Selasa, 30 November 2010

La Liga:Real Madrid diratah...

assalamualaikum,
      Hebat!!...Perkataan yang sepatutnya untuk Barcelona semalam...skuad Catalan itu meratah Pasukan Bintang,Real Madrid 5-0 di Nou Camp dalam pertembungan "El Clasico"....kemenangan itu meletakkan Barcelona memintas Real untuk berada di kedudukan teratas liga dengan dipisahkan 2 mata...Jose Mourinho pula mengalami mimpi yang buruk selepas diabkan....perlawanan ini juga menyaksikan pesta kad kuning dan satu kad merah dilayangkan kepada Sergio Ramos setelah membentes kers Lionel Messi...lima gol Barca dijaringkan oleh Xavi dan Pedro masing-masing satu gol,David Villa 2 gol dan pemain gantian,Jeffren Suarez...


Pedro meraikan jaringan bersama David Villa
***gambar dari berita harian***
        Perlawanan ini menyaksikan terlalu banyak drama berlaku...Minit ke-10,Xavi yang tidak dikawal melepasi perangkap offsaid Real dan menerima hantaran dari rakan sepasukan dengan cantik sebelum melepaskan rembatan lemah melepasi Cassilas di gawang gol Real....sekali lagi,minit ke-19,Galaticos ditembusi lagi apabila Hantaran David Villa di sebelah kiri gol diambil kemas Pedro sebelum melaukan tampanan unitk menjadikan 2-0....Minit ke-31,Berlaku sedikit pertengkaran di antara Pemain Barca dan Real di tepi padang setelah Cristiano Ronaldo menolak Pep Guardiola...Minit ke-35,Sepakan percuma yang diambil Cristiano Ronaldo hampir mengenai sasaran....selepas rehat,Barcelona terus melancarkan serangan untuk menambah jaringan....
       akhirnya,minit ke-55,hantaran Lionel Messi kepada David Villa dirembat kemas untuk gol ketiga Barca melepasi jangkauan rakan sepasukannya di Sepanyol,Casillas....selang 2 minit,sekali lagi keajaiban Villa menjelma apabila merembat leret bola ketika Casillas meluru keluar dari gawangnya.... minit ke-90,pemain gantian,Jeffren Suarez mematikan terus perlawanan untuk kemenangan The Catalan dengan merembat bola apabila menerima hantaran lintang....kesimpulannya,benteng pertahanan Real terlalu memberikan ruang sehingga membawa padah...tamat perlawanan,,Barcelona 5-0 Real Madrid....


Sabtu, 27 November 2010

La Liga:El Clasico

assalamualaikum,
Messi dan Ronaldo

      Pagi Selasa ini(waktu Malaysia) akan menyaksikan satu pertembungan bersejarah antara Barcelona bertemu Real Madrid di Nou Camp dalam perlawanan ke-13 dalam La Liga....pertembungan ini tidak asing lagi dalam perlawanan di dunia-dengan jumlah penonton yang ramai menonton di televiesyen dan stadium...Sejak dari dulu lagi kedua-dua kelab saling memusuhi...musim lepas,Barca memenangi kedua-dua perlawanan...Jurulatih Real Madrid,Jose Mourinho yang digelar "special one" pernah mengalahkan anak-anak buah Pep Guardiola ketika beliau mengendali Inter Milan dalam saingan separuh Akhir Liga Juara-Juara Eropah 2009-10 dan seterusnya memenangi gelaran itu....
      Dua bintang dunia yang gagal dalam menyinar di Afrika Selatan,Ronaldo dari Portugal dan Messi(Argentina),berada di puncak prestasi apabila berjaya meledak Hatrik pada perlawanan sebelumnya....menang 8-0 dengan Almeria memberi sedikit tonik kepada The Catalan untuk memenangi perlawanan ini...Barca mempunyai pemain yang  berskil yang menarik seperti Xavi,Messi,David Villa dan Iniesta...Pemain Muda,Bojan Krkic juga mempunyai potensi besar untuk menyinar...bermain di tempat sendiri memberi sedikit kelebihan buat Barcelona untuk menyinar....
         Real pula mempunyai pemain berkelas dunia seperti Ronaldo,Di Maria,Gonzalo Higuain,Xabi Alonso dan lain-lain.... dengan Mourinho telah mengembalikan kestabilan The Galaticos yang sedikit terumbang-ambing,Real mampu untuk menakluki El Clasico ini...xapi hanya satu aspek yang membezakan kedua-dua pasukan-persefahaman yang ada dalam Real tidak semantap Barca....dalam 160 pertembungan klasik ini,Real menang 68 kali,Barca 62 dan selebihnya seri....


Rabu, 24 November 2010

Champion League:kalah lagi...

assalamualaikum,

....Wira Braga,Matheus...

        Arsenal mengalami kekalahan kedua...selepas dikejutkan Spurs dalam liga perdana inggeris,Arsenal sekali lagi diaibkan oleh Braga 0-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah......Arsenal banyak menguasai permainan walaupun Braga bermain di tempat sendiri....Matheus menjadi wira Braga apabila menjaringkan dua gol pada akhir2 permainan.....ini mencerahkan peluang Braga untuk ke pusingan ke-2...Arsenal pula perlu menunggu perlawanan terakhir jika mahu layak...Arsenal bermula baik dan hampir menjaringkan gol awal...Braga pula gelisah kerana tidak mahu diaibkan lagi...
       7 kad kuning dilayangkan kepada kedua2 pasukan...parlawanan ini juga berlangsung dengan banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain...Arsenal hampir mendahului tetapi Felipe berjaya menempis bola sepakan percuma yang diambil Cesc Fabregas....minit ke-34,Walcott berjaya melepasi pertahanan tetapi Feliipe bertindak cemerlang dengan meluru masuk menghalang Walcott yang kemudian terjatuh...Advantages diberikan oleh pengadil perlawanan....Walcott sekali lagi menguji penjaga gol dengan rembatan sebelah kiri gol berjaya diselamatkan....kontroversi berlaku apabila pengadil dari Hungary itu tidak memberikan sepakan penalti apabila Carlos Vela dijatuhkan...
         Selang beberapa minit,Eboue pula dijatuhkan dengan hadangan kaki berbahaya....Wenger melakukan pertukaran dengan memasukkan Nasri tetapi tiada gol dapat dijaringkan...detik malang The Gunners bermula apabila Matheus yang tidak dikawal berjaya melepasi perangkap offsaid Arsenal menerima hantaran tinggi rakan sepasukan dengan berlari laju masuk kedalam kotak penalti dan melepaskan rembatan lencong kaki kiri
melepasi Fabianski pada minit ke-83....tidak terkejar pertahanan Arsenal....ketika masa tambahan,Matheus membawa bola dari tengah padang dan berlari masuk ke dalam kotak penalti dan menggelecek 3 pemain Arsenal sebelum melepaskan rembatan kencang mengecewakan fabianski dan seluruh pasukan Arsenal...Gunner di tangga kedua berbeza gol dengan Braga di tangga ketiga....
       tamat perlawanan,Arsenal 0-2 Braga...      


Isnin, 22 November 2010

La Liga:kemenangan besar.....

assalamualaikum,

Messi menjadi watak penting apabila menjaringkan hatrik
      Barcelona merakamkan kemenangan apabila membelasah teruk kelab Almeria 8-0....Lionel Messi menjadi watak penting kejayaan tersebut dengan menjaringkan hatrik....bisa Messi ini akan ditagih sekali lagi apabila pertemuan "El Clasicco" bertemu Real Madrid nanti...Messi adalah penjaring keempat Barcelona yang melepasi 100 gol....dia menjaringkan 3 gol diikuti Bojan Krkic(2) dan masing2 satu gol oleh Iniesta,Pedro dan gol sendiri pemain Almeria,Santiago Asacieste....Barcelona membuka tirai jaringan minit ke-16 apabila rembatan leret Messi gagal ditangkap penjaga gol...
      Barcelona terus mengasak dan mendapat gol kedua 2 minit kemudian menerusi Iniesta yang merembat dekat hantaran Messi....minit ke-27,Hantaran Maxwell dari kanan pintu gol tertampan Santiago untuk jaringan sendiri...minit ke-35,The Catalans mematikan terus permainan Almeria apabila Pedro menyambut hantaran jauh untuk gol keempat Barcelona...tidak sampai 3 minit gol keempat,Almeria diratah lagi apabila Messi menyambut hantaran Pedro di depan pintu gol untuk gol kelima...pemain2 Almeria kelihatan begitu sugul ketinggalan 0-5 di babak pertama....babak kedua Barcelona mengamuk lagi....minit ke-62,Bojan Krkic menambah derita Almeria apabila menjaringkan gol jarak dekat hasil hantaran Messi...
     mnit ke-67 menjadi saksi kemuncak Messi apabila melengkapkan hatrik apabila mengambil kesempatan hasil bola muntah penjaga gol...minit ke-73,hasil satu counter attack oleh Barca,Bojan melengkapkan malam gemilang Barca apabila mendapat lorongan Messi dan menjaringkan gol kedua peribadi perlawanan itu sekaligus meratah Almeria 8-0..... init menjadi tonik terbaik Barcelona untuk berdepan musuh tradisi,Real Madrid minggu hadapan...

  


Ahad, 21 November 2010

EPL:kejutan...

assalamualaikum,
     Tottenham dan Birmingham masing-masing melakukan kejutan apabila menewaskan 2 kelab gergasi...dalam pertemuan derby utara London,Spurs bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menang tipis 3-2 keatas Arsenal...Birmingham pula menjaringkan gol pada awal babak permainan untuk mengatasi Chelsea,1-0....
       di Emirates,Arsenal membuka tirai jaringan minit ke-8 hasil sepakan sipi Samir Nasri yang bijak melepasi perangkap Offsaid lawan...minit ke-27,hantaran Fabregas kepada Asharvin disudahkan Maroune Chamakh dengan sepakan rendah melepasi Gomes di pintu gol Spurs...

Chamakh berkejaran bola dengan William Gallas...
**gambar dari Arsenal.com**



detik-detik kebangkitan Tottenham bermula pada babak kedua apabila Van Der Vaart melorongkan bola ke arah Gareth Bale yang tidak dikawal dan merembat cantik melepasi Fabianzski....minit-65,kesilapan Fabregas yang menampan bola menggunakan tangan dalam kotak penalti ketika sepakan percuma membawa pada apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti dan disudahkan Van Der Vaart.....ketika perlawanan berbaki 5 minit,Youness Kaboul menjadi wira Spurs apabila menanduk masuk sepakan percuma yang diambil Van Der Vaart melepasi penjaga gol....tamat perlawanan Arsenal 2-3 Tottenham...
      di St.Andrew,Birmingham menambah derita Chelsea apabila menang 1-0 hasil jaringan Lee Bowyer minit ke-17...awal permainan,Chelsea menguji Ben Foster apabila rembatan lemah Salomon Kalou terkena kaki Foster...Ben Foster selkali lagi bertindak cemerlang apabila menempis sepakan Drogba...minit ke-18,Sebastian Larrson menhantar bola ke dalam kotak penalti dan ditanduk jerome dan disempurnakan dengan baik oleh Bowyer...babak kedua,Chelsea menguasai permainan tetapi keputusan itu kekal akhir permainan....


Sabtu, 20 November 2010

EPL:Derby menarik....

assalamualaikum,
Van Der Vaart
      satu perlawanan derby menarik di utara London menyaksikan Arsenal bertemu Tottenham di stadium Emirates hari ini...musim lepas,masing-masing menang sekali dalam dua perlawanan dengan Arsenal menang 3-0 di tempat sendiri dan spurs menang 2-1 di White Hart Lane...minggu lepas,Arsenal menang 2-1 ke atas Everton dan Tottenham menang 4-2  ke atas Blackburn...dengan kedua-dua pasukan cemerlang dalam saingan eropah setakat ini,perlawanan ini pasti akan menarik...Tottenham mengejutkan juara bertahan,Inter Milan 3-1 manakala Gunners membelasah kelab Ukraine,Shakhtar 5-1 aksi terakhir Eropah...Arsenal hanya      ketinggalan 2 mata kepada Chelsea..jika Arsenal menang,pasukan itu mungkin merasa nikmat menjadi
Cesc Fabregas
pendahulu liga buat pertama kali sejak Mac lalu untuk beberapa jam jika Chelsea berjaya menewaskan Birmingham...Spurs pula pasti mengharap sentuhan Van Der Vaart jika mahu menang...Arsene Wenger pula mesti mengharapkan penyerang Maghribi,Maroune Chamakh untuk membolosi pintu gol Spurs...Fabianski perlu mengawal pintu gol dengan baik dari melakukan kesilapan yang boleh memakan diri...Apa-apa pun,kita nantikan percaturan terbaik dari kedua-dua pasukan...



Tekaan:Arsenal 1-0 Tottenham                        
                                                    


Selasa, 16 November 2010

Sukan Asia:berakhir juga...

Assalamualaikum,
faizal abu bakar diasak pemain iran
       Skuad Malaysia akhirnya menamatkan cabaran dalam sukan Asia 2010 apabila tewas 1-3 kepada Iran semalam..namun,kempen ini dianggap berjaya apabila melangkah ke pusingan kedua selepas mengalami banyak kecederaan dan penggantungan pemain...Hanya Norshahrul Idlan Talaha menjadi pemain lebih umur 23 tahun dan bergerak seorang di bahagian depan tetapi benteng muda yang diterajui Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadli Mohd Shas, Asraruddin Putra Omar dan Mohd Faizal Abu Bakar yang terpaksa bekerja keras menahan asakan betubi-tubi Iran....separuh masa pertama menceritakan semua apabila Malaysia diasak bertubi-tubi dari awal permainan dan terpaksa bertahan...S.Chanturu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan....mujur kecekapan penjaga gol kelantan,Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan pintu gol Malaysia daripada dibolosi...separuh masa kedua anak2 buah K.Rajagobal nampak sedikit letih apabila Iran membuka jaringan menerusi Karim Ansari Fard menerusi lembatan leret melepasi penjaga gol pada minit ke-52....minit ke-59,sepakan sudut yang diambil pemain Iran ditanduk masuk Seyed Hosseini.....Iran menoktahkan permainan pada mini ke-66 apabila rembatan leret kencang Amir Sharafi dari luar kotak penalti gagal ditempis Khairul Fahmi....5 minit sebelum tamat,skuad Kebangsaan menyerang habis-habisan dan mendapat gol saguhati pada minit ke-85 hasil sepakan penalti ketua pasukan,Norshahrul Idlan Talaha.....lima pemain yang tidak dapat diturunkan ialah Zamani dan Fakri yang cedera dan Safiq Rahim,S.Kunanlan dan Mahali Jasuli yang menerima kad merah pada perlawanan penuh kontroversi menetang China....****gambar dari kosmo!***



Isnin, 15 November 2010

EPL:kejutan Sunderland...

assalamualaikum,
  
                                                                 ***asamoah gyan***

         Chelsea dimalukan sunderland apabila tewas 0-3 kepada kelab itu...minit ke-29,Drogba hampir menjaringkan gol pembukaan  tetapi sepakan percumanya hanya sedikit melepasi palang gol...bermain di Stamford Bridge tidak menakutkan anak didik Steve Bruce apabila meledak gol pertama pada penghujung separuh masa pertama menerusi Nedum Onuoha pada minit ke-45...dia yang tidak dikawal melakukan gerak solo melepasi melepasi tiga pertahanan Chelsea sebelum merembat leret tanpa diselamatkan Petr Cech...separuh masa kedua,The Black Cats mengganas lagi apabila Gyan menyepak kencang hantaran cantik Jordan Henderson...minit-87,menamatkan sisa2 perjuangan Chelsea apabila hantaran kebelakang Ashley Cole kepada Cech sempat disambar Danny Welbeck dan merembat masuk gol ketiga Sunderland mengejutkan Chelsea di gelanggang sendiri...


Sabtu, 13 November 2010

Sukan Asia:hari penentuan...

assalamualaikum,
        Hari ini adalah penentuan bagi pasukan Malaysia apabila bertemu pasukan tuan rumah,China pada perlawanan terakhir kump A di Stadium Tianhe... jika menang atau seri, Malaysia akan layak ke pusingan kedua, selaku naib juara kumpulan untuk berkemungkinan bertemu Korea Selatan atau Korea Utara pada Isnin ini...jika skuad kebangsaan tewas,ia perlu mengharapkan tiket tempat ketiga terbaik menjadi milik mereka...


                                                  ***pemain  sedang menjalani latihan***  
                                                         ** gambar dari berita harian**


Kali terakhir Malaysia layak ke pusingan kedua ialah 32 lepas,di Bangkok tetapi dibelasah 1-7 oleh lawan sama,China...skuad kebangsaan hanya ada 2 pemain lebih umur,S.Kunanlan dan Norshahrul Idlan Talaha..tuan rumah mungkin sedikit tertekan apabila bermain di tempat sendiri...jadi,Malaysia harus mengambil setiap kesilapan yang akan China lakukan untuk memenangi perlawanan ini....Malaysia menang 2-1 dalam pembukaan menentang Kyrgyzstan, sebelum tewas kepada Jepun 0-2 pada perlawanan seterusnya, sementara China tewas 0-3 kepada Jepun sebelum bangkit dengan gol lewat mengatasi Kyrgyzstan 2-1.....Namun, pujian harus diberikan kepada skuad Malaysia yang menentang Jepun tempoh hari yang tidak mudah mengalah sebaliknya bermain bermati-matian menahan asakan pantas Jepun yang datang bertali arus....jadi,nantikan apa akan berlaku malam ini...bye..


Rabu, 10 November 2010

cerita dari eropah dan.Guangzhou

assalamualaikum,
     minggu ini akan menyaksikan perlawanan derby paling menarik diantara pertembungan man.utd dan jirannya,man.city awal pagi esok...Man.City ketinggalan kepada Man.United dengan tiga mata tatkala kedua-dua penyokong kelab itu berterusan menyesuaikan diri kepada harapan tinggi Blues melakarkan kejayaan musim ini....man.city menundukkan west brom 2-0 hasil dua jaringan Mario Balotelli dan selepas itu dia mendapat kad merah...berbeza bagi united apabila menang keastas wolverhampton 2-1 hasl jaringan lewat pemain antarabangsa korea selatan,Park Ji-sung....Pengurus Manchester United, Alex Ferguson seakan-akan mahu melancarkan perang psikologi ke atas Manchester City menjelang pertemuan kedua-dua kelab tersebut dalam saingan Liga Perdana England di gelanggang City ...perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh city itu dilihat masih belum mendatangkan hasil buat City yang terus kemarau tanpa menjulang sebarang trofi baik dalam saingan liga domestik mahupun di pentas Eropah...Namun, jika  City mampu menumbangkan Red Devils di laman sendiri awal pagi esok, skuad bimbingan Roberto Mancini itu bakal melonjak ke tangga kedua liga sambil mengharapkan Arsenal yang menduduki tangga ketiga tewas di tangan Wolverhampton Wanderers dalam satu lagi perlawanan...apa2pun,kita nantikan perlawanan ini awal pagi esok...
  
     lain pula cerita dari China,skuad bola sepak Malaysia akan berdepan ujian getir apabila bertemu pasukan gergasi Asia,Jepun pada perlawanan kedua kumpulan A hari ini...setelah kecederaan beberapa tonggak utama,Malaysia akan bertemu Jepun tanpa Zamani dan Fakri yang cedera ketika bertemu Kyrgyzstan....pemain selangor,Safiq Rahim akan mengalas tugas kapten mengantikan Zamani yang cedera..Penjaring gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S.Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini...Pemain Kelantan itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.....Namun Chanturu, 23, masih menyimpan hajat besar untuk turun beraksi membantu skuad negara dalam usaha mencari kemenangan ketika bertemu Jepun...setakat itu cerita aku...bye..


Selasa, 9 November 2010

Sukan Asia:suka-duka Malaysia...

assalamualaikum,
***zamani terbaring kesakitan pada perlawanan itu..Malaysia menang 2-1..***
*gambar dari kosmo!

        Malaysia berjaya menundukkan Kyrgyzstan 2-1 dalam perlawanan kump A...dua gol itu disumbangkan pemain Kelantan,norshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu...tetapi kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Zamani dan Fakri Shaarani mengalami kecederaan yang serius...Norshahrul membuka tirai jaringan Malaysia pada minit ke- 27 setelah dia berjaya merembat masuk bola lorongan S. Kunanlan dari sebelah kiri....Namun 10 minit kemudian, pertahanan Malaysia leka lalu dihukum Sydykov yang bertindak solo sebelum merembat lencong ke penjuru kanan gawang tanpa mampu diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat...Pada minit ke-44, Kyrgyzstan nyaris mendahului tetap Khairul Fahmi bertindak cemerlang menepis rembatan Murzaev ketika situasi satu lawan satu....Akhirnya,Chanturu menjaringkan gol penting skuad kebangsaan apabila merembat kencang gol kedua pada minit ke-59 ketika keadaan kelam-kabut di hadapan gawang Kyrgyzstan...tentang kecederaan tonggak itu,Malaysia mungkin tidak dapat menggunakan terus khidmat mereka...Fakri digantikan dengan Faizal Abu Bakar kerana mengalami kecederaan lutut kanan...zamani dikeluarkan pada minit ke-72 kerana mengalami kecederaan lutut kiri...Sebelum ini, Rajagobal sudah kehilangan beberapa pemain tonggak utama akibat kecederaan....


Isnin, 8 November 2010

EPL:kemenangan liverpool...

assalamualaikum,
    liverpool meneruskan rentak gemilang apabila menewaskan chelsea 2-0 hasil dua jaringan fernando torres minit ke-11 dan-44...perlawanan yang berlangsung di Anfield ini berlangsung dengan rancak...minit ke-11,torres mendapat hantaran Dirt kuyt dan melakukan tampanan dan merembat rendah mengelirukan petr cech menjadikan kedudukan 1-0...sekali lagi,minit ke-44,Torres sekali lagi mengegar gol dengan rembatan lencong ke penjuru gol...separuh masa kedua,Carlo Accelotti membawa masuk penyerang berbisanya,drogba menggantikan Malouda...tenyata,selepas kemasukannya,Chelsea menguasai hampir separuh masa kedua..minit ke-58,chelsea mendapat sepakan percuma tapi Drogba gagal memanfaatkan peluang...separuh masa kedua,jose reina bertindak cemerlang mengawal pintu golnya dibolosi....liverpool hampir menambah gol ketiga tetapi sempat dhalang keluar petr cech...kesudahan,liverpool 2-0 chelsea...di bawah aku lmpirkan sedikit hightlight perlawanan..bye




Ahad, 7 November 2010

EPL:chelsea-liverpool...

assalamualaikum,
    

    satu perlawanan yang akan berlangsung hebat malam ini diantara liverpool vs chelsea...perlawanan ini akan  berlangsung di Anfield...pertemuan terakhir kedua2 pasukan ini menyaksikan chelsea menang 2-0..di bawah ini statistik pertemuan kedua2 pasukan...


ChelseaLiverpool

         Official Head To Head Premier League - Last 6 Matches

2Won2
2Drawn2
2Lost2
4For5
5Against4
-1Goal Difference1

Results

Liverpool02Chelsea
2nd May 10
Chelsea20Liverpool
4th Oct 09
Liverpool20Chelsea
1st Feb 09
Chelsea01Liverpool
26th Oct 08
Chelsea00Liverpool
10th Feb 08
Liverpool11Chelsea
19th Aug 07


setelah tiga kemenangan berturut-turut-liga perdana dan europa,anak2 buah roy hogson ingin mahu mencapai tiga mata penuh...chelsea pula mahu terus memimpin carta setelah menang liga tahun lalu...kedua2 pasukan menang dalam saingan eropah dengan chelsea membelasah spartak moscom 4-1 manakala liverpool bangkit dari ketingggalan untuk menewaskan Napoli 3-1 hasil sumbangan 3 gol Gerrard....apa2pun,pertemuan ini akan menjadi pertemuan ke-162....kita nantikan pemenangnye...


--tekaan:liverpool 2-2 chelsea--






                                                            


EPL:jasa park ji-sung....

         sepakannya pada minit ke-90 membawa kepada kemenangan man.utd 2-1 ke atas wolverhampton.....sebelum itu,dia turut menjaringkan gol pertama united pada minit ke-45....dia berkata,kejayaan itu sungguh luar biasa baginya di m.u...selepas gol pertama united,wolves terus menekan permainan pada babak kedua dan hasilnya mereka memperoleh gol penyama pada minit ke-65 menerusi Ebanks-Blake....10 minit terakhir,m.u mengandakan usaha dan hasilnya Ji-sung menjaringkan gol kemenangan pasukannya...JI-Sung berkata"pada awalnya,saya ingin mengumpan bola,tapi saya memutuskan untuk terus masuk ke kawasan dan pertahanan mereka pula mahu membentes saya...saya berjaya melepasi dan merembat gol yang menyenangkan seluruh pasukan"..katanya di laman web m.u...ji-sung berkata lagi,"anda tidak boleh membandingkan perkara lain dengan menjaringkan gol kemenangan pasukan pada minit terakhir,sungguh pengalaman yang luar biasa,saya menikmatinya"....jelas kekesalan di sebalik pengendali wolves,Mick McCarthy pada perlawanan ini selepas melihat pasukannya menang ke atas man.city 2-1 minggu lalu....


Jumaat, 5 November 2010

EUROPA LEAGUE:liga europa 2010

assalamualaikum,
      dalam kumpulan A,Lech Poznan melakukan kejutan apabila mengaibkan kelab kaya-raya,man.city 3-1..ketiadaan Carlos tevez terlalu dirasai city apabila bolos jaringan pertama hasil jaringan Injac pada minit ke-31...adebayor menyamakan kedudukan hasil sepakan jaringan jarak dekat minit ke-51...Arboleda mejaringkan gol keda poznan pada minit ke-86 menerusi tandukan mengelirukan Shay Given...Mozdzen menambah derita City menerusi sepakan kencang luar kotak penalti pada masa kecederaan...satu lagi perlawanan kumpulan A menyaksikan Juventus seri tanpa jaringan dengan Salzburg..
      kumpulan k pula menyaksikan liverpool menang 3-1 ke atas Napoli..Lavezzi meletakkan napoli di hadapan hasil jaringan lencong minit ke-28...gerrard yang masuk menggantikan Jovanovic menjaringkan hatrik untuk liverpool menerusi sepakan rendah setelah pertahanan napoli melakukan kesilapan...gol keduanya menerusi penalti pada minit ke-88..gol ketiga seminit kemudian menerusi sepakan lambung melepasi De Sanctis....satu lagi perlawanan menyaksikan Steau Bucharest menang  juga 3-1 ke atas Fc Utrecht...
                                    
sekian,terima kasih...



Khamis, 4 November 2010

Champion League:arsenal-shakhtar

assalamualaikum,
     Satu kejutan telah berlaku dalam kumpulan H apabila Arsenal dikejutkan kelab dari Ukraine,Shakhtar Donetsk 1-2...walaupun telah mendahului 1-0 hasil jaringan Walcott,Shakhtar membalas dua gol sumbangan Chygrynskiy minit ke-28 dan Eduardo(45)..tewas 1-5 di Emirates dua minggu lalu tidak mematahkan semangat anak buah Mircea Lucescu....walaupun arsenal mengusasai perlawanan,ia tidak memanfaatkannya sebaik mungkin...

                                                                      Shakhtar DonetskArsenal

Goals scored2
1
Yellow cards3
1
Red cards0
0
Attempts on target11
8
Attempts wide4
3
Corners7
3
Fouls committed11
16
Possession (%)48
52


                                                                           ***statistik perlawanan

Arsenal membuka jaringan menerisi gerakan solo Theo Walcott  yang melarikan bola dari tengah ke kawasan kelab donetsk....donetsk tidak patah semangat dan membuka tirai jaringan hasil tandukan Chygrynskiy hasil keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti Arsenal...sekali lagi gawang gol Arsenal bolos hasil sepakan rendah Eduardo pada minit ke-45....kesilapan Gael Clichy yang terlepas bola ke Darijo Srna membolehkannya melakukan umpanan ke Eduardo..kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan pada babak kedua.... kemasukan Chamakh mengantikan Bentner tidak memberi sebarang gol dan keputusan 2-1 itu kekal ke akhir perlawanan...