Isnin, 28 Februari 2011

La Liga:Barcelona dahului dengan 7 mata....

      Barcelona menjarakkan diri tujuh mata di atas La Liga kelmarin selepas Lionel Messi menjulang pendahulu itu dengan kemenangan 3-0 ke atas Real Mallorca manakala Real Madrid dikekang seri tanpa jaringan di Deportivo Coruna.... 

     Pemain Terbaik Dunia, Messi mencipta keajaiban dengan gol cantik melalui tandukan, jaringannya ke-26 musim ini, untuk meletakkan Barca dalam laluan kemenangan ketika lawan mereka di tempat kedua gagal membawa kemenangan apabila percubaan mereka terkena tiang serta dikekang pertahanan kental di La Coruna.....
Barcelona kini memiliki 68 mata daripada 25 perlawanan manakala barisan Real bimbingan Jose Mourinho mengumpulkan 61 mata. Valencia, yang beraksi di Athletic Bilbao semalam, kini jauh di tempat ketiga dengan 48.....
     Barca tidak membiarkan ketiadaan perancang tengah, Xavi, bek tengah, Carles Puyol dan penjaga gol, Victor Valdes menjejaskan mereka ketika penyerang, David Villa dan Pedro masing-masing menjaringkan gol ke-17 dan 13 musim ini untuk menambah kepada gol Messi.... 

       Pemain Mallorca melakukan tugas baik menghalang lawan pada awal permainan di Estadi Iberostar sebelum Messi membuka jaringan pada minit ke-38. Seydou Keita menyungkit bola melepasi pertahanan dan Messi mengawalnya sekali dengan kepala untuk menjauhkannya daripada pertahanan dan tanpa membenarkan ia melantun, menanduk melepasi penjaga gol Mallorca dari Israel, Dudu Aouate. ...

      Ia adalah gol ke-26 pemain antarabangsa Argentina itu dalam La Liga dan meletakkannya dua gol mengatasi penyerang Real, Ronaldo dalam senarai penjaring terbanyak....


EPL:Liverpool diaibkan West Ham....

    
**Gol Kedua West Ham menerusi Debam Ba...gambar dari baclays**



       Keghairahan Liverpool di bawah kendalian Kenny Dalglish tersekat seketika apabila dikejutkan dengan kekalahan memalukan kepada West Ham semalam....Tidak sampai sebulan Dalglish dilantik menggantikan Roy Hodgson, tanda-tanda kejatuhan hadir semula menghantui Liverpool apabila tewas 1-3 kepada West Ham United.....


      Walaupun menurunkan kesebelasan terbaik kecuali Andy Carroll yang masih cedera, ia langsung tidak membantu The Reds mempamerkan aksi seperti yang diharapkan pada aksi Liga Perdana England di Upton Park itu.....Sebaliknya, West Ham yang tidak diletakkan harapan langsung untuk melakar kemenangan di hadapan penyokong sendiri dilihat lebih menonjol mendominasi permainan....
      Hasilnya, West Ham yang menghuni tangga tercorot liga sebelum perlawanan itu, berjaya meledak tiga gol menerusi Scott Parker pada minit ke-22, Demba Ba (45) dan Carlton Cole ketika perlawanan memasuki masa kecederaan....Gol sagu hati Liverpool pula dijaringkan oleh pemain pertahanan, Glenn Johnson pada minit ke-84.....Langkah Dalglish menurunkan Luis Suarez di bahagian serangan untuk bergandingan dengan Steven Gerrard, Dirk Kuyt dan Raul Meireles ternyata gagal memberi impak besar apabila gagal menembusi kubu tuan rumah.....Biarpun sudah berbelanja besar, pembelian Suarez dan Carroll tidak banyak mengubah kedudukan Liverpool yang kekal menghuni tangga keenam liga selepas beraksi 28 perlawanan.....
     Kekalahan kepada West Ham semalam merupakan yang pertama buat Dalglish sejak memegang jawatan pengurus awal Februari lalu.....Sebelum ini, mereka berjaya mencatat empat kemenangan dan dua kali seri dalam enam perlawanan terbaru.....Selain menewaskan Chelsea 1-0, Liverpool juga menang 2-0 ke atas Stoke City, Fulham (1-0) dan Wolverhampton Wanderers (3-0)....
      Keputusan seri pula ketika bertemu Everton (2-2) dan Wigan (1-1) minggu lalu....Satu lagi pertemuan menyaksikan Man.City seri 1-1 dengan Fulham... 


Ahad, 27 Februari 2011

Liga Super:Penantian T-Team berakhir ....

        


**Khairul Izwan(kiri)tersungkur apabila dikasari oleh pemain Perlis...gambar daripada Kosmo!**






  T-TEAM-3                      PERLIS-0
*Khairul Izwan-m-3,59
*Badrol Hisani-m-10

      Penantian pasukan berstatus kelab, T-Team untuk mencatat kemenangan pertama pada kempen Liga Super musim ini akhirnya tercapai...Semalam, pasukan kendalian Yunus Alif itu bijak menampilkan permainan kelas tersendiri untuk membelasah Perlis 3-0....
       Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Khairul Izwan Khalid meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ketiga.....Khairul yang tidak dikawal bijak menolak bola masuk ke gawang Perlis selepas berlaku perebutan dalam kawasan kotak penalti....Tujuh minit kemudian, gawang pelawat yang dikemudi Hairol Fazreen bolos lagi, kali ini menerusi rembatan Badrul Hisani Abd Rahman....
       Pada minit ke-13, Perlis dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan T-Team, Azizi Matt Rose, namun sepakan yang diambil Faiz Subri sekadar terkena tiang gol....Bersambung babak kedua, T-Team kembali melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya, Khairul Izwan berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-59.....Gol peribadi kedua Khairul itu hadir menerusi tandukan cantik hasil sepakan percuma Rosdi Talib....T-Team berpeluang menambah gol keempat pada minit ke-89, namun percubaan Norfarhan Mohammad dari luar kotak penalti sekadar terkena tiang gol.....
       Bagaimanapun, kemenangan sulung yang dicatat pada aksi semalam membolehkan T-Team mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.....


Jumaat, 25 Februari 2011