Ahad, 30 Januari 2011

Piala Asia:Jepun juara edisi 2011....

      Jepun menjulang Piala Asia untuk kali keempat apabila pemain gantian, Tadanari Lee, menjaringkan gol pada masa tambahan untuk kemenangan 1-0 ke atas Australia ....Lee yang tidak dikawal merembat masuk bola dengan kaki kiri dari jarak 10 meter hasil hantaran silang Yuto Nagatoma pada minit ke-109....Australia yang bermain pada perlawanan akhir pertama sejak berpindah dari zon Oceania ke Asia pada 2006 turut tewas kepada Jepun pada peringkat suku akhir empat tahun lalu....Skuad Blue Samurai dan Socceroos terikat tanpa jaringan sepanjang 90 minit masa permainan sebenar.....







      Namun Australia mensia-siakan peluang terhidang pada minit ke-71 menerusi penyerangnya,Harry Kewell setelah sepakannya sempat ditampan penjaga gol Jepun,Eiji Kawashima...Jepun turut pernah menjulang Piala Asia pada 1992, 2000 dan 2004....Australia memasuki perlawanan akhir Piala Asia buat kali pertama sejak berpindah dari Oceania ke Asia pada 2006 malah disekat Jepun dalam suku akhir menerusi penentuan penalti ketika itu....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan