Sabtu, 13 November 2010

Sukan Asia:hari penentuan...

assalamualaikum,
        Hari ini adalah penentuan bagi pasukan Malaysia apabila bertemu pasukan tuan rumah,China pada perlawanan terakhir kump A di Stadium Tianhe... jika menang atau seri, Malaysia akan layak ke pusingan kedua, selaku naib juara kumpulan untuk berkemungkinan bertemu Korea Selatan atau Korea Utara pada Isnin ini...jika skuad kebangsaan tewas,ia perlu mengharapkan tiket tempat ketiga terbaik menjadi milik mereka...


                                                  ***pemain  sedang menjalani latihan***  
                                                         ** gambar dari berita harian**


Kali terakhir Malaysia layak ke pusingan kedua ialah 32 lepas,di Bangkok tetapi dibelasah 1-7 oleh lawan sama,China...skuad kebangsaan hanya ada 2 pemain lebih umur,S.Kunanlan dan Norshahrul Idlan Talaha..tuan rumah mungkin sedikit tertekan apabila bermain di tempat sendiri...jadi,Malaysia harus mengambil setiap kesilapan yang akan China lakukan untuk memenangi perlawanan ini....Malaysia menang 2-1 dalam pembukaan menentang Kyrgyzstan, sebelum tewas kepada Jepun 0-2 pada perlawanan seterusnya, sementara China tewas 0-3 kepada Jepun sebelum bangkit dengan gol lewat mengatasi Kyrgyzstan 2-1.....Namun, pujian harus diberikan kepada skuad Malaysia yang menentang Jepun tempoh hari yang tidak mudah mengalah sebaliknya bermain bermati-matian menahan asakan pantas Jepun yang datang bertali arus....jadi,nantikan apa akan berlaku malam ini...bye..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan