| **Luis Suarez menjadi wira Uruguay apabila meledak gol penyamaan ketika bertemu Peru,awal pagi tadi...** |
Uruguay hanya seri 1-1 dengan Peru pada perlawanan pembukaan kumpulan C Copa Amerika di Argentina,awal pagi tadi....Peru terlebih dahulu mengejutkan anak buah Oscar Tabarez pada minit ke-24 apabila Paolo Guerrero bijak melepasi perangkap offsaid pertahanan sebelum menyambut hantaran lambung rakan sepasukan dan terus merembat melepasi penjaga gol,Fernando Muslera yang keluar dari posisinya...
Uruguay terus mengasak mencari gol penyamaan dan hasilnya pada masa kecederaan separuh masa pertama,penyerang Liverpool,Luis Suarez merembat leret ke kiri gol Peru selepas mendapat umpanan Nicolas Lodeiro...Perlawanan ini juga menyaksikan banyak kad kuning diberikan pengadil perlawanan....
Keputusan ini kekal hingga tamat perlawanan apabila tiada pertambahan jaringan pada bab kedua...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan