rooney yang dilihat terlalu garang untuk merobek gawang lawan pada separuh masa kedua....Gol pertama United terhasil pada minit ke-65 menerusi sepakan percuma Rooney, dan lapan minit kemudian, dia berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan leret yang cukup kencang.....Kebangkitan United bermula pada minit ke-78 apabila dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Lee Mason selepas Fabio Da Silva dikasari oleh pertahanan lawan, Matthew Upson dalam kotak penalti....
Rooney yang mengambil sepakan tersebut mudah menyempurnakannya untuk menjadikan kedudukan 3-2.Kedudukan United terus kukuh pada minit ke-84 apabila pemain gantian, Javier Hernandez menghasilkan gol keempat bagi mengesahkan tiga mata penuh menjadi milik pasukan dari Old Trafford itu....Kemenangan itu membolehkan United mengumpul 66 mata dengan baki tujuh perlawanan lagi untuk diharungi....
Liverpool pula tewas mengejut kepada West Brom 1-2....West Brom yang dibimbing bekas pengurus Liverpool,Roy Hogson terpaksa bangkit dengan 2 gol menerusi penalti untuk memadamkan kelebihan gol Martin Skrtel pada minit ke-50....Chris Brunt menjaringkan kedua-dua penalti selepas Odemwingie dikasari...
Arsenal pula seri 0-0 ketika bertemu Blackburn yang terpaksa bermain dengan sepuluh orang akibat kad merah...Tottenham juga seri 0-0 dengan Wigan...
Newcastle pula membelasah Wolverhampton 4-1....Chelsea pula berhempas-pulas sebelum seri 1-1 dengan Stoke...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan