assalamualaikum,
 |
| Van Der Vaart |
satu perlawanan derby menarik di utara London menyaksikan Arsenal bertemu Tottenham di stadium Emirates hari ini...musim lepas,masing-masing menang sekali dalam dua perlawanan dengan Arsenal menang 3-0 di tempat sendiri dan spurs menang 2-1 di White Hart Lane...minggu lepas,Arsenal menang 2-1 ke atas Everton dan Tottenham menang 4-2 ke atas Blackburn...dengan kedua-dua pasukan cemerlang dalam saingan eropah setakat ini,perlawanan ini pasti akan menarik...Tottenham mengejutkan juara bertahan,Inter Milan 3-1 manakala Gunners membelasah kelab Ukraine,Shakhtar 5-1 aksi terakhir Eropah...Arsenal hanya ketinggalan 2 mata kepada Chelsea..jika Arsenal menang,pasukan itu mungkin merasa nikmat menjadi
 |
| Cesc Fabregas |
pendahulu liga buat pertama kali sejak Mac lalu untuk beberapa jam jika Chelsea berjaya menewaskan Birmingham...Spurs pula pasti mengharap sentuhan Van Der Vaart jika mahu menang...Arsene Wenger pula mesti mengharapkan penyerang Maghribi,Maroune Chamakh untuk membolosi pintu gol Spurs...Fabianski perlu mengawal pintu gol dengan baik dari melakukan kesilapan yang boleh memakan diri...Apa-apa pun,kita nantikan percaturan terbaik dari kedua-dua pasukan...
Tekaan:Arsenal 1-0 Tottenham
Tiada ulasan:
Catat Ulasan