Rabu, 26 Januari 2011

Piala Asia 2011:Jepun,Australia Mara ke Final....

  
***Jurulatih Australia,Holger Osieck***


       Jepun dipaksa berhempas-pulas oleh Korea Selatan sebelum berjaya mara penuh dramatik ke perlawanan akhir Piala Asia 2011 menerusi kemenangan penentuan sepakan penalti 3-0, semalam....Australia pula membelasah Uzbekistan 6-0 untuk menempah slot terakhir ke Final...Jepun dan Korea Selatan terikat 2-2 selepas 90 minit permainan sebenar dan 30 minit masa tambahan tetapi Jepun lebih bernasib baik apabila semua sepakan penalti yang diambil pemain Korea Selatan gagal disempurnakan....


      Jepun sepatutnya menang lebih awal apabila mendahului 2-1 pada masa tambahan tetapi ketika mereka hanya menunggu masa wisel penamat dibunyikan, Korea Selatan menjaringkan gol penyamaan yang berpunca daripada sepakan percuma....
     Gol yang dijaringkan Hwang Jae Won pada minit ke-120 itu ternyata memadamkan kelebihan gol Jepun yang sebelum itu dijaringkan Hajime Hosogai pada minit ke-97....Terdahulu, Korea Selatan lebih dulu membuka jaringan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 apabila kapten,Park Ji-Sung dijatuhkan dan disempurnakan dengan baik Ki Sung Yueng.... Bagaimanapun menerusi satu gerakan menarik, Ryoichi Maeda menyamakan kedudukan pada minit ke-36 untuk menutup babak pertama dengan keputusan 1-1....Babak kedua, tiada sebarang gol berjaya dihasilkan sehinggalah dua gol pada masa tambahan memaksa penentuan sepakan penalti diadakan yang akhirnya menyaksikan Jepun mara ke perlawanan akhir....
      Uzbekistan terpaksa menerima hakikat apabila dimalukan Australia 0-6 dalam satu lagi perlawanan....Gol Socceroos dijaringkan oleh Harry Kewell,Ognenovski,Emerton,Carney,Valeri dan Kruse....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan