| ***Pemain Kelantan meraikan kejayaan memenangi Piala Sumbangsih buat kali pertama selepas menundukkan Selangor 2-0...gambar dari berita harian*** |
Kelantan Juara Piala Sumbangsih 2011...Kejayaan ini hadir apabila skuad The Red Warrior menang 2-0 ke atas musuh tradisi,Selangor pada pertemuan di Stadium Shah Alam itu....Malam tadi, jaringan daripada Norshahrul Idlan Talaha menerusi penalti minit kelapan dan Mohd Badri Radzi tujuh minit sebelum tamat perlawanan sudah cukup untuk mereka mengatasi Selangor ....Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi....
Bermain di hadapan 35,00 penonton,Kelantan membuka jaringan pada minit ke-8 apabila kesilapan Razman Roslan yang menarik baju Nurul Azwan Roya di dalam kotak penalti pantas diberikan penalti oleh pengadil perlawanan,Mohd Yusof Mat Karim.....Razman pula dikenakan kad kuning pertama perlawanan....
Norshahrul yang mengambil sepakan itu tidak mensia-siakan peluang untuk gol pertama Kelantan...Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan ketika Khairul Fahmi sudah tertewas...
Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58....Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang....Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi....Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol....Keputusan tersebut kekal hingga tamat perlawanan....Penjaga gol Kelantan,Khairul Fahmi Che Mat pula dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan....
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan