Isnin, 31 Januari 2011

EPL:Suarez sertai Liverpool...

    
***Luiz Suarez***




     Luis Suarez percaya perpindahannya ke Liverpool merupakan langkah sempurna dalam kariernya dan pemain itu dijangka melakukan penampilan pertama bersama Reds pada perlawanan menentang Stoke, Khamis ini....Penyerang Ajax itu ke England, kelmarin bagi menjalani ujian perubatan dan berbincang mengenai terma peribadi selepas kelabnya mengesahkan, Jumaat lalu, yang dia akan dijual....

      Liverpool bersetuju menerusi perundingan bersama Ajax bagi membeli pemain itu dengan nilai 22.8 juta pound(RM110 juta) apabila syarikat induk pasukan Liga Perdana itu, Fenway Sports Group hampir melengkapkan pembelian besar pertama sejak mengambil alih kelab itu, Oktober tahun lalu....Spekulasi yang bertiup kencang apabila permintaan Fernando Torres untuk berpindah setelah Chelsea mengemukakan tawaran bagi mendapatkan pemain Sepanyol itu dengan harga 35 juta pound (RM169 juta), mungkin boleh menghalang Suarez berpindah ke Anfield....

     Namun, dalam temu bual sebelum terbang ke England, kelmarin, pemain berusia 24 tahun itu tetap mahu  menyertai juara 18 kali, Liverpool bagi membantu pasukan tersebut berada di kedudukan empat teratas liga...
Liverpool mengumumkan, Jumaat lalu, bahawa kelab itu telah pun mencapai persetujuan dengan Ajax selepas perundingan yang panjang dan Suarez mengakui ia merupakan satu proses yang amat rumit.......Penyerang itu akan bermain untuk Ajax dalam kunjungan ke NAC Breda, Ahad ini, jika perpindahannya gagal dimeterai tetapi pemain itu nampaknya amat berharap yang dia akan meninggalkan Belanda....Suarez dijangka digandingkan dengan Torres di bahagian serangan, apabila Liverpool turun beraksi menentang Stoke di Anfield, Khamis ini....

      Berdasarkan berita terbaru, difahamkan Chelsea kini bersedia untuk mengemukakan tawaran baru bernilai 40 juta pound (RM193 juta) bagi mendapatkan Torres, yang kembali menyertai latihan bersama Liverpool, semalam. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan