![]() |
| ***Torres dan Andy Caroll*** |
Fernando Torres mengejutkan peminat Liverpool apabila menyertai Chelsea....Chelsea bersetuju dengan yuran yang ditawarkan bagi penyerang Sepanyol, Fernando Torres, yang mana dijangka perpindahan paling mahal pernah dicatatkan dalam bola sepak Britain. ....Liverpool dalam satu kenyataan, berkata penyerang mereka diberikan kebenaran untuk berurusan dengan kelab London terbabit.....Media Britain difahamkan, Chelsea akan membayar 50 juta pounds (kira-kira RM245 juta) bagi mendapatkan khidmat Torres.....Turut menyertai Torres ialah David Luiz yang berpinda dari Benfica ke Chelsea....
Sementara itu,Liverpool mendapatkan khidmat penyerang England, Andy Carroll daripada Newcastle United menerusi yuran perpindahan tertinggi bagi kelab itu, hari ini, difahamkan mencecah 35 juta pounds (kira-kira RM171 juta)....Perpindahan Carroll membabitkan kontrak untuk lima setengah tahun selepas beliau melepasi pemeriksaan perubatan....
Di Liverpool, Carroll akan menyarung jersi nombor sembilan yang dikosongkan Fernando Torres apabila beliau berpindah ke Chelsea....Sementara itu, Liverpool turut mendapatkan khidmat penyerang Ajax dengan yuran perpindahan 22.6 juta pounds (kira-kira RM110 juta), sebelum tempoh perpindahan pemain pada bulan ini mula ditutup. ...
Suarez, 24, menyertai Liverpool dengan kontrak lima setengah tahun. ...Bintang Uruguay itu akan menyarung jersi nombor tujuh yang sebelum ini disarung pengurus Liverpool, Kenny Dalglish.....Di bawah ini senarai perpindahan pada hari terakhir yang lain:
1.Paulo Da Silva-Sunderland ke Real Zaragoza
Status:perpindahan
2.Paul Konchesky-Liverpool ke Nottingham Forest
Status:pinjaman
3.Adriano Basso-Bristol City ke Wolverhampton
Status:pinjaman
4.Andy Reid-Tottenham ke Blackpool
Status:perpindahan
5.Obafemi Martins-Rubin Kazan ke Birmingham
Status:pinjaman
6.Tuncay Sanli-Stoke City ke Wolfsburg
Status:perpindahan
7.Cameron Stewart-Man.Utd ke Hull City
Status:perpindahan
8.Andy Keogh-Wolverhampton ke Bristol City
Status:pinjaman
9.Conor Thomas-Coventry City ke Liverpool
Status:perpindahan
10.Ruben Rochina-Barcelona ke Blackburn
Status:perpindahan
11.Mauro Formica-Newell's Old Boys ke Blackburn
Status:perpindahan
12.Stephen Ireland-Aston Villa ke Newcastle
Status:pinjaman
13.Daniel Stturigde-Chelsea ke Bolton
Status:pinjaman
14.Eidur Gudjohnsen-Stoke ke Fulham
Status:pinjaman
15.El Hadji Diouf-Blackburn ke Ranjers
Status:pinjaman

Tiada ulasan:
Catat Ulasan