Isnin, 4 Julai 2011

EPL:Downing hampiri Arsenal.....

       Arsenal bersedia membuat kejutan menawarkan 20 juta pound (RM96.78 juta) untuk perpindahan pemain sayap Aston Villa, Stewart Downing ke Emirates.... Hakikat bahawa Liverpool masih belum melengkapkan pembelian pemain antarabangsa England itu meningkatkan minat Arsenal untuk mendapatkannya....
      Pengurus, Arsene Wenger tampak menyerah kalah terhadap prospek kehilangan bintang tengahnya, Samir Nasri dan tanpa membuang masa ingin membawa nama besar sebagai penggantinya.....
     Downing, 26, mungkin bukan pilihan utama di kalangan penyokong Arsenal tetapi Wenger berazam untuk menandatangani pemain Liga Perdana Inggeris yang sudah terbukti kemampuannya dan boleh menyesuaikan diri dalam kesebelasan utamanya. ...

        Wenger terdesak untuk menamatkan kemarau enam tahun tanpa trofi dan tampak mengambil langkah bertentangan dengan polisi diamalkannya sebelum ini iaitu membawa masuk pemain muda berbakat.... Potensi ketibaan Downing dan bek tengah berpengalaman seperti Gary Cahill atau Chris Samba, menandakan satu perubahan dalam polisi pengambilan pemain dan diterima baik penyokong di Emirates.... 

       Downing mampu menjadi satu lagi tarikan dalam usaha membawa masuk pemain yang menjadi sasaran perpindahan kelab itu musim panas lalu, Gervinho, yang dijangka melengkapkan perpindahannya ke Arsenal...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan