Jumaat, 15 Julai 2011

Copa Amerika:Brazil ke suku akhir....

       
**Neymar meraikan jaringannya ketika menentang Ecuador...**

       Alexandre Pato dan Neymar masing-masing meledak dua gol bagi membantu kemenangan 4-2 Brazil ke atas Ecuador pada aksi peringkat Kumpulan B kempen Copa America 2011 awal pagi semalam....Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Brazil muncul selaku juara Kumpulan B biarpun berkongsi lima mata dengan pasukan di tangga kedua, Venezuela....
        Namun Brazil lebih layak bergelar juara kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan berbanding Venezuela....Pada aksi yang berlangsung di Stadium Mario Alberto Kempes itu, Brazil terlebih dahulu di depan hasil jaringan yang dilakukan Pato pada minit ke-28 sebelum Felipe Caicedo menyamakan kedudukan buat Ecuador berselang lapan minit kemudian....
        Neymar kembali meletakkan Brazil di depan menerusi jaringannya pada minit ke-48 sebelum Caicedo sekali mengikat kedudukan, 10 minit kemudian....Bagaimanapun, rentak samba semakin sukar dibendung apabila Pato dan Neymar menjadi watak penting di sebalik kemenangan Brazil apabila masing-masing menambah satu lagi gol pada minit ke-61 dan (71)....
         Pada peringkat suku akhir, Brazil bakal berdepan cabaran Paraguay yang layak sebagai dua pasukan tangga ketiga terbaik daripada Kumpulan B selepas mengumpul tiga mata...




Khamis, 14 Julai 2011

Persahabatan Antarabangsa:Gol mudah...

   


**Penyerang negara,Norshahrul dikawal ketat pertahanan
Arsenal pada perlawanan semalam...Malaysia tewas 0-4 kepada
Arsenal**


       Harimau  Malaya hilang taring, malam tadi buat memaksa anak didik Datuk K Rajagobal berundur dari Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan menggigit jari selepas dibaham Arsenal 4-0 dalam perlawanan Siri Jelajah EPL Asia 2011....
        Empat gol daripada penalti Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Tomas Rosicky di hadapan 53,000 penonton tidak banyak menceriakan penyokong tempatan yang harus membicarakan betapa tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan menyentap cabaran tuan rumah yang akur betapa jauh jurang antara  mereka dan bekas juara Inggeris itu....

          Meskipun hadir tanpa kelibat bintang utama yang juga kapten pasukan, Cesc Fabregas, Arsenal ternyata bukan lawan yang adil buat negara yang memiliki gabungan pemain senior Harimau Malaya dan Harimau Muda....

       Skuad negara akan menentang Liverpool, Sabtu ini dan juara lima kali Eropah itu akan hadir dengan kemenangan 4-3 ke atas Guangdong Sunray Cave di China, malam tadi....




Rabu, 13 Julai 2011

Liga Malaysia:Pemain Import dibenarkan....

          Format Liga Malaysia (Liga M) 2012 kekal sebagaimana yang berlangsung musim ini...Ini bermakna 14 pasukan akan bersaing dalam kempen Liga Super, manakala 12 pasukan berentap pada saingan Liga Premier....Namun pembaharuan yang bakal berlaku pada saingan Liga M musim depan apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membenarkan khidmat dua pemain import bagi setiap pasukan....


     Perkara tersebut diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM yang dipengerusikan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam....Menurut Tengku Abdullah, seba- rang perubahan format Liga M hanya akan dibuat pada musim 2013 dan keputusan mengenainya bakal dimuktamadkan Disember depan iaitu sebelum sepak mula musim 2012...
      Dengan pengekalan format tersebut, dua pasukan teratas Liga Premier musim ini, PKNS dan Sarawak akan beraksi pada Liga Super 2012, manakala dua pasukan tercorot Liga Super, Pahang dan Perlis bakal turun ke Liga Premier 2012....
       Ia pasti sejarah buat Pahang yang akhirnya turun ke Liga Divisyen Dua buat pertama kali sejak 1989 setelah beberapa kali ‘diselamatkan’ oleh perubahan format oleh FAM dan penarikan diri pasukan lain....
Sementara itu, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) menjelaskan bahawa pemain-pemain import yang kini beraksi di liga sekitar Asia Tenggara perlu beraksi dua musim di luar sebelum boleh menyertai Liga M.
        Syarat dua pemain import ini juga bukan wajib untuk setiap pasukan tetapi hanya kepada pasukan yang berkemampuan serta tidak mempunyai tunggakan gaji atau caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja)...
      Kriteria pemain import pula, pemain dari Asia Tenggara perlulah seorang pemain kebangsaan, pemain dari Asia perlulah yang beraksi dalam Liga Divisyen Satu, manakala pemain dari Eropah, Afrika atau Amerika Selatan perlulah yang beraksi sekurang-kurangnya di Liga Divisyen Dua
Kali terakhir khidmat pemain import dibenarkan dalam saingan Liga M ialah pada 2008 dan sepanjang tiga musim lalu iaitu 2009, 2010 dan 2011, Liga M berlangsung dengan seratus peratus pemain tempatan.....



Isnin, 11 Julai 2011

Copa Amerika:Colombia pasukan pertama layak ke suku akhir....

     


**Pemain Bolivia cuba menrejah ke arah Camilo Zuniga...**


        Colombia menjadi pasukan sulung layak ke saingan suku akhir Copa Amerika apabila menang selesa 2-0 ke atas Bolivia,awal pagi tadi...Bagi Bolivia,mereka sudah tersingkir dan menduduki tangga tercorot kumpulan A...Dua gol Colombia dijaringkan oleh penyerang berbisanya,Falcao...

       Colombia bermula garang dan hasilnya Falcao bijak melepasi perangkap offsaid lawan sebelum menyambut hantaran lambung seterusnya menyepak leret melepasi penjaga gol Bolivia,Carlos Ervin Arias pada minit ke-15....Dia sekali lagi menjadi duri dalam daging Bolivia apabila meledak gol hasil sepakan penalti pada minit-28....

       Selepas rehat,tiada pertambahan gol disaksikan...Colombia sudah mengesahkan juara kumpulan A dengan tujuh mata dan akan menentang pasukan tempat ketiga terbaik dalam aksi suku akhir nanti...


Jumaat, 8 Julai 2011

Copa Amerika:Argentina hanya seri...

       

**Penyerang Argentina,Lionel Messi melakukan percubaan ke gawang
Colombia...Gambar dari CA2011.com**

       Impian tuan rumah, Argentina untuk menempah slot ke suku akhir pada kempen Copa Amerika 2011 dilihat semakin sukar....Meskipun dibarisi ramai pemain terbaik dunia, skuad bimbingan Sergio Batista itu masih gagal mencatat kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan dalam saingan Kumpulan A...


       Selepas seri 1-1 dengan Bolivia di pertemuan pertama pada Jumaat lalu, Argentina sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan menentang Colombia pagi semalam....Ketika ini, Colombia mengemudi kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan empat mata, dua mata di depan Argentina....
      Jentera serangan yang dikemudi Lionel Messi dan Carlos Tevez masih gagal untuk memberi impak yang besar, sekali gus menggembirakan para peminat Colombia di Santa Fe....Begitupun, Batista yang menggantikan Diego Maradona selepas kempen Piala Dunia 2010 berkata, beliau tidak akan membuat rombakan besar-besaran untuk aksi terakhir kumpulan menentang Costa Rica....
       Sementara itu, rakan sejawatan Batista di Colombia, Hernan Dario Gomez berkata, beliau yakin skuad kendaliannya semakin menampilkan kecemerlangan dan mampu menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dengan baik.


Khamis, 7 Julai 2011

Kelayakan Olimpik:Malaysia berdepan laluan getir..

       Malaysia terpaksa melalui laluan penuh berliku apabila diundi bersama gergasi Asia,Jepun,Syria dan Bahrain dalam undian kelayakan Olimpik pusingan ke-3 yang berlangsung di Rumah AFC,Bukit Jalil petang tadi...Ini menjadikan ulangan Kelayakan Olimpik 2008 apabila turut bersama Jepun dan Syria...

        Harimau Malaya bimbingan Ong Kim Swee akan memulakan aksi 21 September nanti menentang Jepun di Arena Lawan...Di bawah ini jadual penuh kelayakan Olimpik ini...




21 September 2011     JAPAN-MALAYSIA


23 November 2011      MALAYSIA-SYRIA


27 November 2011      MALAYSIA-BAHRAIN


05 February 2012        BAHRAIN-MALAYSIA


22 February 2012        MALAYSIA-JAPAN


14 March 2012             SYRIA-MALAYSIA


     Di bawah ini keputusan penuh undian kelayakan Olimpik,petang tadi...


KUMP A:

Korea Selatan
Oman 
Qatar
Arab Saudi

KUMP B:

Australia
Iraq
UAE
Uzbekistan

KUMP C:

MALAYSIA
Jepun
Syria
Bahrain







Liga Super:Juara Milik Red Warrior...

        


**Pemain Kelantan meraikan kejayaan memenangi Liga Super 2011**

         Norshahrul Idlan Talaha membuktikan bisanya apabila menyumbat dua gol untuk membantu Kelantan mengukir sejarah menjulang trofi Liga Super buat julung kali dengan menundukkan Sabah 2-1 di Stadium Likas, malam tadi.....
       Namun, dua gol penyerang kebangsaan itu gagal membantunya memenangi Kasut Emas selaku penjaring terbanyak liga selepas penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahaya meledak empat gol ketika Terengganu membelasah FELDA United 6-2....


       Kejayaan skuad Karathu itu menyaksikan mereka menjadi pasukan keenam selepas Pahang (2004), Perlis (2005), Negeri Sembilan (2006), Kedah (2007 dan 2008) dan Selangor (2009 dan 2010) menjulangnya....

        Lebih manis, ia adalah trofi kedua dalam koleksi The Red Warriors musim ini selepas memenangi perlawanan sumbangsih Piala Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor 2-0, selain mengubati kedukaan tewas kepada Terengganu 2-1 dalam final Piala FA.... Turun dengan hanya perlukan keputusan seri, Kelantan hanya mengambil masa lima minit sebaik bermula bagi meredakan tekanan tinggi perlawanan itu apabila Norshahrul me­nembusi gawang dikawal Azizon Abdul Kadir.... 

         Gol berpunca daripada lontaran Daudsu Jamaluddin yang gagal dikeluarkan benteng Sabah sebelum Norshahrul yang baru pulang daripada tugasan bersama skuad kebangsaan di Taiwan, mudah menolak masuk untuk gol ke-17 musim ini.... 

      Penyerang mesra dikenali Mat Yo itu mengulangi sentuhan pemusnahnya di babak kedua apabila melambung cantik untuk memperdayakan Azizon pada minit ke-71, sebelum Razlan Oto merapatkan kedudukan buat tuan rumah lima minit kemudian.... 



Keputusan penuh:


KELANTAN 2-1 Sabah
Felda United 2-6 Terengganu
Perak 0-0 Selangor
N.Sembilan 2-0 Perlis
Harimau Muda A 2-2 Johor FC
Pahang 0-1 Kedah
T-Team 2-3 K.Lumpur


Selasa, 5 Julai 2011

Copa Amerika:Uruguay sekadar seri...

   


**Luis Suarez menjadi wira Uruguay apabila
meledak gol penyamaan ketika bertemu
Peru,awal pagi tadi...**


         Uruguay hanya seri 1-1 dengan Peru pada perlawanan pembukaan kumpulan C Copa Amerika di Argentina,awal pagi tadi....Peru terlebih dahulu mengejutkan anak buah Oscar Tabarez pada minit ke-24 apabila Paolo Guerrero bijak melepasi perangkap offsaid pertahanan sebelum menyambut hantaran lambung rakan sepasukan dan terus merembat melepasi penjaga gol,Fernando Muslera yang keluar dari posisinya...

        Uruguay terus mengasak mencari gol penyamaan dan hasilnya pada masa kecederaan separuh masa pertama,penyerang Liverpool,Luis Suarez merembat leret ke kiri gol Peru selepas mendapat umpanan Nicolas Lodeiro...Perlawanan ini juga menyaksikan banyak kad kuning diberikan pengadil perlawanan....

          Keputusan ini kekal hingga tamat perlawanan apabila tiada pertambahan jaringan pada bab kedua...


Isnin, 4 Julai 2011

EPL:Downing hampiri Arsenal.....

       Arsenal bersedia membuat kejutan menawarkan 20 juta pound (RM96.78 juta) untuk perpindahan pemain sayap Aston Villa, Stewart Downing ke Emirates.... Hakikat bahawa Liverpool masih belum melengkapkan pembelian pemain antarabangsa England itu meningkatkan minat Arsenal untuk mendapatkannya....
      Pengurus, Arsene Wenger tampak menyerah kalah terhadap prospek kehilangan bintang tengahnya, Samir Nasri dan tanpa membuang masa ingin membawa nama besar sebagai penggantinya.....
     Downing, 26, mungkin bukan pilihan utama di kalangan penyokong Arsenal tetapi Wenger berazam untuk menandatangani pemain Liga Perdana Inggeris yang sudah terbukti kemampuannya dan boleh menyesuaikan diri dalam kesebelasan utamanya. ...

        Wenger terdesak untuk menamatkan kemarau enam tahun tanpa trofi dan tampak mengambil langkah bertentangan dengan polisi diamalkannya sebelum ini iaitu membawa masuk pemain muda berbakat.... Potensi ketibaan Downing dan bek tengah berpengalaman seperti Gary Cahill atau Chris Samba, menandakan satu perubahan dalam polisi pengambilan pemain dan diterima baik penyokong di Emirates.... 

       Downing mampu menjadi satu lagi tarikan dalam usaha membawa masuk pemain yang menjadi sasaran perpindahan kelab itu musim panas lalu, Gervinho, yang dijangka melengkapkan perpindahannya ke Arsenal...





Kelayakan Piala Dunia:Malaysia mara...

       


       Kejayaan Malaysia mara ke pusingan kedua pada Kelayakan Piala Dunia 2014 bagi Zon Asia malam tadi memberi makna yang cukup besar buat jurulatih Datuk K. Rajagobal.... 
        Pada aksi malam tadi, meskipun tewas 2-3 kepada Taiwan pada pertemuan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Taipei, skuad kebangsaan tetap mara berdasarkan kelebihan jaringan di tempat lawan selepas terikat dengan agregat 4-4....
         Pada aksi pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil minggu lalu, skuad Harimau Malaya itu mencipta kemenangan 2-1....Tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak menggamamkan seketika kira-kira 25,000 penyokong tuan rumah hasil jaringan menarik pada minit kelapan menerusi sepakan percuma dari jarak 35 meter....Gol tersebut berpunca selepas kapten Safiq Rahim dijatuhkan pemain pertahanan Taiwan, Lin Cheng-Yi.....
         Anak-anak buah Rajagobal berpeluang menambah jaringan menerusi beberapa percubaan menarik selepas jaringan Aidil, namun ia dinafikan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng....Peluang terbaik skuad kebangsaan menambah jaringan hadir pada minit ke-29, namun percubaan penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha sekadar melepasi palang gol tuan rumah.....
          Dua minit kemudian, Taiwan berjaya memperoleh gol pembukaan menerusi jaringan Chang Han pada minit ke-31 setelah berlaku situasi kelam-kabut di hadapan pintu gol Harimau Malaya....Bagaimanapun, gol penyamaan Taiwan itu tidak melunturkan semangat barisan negara dan hasilnya mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi sepakan percuma Safiq pada minit ke-38....
        Sepakan percuma itu terhasil selepas pemain pertahanan Taiwan, Xavier Tsan-Yuan menjatuhkan Abdul Hadi Yahaya di luar kotak penalti...Seminit sebelum aksi babak pertama berakhir, Chen Po-Liang kembali menggamatkan stadium dengan gol kedua tuan rumah menerusi sepakan penalti....
          Apabila babak kedua bersambung, kedua-dua pasukan dilihat menampilkan permainan lebih terbuka dengan masing-masing melancarkan serangan ke kubu lawan....Pada minit ke-60, pengadil perlawanan dari Vietnam, Vo Minh Tri sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kepada Taiwan selepas pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas mengasari Po-Liang. Bagaimanapun, Sharbinee muncul penyelamat apabila menafikan sepakan Po-Liang.....
        Menyedari Taiwan semakin ghairah melancarkan serangan ke kubu Harimau Malaya, Rajagobal membuat pertukaran dengan memasukkan S. Chanturu bagi menggantikan tempat Amirulhadi Zainal pada minit ke-65....
        Minh Tri mencetuskan kemarahan kem Harimau Malaya apabila sekali lagi menghadiahkan sepakan penalti kepada Taiwan pada minit ke-73. Kali ini, Sharbinee gagal menyelamatkan gawangnya daripada dirobek Xa-vier....Malaysia sepatutnya mendapat sepakan penalti selepas itu apabila Fakri dijatuhkan di dalam kotak penalti....Namun pengadil tidak memberikannya...




Ahad, 3 Julai 2011

Pra-Piala Dunia:Malaysia harus menang...

  



         Bayangan kesebelasan utama yang bakal diturunkan ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi perlawanan kedua kelaya­kan Piala Dunia zon Asia menentang Taiwan, semakin jelas selepas sesi latihan terakhir di Stadium Taipei, semalam....Skuad kebangsaan yang berkunjung ke Taiwan de­ngan bekalan 2-1, memerlukan sekurang-kurangnya seri di sini tetapi Rajagobal tampak tidak mahu mengambil risiko dan tetap mahu melebarkan jurang defisit.....
        Penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang tidak diturunkan di Bukit Jalil Rabu lalu, kelihatan sudah mula mencapai tahap kecergasan dan Rajagobal dilihat menggandingkan Norshahrul dengan Abdul Hadi Yahaya dalam latihan semalam, selepas gandingannya di Piala AFF Suzuki, Safee Sali sekadar memerhati dari luar padang akibat kecederaan....

        Kemudian, Rajagobal mencuba pula Ahmad Fakri Saarani bersama Norshahrul manakala di benteng pertahanan, kelibat Mahali Jasuli turut berada dalam kesebelasan Rajagobal, yang memberi isyarat serangan balas bakal dari sebelah sayap mungkin menjadi senjata untuk mencari kemena­ngan malam ini....



       Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang tidak beraksi Rabu lalu, turut kembali berlatih walaupun belum mencapai tahap kecergasan sepenuhnya....


Siaran Langsung :


TV2-6:45 ptg




ASTRO ARENA-6.30 ptg....Klik sini untuk live streaming