| **Penyerang Argentina,Lionel Messi melakukan percubaan ke gawang Colombia...Gambar dari CA2011.com** |
Impian tuan rumah, Argentina untuk menempah slot ke suku akhir pada kempen Copa Amerika 2011 dilihat semakin sukar....Meskipun dibarisi ramai pemain terbaik dunia, skuad bimbingan Sergio Batista itu masih gagal mencatat kemenangan selepas mengharungi dua perlawanan dalam saingan Kumpulan A...
Selepas seri 1-1 dengan Bolivia di pertemuan pertama pada Jumaat lalu, Argentina sekali lagi gagal mengutip tiga mata penuh apabila seri tanpa jaringan menentang Colombia pagi semalam....Ketika ini, Colombia mengemudi kedudukan teratas dalam Kumpulan A dengan empat mata, dua mata di depan Argentina....
Jentera serangan yang dikemudi Lionel Messi dan Carlos Tevez masih gagal untuk memberi impak yang besar, sekali gus menggembirakan para peminat Colombia di Santa Fe....Begitupun, Batista yang menggantikan Diego Maradona selepas kempen Piala Dunia 2010 berkata, beliau tidak akan membuat rombakan besar-besaran untuk aksi terakhir kumpulan menentang Costa Rica....
Sementara itu, rakan sejawatan Batista di Colombia, Hernan Dario Gomez berkata, beliau yakin skuad kendaliannya semakin menampilkan kecemerlangan dan mampu menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2014 dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan