Sabtu, 29 Januari 2011

Piala Sumbangsih:Selangor-Kelantan....

**K.Devan(Kiri)dan M. Karathu**

      Bahang Piala Sumbangsih semakin terasa apabila Selangor dijadual bertemu Juara Piala Malaysia 2010,Kelantan malam ini....Kelantan yang menghadapi banyak masalah apabila jurulatihnya,B.Sathianathan digantung 6 bulan dan terpaksa digantikan dengan bekas pengendali Perak,Datuk M.Karathu...tempoh dua hari yang dimiliki oleh pengendali baru Red Warriors, Datuk M.Karathu mencukupi untuk beliau menyusun strategi bagi menghadapi Perlawanan Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Shah Alam, hari ini....

      Beliau juga berkata, pada pertembungan dengan Selangor, anak-anak buahnya akan turun dengan taktikal yang telah dirancang oleh bekas rakan sejawatnya, B.Sathianathan....Menurutnya, beliau hanya sempat menjalani latihan selama dua hari bersama pasukan selepas mengambil alih tugas Sathia, yang digantung selama enam bulan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akibat mengkritik badan induk tersebut....Karathu menyifatkan Selangor memiliki kekuatan dari segi serangan kerana memiliki pemain yang berbakat seperti Safee Sali, Amri Yahyah dan Amirulhadi Zainal....Karathu menjelaskan, untuk perlawanan hari ini, pasukannya berdepan masalah apabila dua penyerang utama, Norshahrul Idlan Talaha belum pasti diturunkan, selepas mengadu kesakitan pada sesi latihan sejak dua hari....Lebih memeritkan, beliau terpaksa melupakan khidmat pemain lincah, S. Chanturu yang masih cedera.....

       Sementara itu,Pengendali Selangor,K.Devan menganggap Kelantan mempunyai banyak kelebihan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan hari ini...Devan berkata, mereka gagal mengalahkan Kelantan  walaupun bertemu sebanyak empat kali pada tahun lepas....

     Bagi Penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat menjanjikan aksi terbaik jika diberi tugas mengawal benteng terakhir pasukannya menentang Selangor pada Perlawanan Sumbangsih...Fahmi, kelahiran Kampung Cherang,Kelantan membantu Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF bulan lalu....





.
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan