Selasa, 18 Januari 2011

La Liga:Jurang empat mata....

**David Villa meledak 2 gol untuk membantu Barcelona
menang keaatas Malaga 4-1**


      Barcelona kini mengatasi pencabar terdekatnya, Real Madrid dengan kelebihan empat mata selaku pendahulu Liga Sepanyol..... Awal pagi semalam, kelab Catalan itu meraih tiga lagi mata berharga selepas mudah membelasah Malaga 4-1 manakala Real sekadar seri 1-1 dengan Almeria....Gol-gol Barcelona dijaringkan Adries Iniesta pada minit ke-8,Dua gol David Villa dan satu daipada Pedro....Gol saguhati Malaga hasil sepakan percuma Duda melepasi jangkauan Valdes....
      Sementara itu, jaringan Esteban Granero pada minit ke-77 menyelamatkan Real daripada mengalami kekalahan setelah mereka ketinggalan menerusi Jose Ulloa pada minit ke-60....Ternyata Real begitu merasai ketiadaan penyerang mereka, Gonzalo Higuain yang terpaksa berehat panjang akibat kecederaan....Pengendali Real itu turut berang dengan pengadil perlawanan yang tidak memberikan sepakan penalti kepada pasukannya...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan