Ahad, 23 Januari 2011

EPL:Kemenangan pertama Daglish....

       Dua jaringan Fernando Torres dan satu daripada Raul Meireles membantu Liverpool membenam Wolverhampton 3-0 di Stadium Molineux , sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama kepada pengurusnya Kenny Dalglish sejak mengambil alih kelab bermasalah itu dua minggu lalu.....
Bertandang ke gelanggang lawan tanpa kelibat kapten pasukan, Steven Gerrard yang menjalani penggantungan perlawanan, skuad bimbingan Dalglish bermula garang dengan melancarkan serangan bertubi-tubi ke gawang Wolves dan memaksa penjaga gol lawan, Wayne Hennessey bekerja keras menyelamatkan satu demi satu cubaan.....
       Kecemerlangan Hennessey bagaimanapun tidak bertahan lama apabila dibolosi Torres pada minit ke-36, yang mudah menyudahkan hantaran Mereiles selepas bijak melepasi perangkap ofsaid.....
Mereiles sendiri turut meletakkan dirinya dalam senarai penjaring dengan melakukan sepakan lambung cantik untuk menewaskan Hennessey pada minit ke-50.Ketinggalan satu gol, Wolves cuba bangkit pada separuh masa kedua tetapi hampir kesemua cubaan tersasar dan tidak mengancam gawang yang dikawal Pepe Reina..
        Torres menyumbat gol ketiga yang juga terakhir perlawanan pada minit ke-91 dan melenyapkan terus perjuangan anak-anak buah Mick McCarthy untuk sekurang-kurangnya mencari gol sagu hati.....
Tiga mata penting yang diperolehi Liverpool melonjakkan mereka ke kedudukan ke-10 dalam tangga Liga Perdana....


.....dipetik daripada utusan Malaysia...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan