Selasa, 9 November 2010

Sukan Asia:suka-duka Malaysia...

assalamualaikum,
***zamani terbaring kesakitan pada perlawanan itu..Malaysia menang 2-1..***
*gambar dari kosmo!

        Malaysia berjaya menundukkan Kyrgyzstan 2-1 dalam perlawanan kump A...dua gol itu disumbangkan pemain Kelantan,norshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu...tetapi kemenangan ini terpaksa dibayar dengan harga mahal apabila Zamani dan Fakri Shaarani mengalami kecederaan yang serius...Norshahrul membuka tirai jaringan Malaysia pada minit ke- 27 setelah dia berjaya merembat masuk bola lorongan S. Kunanlan dari sebelah kiri....Namun 10 minit kemudian, pertahanan Malaysia leka lalu dihukum Sydykov yang bertindak solo sebelum merembat lencong ke penjuru kanan gawang tanpa mampu diselamatkan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat...Pada minit ke-44, Kyrgyzstan nyaris mendahului tetap Khairul Fahmi bertindak cemerlang menepis rembatan Murzaev ketika situasi satu lawan satu....Akhirnya,Chanturu menjaringkan gol penting skuad kebangsaan apabila merembat kencang gol kedua pada minit ke-59 ketika keadaan kelam-kabut di hadapan gawang Kyrgyzstan...tentang kecederaan tonggak itu,Malaysia mungkin tidak dapat menggunakan terus khidmat mereka...Fakri digantikan dengan Faizal Abu Bakar kerana mengalami kecederaan lutut kanan...zamani dikeluarkan pada minit ke-72 kerana mengalami kecederaan lutut kiri...Sebelum ini, Rajagobal sudah kehilangan beberapa pemain tonggak utama akibat kecederaan....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan