Belum pun saingan Liga Malaysia musim ini membuka tirainya,juara Piala Malaysia 2010,Kelantan sudah menerima perkhabaran buruk......Jawatankuasa Rayuan Persatuan Bola Sepak Malaysia membuat keputusan mengekalkan hukuman gantung enam bulan ke atas ketua jurulatihnya, B. Sathianathan berkuat kuasa kelmarin.....Keputusan tersebut mengejutkan penyokong setia pasukan The Red Warriors ketika persiapan sebelum aksi merebut Piala Sumbangsih antara Kelantan dan Selangor pada 29 Januari ini bermula di Stadium Shah Alam....
Ekoran keputusan tersebut, Kelantan perlu mencari pengganti Sathianathan untuk mengemudi The Red Warriors berikutan penolongnya, Hashim Mustafa hanya mempunyai Lesen Kelas B dan tidak layak mengetuai pasukan.....Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Siber Kelantan, Marhasim Mat berkata, keputusan FAM itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menjahanam serta merosakkan moral pasukan bagi menghadapi saingan liga musim ini....
Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan, beliau telah menerima surat rasmi daripada FAM mengenai keputusan Jawatankuasa Rayuan badan induk bola sepak itu mengekalkan keputusan ke atas Sathianathan....Kelantan kini dikatakan sedang mengadakan rundingan untuk Azraai Khor Abdullah mengemudi skuad Kelantan.....
Dalam masa sama,hukuman yang dijatuhkan kepada pengendali T-Team, Che Ku Marzuki akan berakhir pada 20 April selepas menjalani hukuman pada 21 Oktober tahun lalu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan