Selasa, 16 November 2010

Sukan Asia:berakhir juga...

Assalamualaikum,
faizal abu bakar diasak pemain iran
       Skuad Malaysia akhirnya menamatkan cabaran dalam sukan Asia 2010 apabila tewas 1-3 kepada Iran semalam..namun,kempen ini dianggap berjaya apabila melangkah ke pusingan kedua selepas mengalami banyak kecederaan dan penggantungan pemain...Hanya Norshahrul Idlan Talaha menjadi pemain lebih umur 23 tahun dan bergerak seorang di bahagian depan tetapi benteng muda yang diterajui Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadli Mohd Shas, Asraruddin Putra Omar dan Mohd Faizal Abu Bakar yang terpaksa bekerja keras menahan asakan betubi-tubi Iran....separuh masa pertama menceritakan semua apabila Malaysia diasak bertubi-tubi dari awal permainan dan terpaksa bertahan...S.Chanturu terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan....mujur kecekapan penjaga gol kelantan,Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan pintu gol Malaysia daripada dibolosi...separuh masa kedua anak2 buah K.Rajagobal nampak sedikit letih apabila Iran membuka jaringan menerusi Karim Ansari Fard menerusi lembatan leret melepasi penjaga gol pada minit ke-52....minit ke-59,sepakan sudut yang diambil pemain Iran ditanduk masuk Seyed Hosseini.....Iran menoktahkan permainan pada mini ke-66 apabila rembatan leret kencang Amir Sharafi dari luar kotak penalti gagal ditempis Khairul Fahmi....5 minit sebelum tamat,skuad Kebangsaan menyerang habis-habisan dan mendapat gol saguhati pada minit ke-85 hasil sepakan penalti ketua pasukan,Norshahrul Idlan Talaha.....lima pemain yang tidak dapat diturunkan ialah Zamani dan Fakri yang cedera dan Safiq Rahim,S.Kunanlan dan Mahali Jasuli yang menerima kad merah pada perlawanan penuh kontroversi menetang China....****gambar dari kosmo!***



Tiada ulasan:

Catat Ulasan