Khamis, 17 Februari 2011

Liga Juara-Juara:Arsenal kejutkan Barca....

  
**Laurent Koscielny membawa bola sambil dihalang xavi...gambar dari arsenal.com**

Arsenal -2                           Barcelona -1

*Robin Van Persie-m-78                 *David Villa-m-26 
*Andrei Arshavin-m-83





         Kelab pilihan,Barcelona terpaksa menelan pahit apabila tewas kepada Arsenal,1-2 di Stadium Emirates awal pagi semalam....Gol Arsenal dijaringkan Robin Van Persie pada minit ke-78 dan Andrei Arshavin minit ke-83 ...sebelum itu,David Villa membuka jaringan pada minit ke-26....

       Sebelum pertemuan ini,anak buah Pep Guardiola gah dengan rekod kemenangan 16 perlawanan berturut-turut dalam liga tetapi disekat dengan seri 1-1...Barca yang  menewaskan Arsenal tahun lalu pada peringkat sama bermula garang apabila David Villa melepasi perangkap offsaid terus merembat rendah melepasi penjaga gol Arsenal selepas mendapa lorongan cantik daripada pemain terbaik dunia,Lionel Messi...kedua-dua pasukan terus mengasak dan kepuusan itu kekal hingga tamat babak pertama... .

       Selepas rehat,The Gunners terus menyerang dan hasilnya,Robin Van Persie merembat cantik dari sebelah kiri pada minit ke-78 mengelirukan Valdes yang beranggapan pemain itu akan melakukan hantaran lintang....
Kemasukan Arshavin menggantikan Walcott membuahkan hasil apabila minit ke-83,pemain Rusia itu merembat lencong sekali lagi melepasi Valdes..Keputusan 2-1 itu kekal hingga tamat perlawanan...Barcelona hanya perlu menjaringkan satu gol untuk layak apabila kedua-dua pasukan bertemu lagi di Nou Camp...

      Satu lagi perlawanan menyaksikan AS Roma tewas 2-3 ke atas Shakhtar Donestk....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan