Khamis, 20 Januari 2011

Piala F.A Inggeris:Benteng rapuh....

    






**Aksi penjaga gol menyelamatkan penalti Carlos Tevez ketika menentang
Leicester...Gambar dari Berita harian....**



       Kerapuhan pertahanan Manchester City boleh merencatkan hasrat mereka untuk mencipta kejuaraan, selepas Carlos Tevez membantu pasukan itu ke pusingan keempat Piala FA....Pemain Argentina itu menjaringkan gol pembukaan sebelum gagal menyempurnakan penalti ketika City menang 4-2 ke atas pasukan Divisyen Dua, Leicester pada perlawanan ulangan pusingan ketiga Piala FA...Selepas memboloskan gol ketujuh dalam tiga perlawanan dan Carlos Tevez gagal menyempurnakan sepakan penalti, sekali gus membolehkan Leicester merapatkan kedudukan 3-2, Mancini memberi amaran kepada para pemainnya..
      Mancini memuji ketua pasukan, Tevez walaupun dia gagal menyempurnakan penalti buat kali kedua berturut-turut.Dia telah menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan sejak mengumumkan mahu meninggalkan kelab itu bulan lalu....Pada perlawanan tersebut, Tevez membuka jaringan buat City sebelum Paul Gallagher menyamakan kedudukan menerusi penalti.....Dua jaringan berturut-turut menerusi Patrick Vieira dan Adam Johnson meletakkan City selesa 3-1 di depan....
       Namun apabila Tevez gagal menyempurnakan penalti, Lloyd Dyer mencerahkan peluang buat Leicester dengan jaringan pada minit ke-83 sebelum Aleksandar Kolarov meledakkan gol pada lewat permainan untuk menjamin kemenangan City....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan