Rabu, 10 November 2010

cerita dari eropah dan.Guangzhou

assalamualaikum,
     minggu ini akan menyaksikan perlawanan derby paling menarik diantara pertembungan man.utd dan jirannya,man.city awal pagi esok...Man.City ketinggalan kepada Man.United dengan tiga mata tatkala kedua-dua penyokong kelab itu berterusan menyesuaikan diri kepada harapan tinggi Blues melakarkan kejayaan musim ini....man.city menundukkan west brom 2-0 hasil dua jaringan Mario Balotelli dan selepas itu dia mendapat kad merah...berbeza bagi united apabila menang keastas wolverhampton 2-1 hasl jaringan lewat pemain antarabangsa korea selatan,Park Ji-sung....Pengurus Manchester United, Alex Ferguson seakan-akan mahu melancarkan perang psikologi ke atas Manchester City menjelang pertemuan kedua-dua kelab tersebut dalam saingan Liga Perdana England di gelanggang City ...perbelanjaan besar yang dikeluarkan oleh city itu dilihat masih belum mendatangkan hasil buat City yang terus kemarau tanpa menjulang sebarang trofi baik dalam saingan liga domestik mahupun di pentas Eropah...Namun, jika  City mampu menumbangkan Red Devils di laman sendiri awal pagi esok, skuad bimbingan Roberto Mancini itu bakal melonjak ke tangga kedua liga sambil mengharapkan Arsenal yang menduduki tangga ketiga tewas di tangan Wolverhampton Wanderers dalam satu lagi perlawanan...apa2pun,kita nantikan perlawanan ini awal pagi esok...
  
     lain pula cerita dari China,skuad bola sepak Malaysia akan berdepan ujian getir apabila bertemu pasukan gergasi Asia,Jepun pada perlawanan kedua kumpulan A hari ini...setelah kecederaan beberapa tonggak utama,Malaysia akan bertemu Jepun tanpa Zamani dan Fakri yang cedera ketika bertemu Kyrgyzstan....pemain selangor,Safiq Rahim akan mengalas tugas kapten mengantikan Zamani yang cedera..Penjaring gol kemenangan skuad bola sepak kebangsaan ketika menewaskan Kyrgyzstan 2-1 kelmarin, S.Chanturu masih belum pasti dapat diturunkan pada aksi kedua bertemu Jepun di Stadium Huadu petang ini...Pemain Kelantan itu tidak dapat turun menjalani latihan di Stadium Huagong semalam selepas mengalami kecederaan buku lali pada minit ke-82 ketika aksi sulung Kumpulan A tersebut.....Namun Chanturu, 23, masih menyimpan hajat besar untuk turun beraksi membantu skuad negara dalam usaha mencari kemenangan ketika bertemu Jepun...setakat itu cerita aku...bye..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan