| ....Wira Braga,Matheus... |
Arsenal mengalami kekalahan kedua...selepas dikejutkan Spurs dalam liga perdana inggeris,Arsenal sekali lagi diaibkan oleh Braga 0-2 dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah......Arsenal banyak menguasai permainan walaupun Braga bermain di tempat sendiri....Matheus menjadi wira Braga apabila menjaringkan dua gol pada akhir2 permainan.....ini mencerahkan peluang Braga untuk ke pusingan ke-2...Arsenal pula perlu menunggu perlawanan terakhir jika mahu layak...Arsenal bermula baik dan hampir menjaringkan gol awal...Braga pula gelisah kerana tidak mahu diaibkan lagi...
7 kad kuning dilayangkan kepada kedua2 pasukan...parlawanan ini juga berlangsung dengan banyak kekasaran yang dilakukan oleh pemain...Arsenal hampir mendahului tetapi Felipe berjaya menempis bola sepakan percuma yang diambil Cesc Fabregas....minit ke-34,Walcott berjaya melepasi pertahanan tetapi Feliipe bertindak cemerlang dengan meluru masuk menghalang Walcott yang kemudian terjatuh...Advantages diberikan oleh pengadil perlawanan....Walcott sekali lagi menguji penjaga gol dengan rembatan sebelah kiri gol berjaya diselamatkan....kontroversi berlaku apabila pengadil dari Hungary itu tidak memberikan sepakan penalti apabila Carlos Vela dijatuhkan...
Selang beberapa minit,Eboue pula dijatuhkan dengan hadangan kaki berbahaya....Wenger melakukan pertukaran dengan memasukkan Nasri tetapi tiada gol dapat dijaringkan...detik malang The Gunners bermula apabila Matheus yang tidak dikawal berjaya melepasi perangkap offsaid Arsenal menerima hantaran tinggi rakan sepasukan dengan berlari laju masuk kedalam kotak penalti dan melepaskan rembatan lencong kaki kiri
melepasi Fabianski pada minit ke-83....tidak terkejar pertahanan Arsenal....ketika masa tambahan,Matheus membawa bola dari tengah padang dan berlari masuk ke dalam kotak penalti dan menggelecek 3 pemain Arsenal sebelum melepaskan rembatan kencang mengecewakan fabianski dan seluruh pasukan Arsenal...Gunner di tangga kedua berbeza gol dengan Braga di tangga ketiga....
tamat perlawanan,Arsenal 0-2 Braga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan