Jumaat, 15 Julai 2011

Copa Amerika:Brazil ke suku akhir....

       
**Neymar meraikan jaringannya ketika menentang Ecuador...**

       Alexandre Pato dan Neymar masing-masing meledak dua gol bagi membantu kemenangan 4-2 Brazil ke atas Ecuador pada aksi peringkat Kumpulan B kempen Copa America 2011 awal pagi semalam....Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Brazil muncul selaku juara Kumpulan B biarpun berkongsi lima mata dengan pasukan di tangga kedua, Venezuela....
        Namun Brazil lebih layak bergelar juara kumpulan berdasarkan kelebihan jaringan berbanding Venezuela....Pada aksi yang berlangsung di Stadium Mario Alberto Kempes itu, Brazil terlebih dahulu di depan hasil jaringan yang dilakukan Pato pada minit ke-28 sebelum Felipe Caicedo menyamakan kedudukan buat Ecuador berselang lapan minit kemudian....
        Neymar kembali meletakkan Brazil di depan menerusi jaringannya pada minit ke-48 sebelum Caicedo sekali mengikat kedudukan, 10 minit kemudian....Bagaimanapun, rentak samba semakin sukar dibendung apabila Pato dan Neymar menjadi watak penting di sebalik kemenangan Brazil apabila masing-masing menambah satu lagi gol pada minit ke-61 dan (71)....
         Pada peringkat suku akhir, Brazil bakal berdepan cabaran Paraguay yang layak sebagai dua pasukan tangga ketiga terbaik daripada Kumpulan B selepas mengumpul tiga mata...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan