Isnin, 7 Februari 2011

EPL:Chelsea gigit jari...

       Liverpool menjadi pasukan kedua selepas Sunderland mengaibkan Chelsea di Stamford Bridge selepas menang 1-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi....Gol kemenangan Liverpool dijaringkan Raul Meireles pada minit ke-69 hasil hantaran lintan Gerrard...Kemenangan itu sekali gus
**Raul Meireles semakin selesa di bawah kendalian
Kenny Daglish...Dia menjaringkan gol kemenangan
Liverpool semalam...**
melonjakkan Liverpool di tempat keenam liga dan menghidupkan sisa peluang untuk bersaing pada kejohanan Eropah musim depan selepas terumbang-ambing musim ini....


       Liverpool juga mencalarkan kemunculan pertama Fernando Torres yang masuk sebagai pemain gantian...
Torres yang berpindah dari Anfield ke pasukan The Blues minggu lalu memiliki dua peluang tetapi gagal disudahkan dengan baik...Skuad bimbingan Kenny Daglish bertahan dengan hebat sepanjang perlawanan dan                  menyaksikan mereka menang empat kali berturut-turut tanpa bolos...Meireles pula,dia telah menjaringkan 3 gol dalam 4 kemenangan berturut-turut ketika bertemu Wolverhampton,dia penyebab gol kemenangan The Reds bertemu Fulham,satu gol ketika bertemu Stoke dan satu gol pada perlawanan semalam...


     Kekalahan Chelsea pula menyaksikan usaha menyaingi 
Manchester United di tangga teratas semakin melebar dengan dipisahkan 10 mata.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan